Sila Click sini ya... Terima Kasih !

PUDING SAGU Gula Merah ber'Aroma


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Puding Sagu
Salah satu pencuci mulut kegemaran saya dan keluarga
Suka sangat !
Ditambah dengan aroma vanila

Jom kita semak resepi
* Resepi nya sama saperti di sini Puding Sagu Gula Merah

Bahan A (Puding Sagu)
1 cawan sagu kecil
3 cawan air
3 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan simpul
Pewarna merah (boleh gunakan sebarang warna yang disukai)

Cara memasak:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan
2. Didihkan air bersama daun pandan. Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi.
    Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.
    Jika air hampir kering tetapi sagu masih belum jernih, boleh lah ditambah sedikit air.
3. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.
5. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan

Bahan B (Untuk Manisan)
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan B diatas, masak hingga gula larut dan agak pekat.
2. Tutup api, tapis dan sejukkan.

Bahan C
1/2 kotak susu cair (Full Cream) Dutch Lady
Perasa vanila
* Panaskan seketika saja (jangan sampai mendidih). Kemudian sejukkan

Cara menghidang:
1. Masukkan sirap gula merah kedalam mangkuk
2. Potong sagu dan masukkan kedalam mangkuk.
3. Curahkan susu cair.
* Untuk lebih enak lagi, sejukkan dahulu sebelum makan.

* Selamat berbuka puasa ....

2 comments:

  1. Slurrrppp...sluurrpppp... tambah lagi!

    ReplyDelete
  2. kegemaran saya ni, nampak macam senang je membuatnya..nak kena rajin ni ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.