Nuffnang

RENDANG HIJAU DAGING


Assalamualaikum semua...

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Hari Raya AidilFitri'
Maaf jika ada terkasar bahasa ya..

Masih berpuasa 6, hari ini In Sya ALLAH dah hari ke 4.

Juadah hari raya bagi tahun ini saperti tahun tahun sebelum. 
simple saja....
'Ketupat Pulut Daun Pisang' 
dimakan dengan 'Rendang Hijau Daging'
'Pioor Oat Cookies'
dan 'Maruku'

Untuk hari raya pertama saya sediakan 'Mee Kuah Kak Puah'
Teringat ketika kecil dulu, bila balik kampong saja Mak, Ayah dan kami adek beradik akan singgah di kedai makan di kepala simpang Jalan To' Elong untuk menikmati keenakan Mee ini sebelum pulang ke Kuaters Bomba.

Resepi nya simple saja
Tapi banyak nya bahan yang digunakan penting untuk mendapatkan rasa kuah yang sedap.
In sya ALLAH akan saya kongsikan resepi nya nanti

Tapi untuk kali ini saya kongsikan resepi 'Rendang Hijau Daging' yang sesuai sangat dimakan dengan Ketupat Pulut daun pisang.

Bahan A
1 kilo daging (Dipotong sederhana besar)
1 sudu besar kerisik
1/2 kilo santan pekat
1 sudu teh kunyit serbuk
1 keping Asam Gelugor 

Bahan B (dimesin halus)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
20-25 biji cili padi hijau
3 batang serai
3 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji ketumbar
3 sudu besar minyak masak

Bahan C
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
5 helai daun limau purut (dikoyak-koyakkan)
1 kiub lembu 'KNOR'
sedikit garam

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan bahan A dan B kedalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar sehingga daging empok dan kuah menjadi pekat.
2. 5 minit sebelum angkat masukkan bahan C.

1 comment:

Powered by Blogger.