Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MASAK ASAM Talang Kering


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

teringat akan ikan talang masin yang dibeli beberapa hari lepas
emm... nak masak apa ya ?
masih tersimpan kemas dalam peti ais
lama sangat nanti akan bertukar rupa dan rasa pulak
maklumlah peti ais sekarang ni bukan yang macam peti ais dulu
cepat sangat serap air...
kalau simpan ikan atau daging lama sikit dah tak fresh lagi, silap silap tinggal kulit saja sebab kecut

nak masak yng simple saja tapi menyelerakan.
masak asam ok juga
kuah yang pekat-pekat
pedas pedas masin masam lengkap !

Jom kita terjah resepi

Bahan A
Isi ikan talang kering (dipotong kepada beberapa ketulan sederhana besar)
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
sedikit halia (dihiris memanjang)

Bahan C
1 cawan air asam jawa (sederhana pekat)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)

Bahan D
10-15 biji cili padi (dihiris 2)
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
garam (Jika kurang masin)

Cara-Cara Memasak
1. Ikan talang kering digoreng sehingga masak dan diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan B sehingga naik bau yang harum.
3. Masukkan bahan C dan kecilkan api supaya kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak.
4. Masukkan Ikan yang telah digoreng dan bahan D.
5. Masak selama 2-3 minit lagi dan boleh lah diangkat.

* Selamat berbuka puasa ...

2 comments:

  1. housemate saya masa belajar dulu suka masak resepi ni...tapi lupa nak minta resepi...skang dah jumpa! tapi cili padi banyak nau tu...tak pedas ke kak? atau rasanya ok dgn asam jawa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sapphire. Saya memang 'hantu cili padi'. Tak pedas tak berselera nak makan.....

      Delete

Powered by Blogger.