Sila Click sini ya... Terima Kasih !

NASI LEMAK LEMUNI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Nasi Lemak Lemuni ...
menjadi kegemaran keluarga saya
dihidangkan sebagai sarapan pagi kami sekeluarga
memang sedap di makan dengan 'sambal tumis sotong sayap' 

haruman daun lemuni ditambah dengan aroma halba memang membangkitkan selera ...
harum satu rumah semasa nasi sedang di masak
memang tak sabar nak makan ...

Bahan A (untuk 8 orang makan)
4 pot beras (anggaran 550 gram)
3 pot santan
10 tangkai daun lemuni dimesin dengan 3 pot air (1 tangkai ada lebih kurang 3 helai daun)
1 pot air biasa
1/2 sudu teh halba sahaja
1 ulas bawang besar (belah 8)
3 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia
sedikit garam

Bahan B
3 genggam 'sotong sayap' (Sotong kering)
15 biji cili kering (diblend)
sedikit belacan (diblend)
sedikit air asam jawa
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji bawang besar (tumbuk)
1/2 sudu besar gula putih
1 kuib pati bilis 'KNOR'
sedikit garam

Bahan C
Telur rebus
Kacang tanah goreng
Timun

Cara-Cara Memasak Nasi
1. Daun lemuni dimesin dengan 3 pot air sehingga halus. Buang kan buih-buih yang terhasil selepas blend.
2. Masukan semua bahan A diatas termasuk air lemuni (tidak perlu ditapis).
   * 4 pot beras + 7 pot air (3 pot santan  + 3 pot  air lemuni + 1 pot air biasa).
3. Masak saperti masak nasi lemak

Cara-Cara Memasak Sambal Tumis
1. Sotong sayap direndam dalam air panas selama 2 jam untuk melembutkan ia disamping membasuh dari bauan sotong kering. Saya menukar air nya sebanyak 3 kali semasa dalam tempoh tersebut.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
3. Masukkan cili kering yang telah diblend, sotong dan kesemua bahan B diatas.
4. Masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi sedikit pekat.

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.