Nuffnang

LAKSA PENANG Ikan Tamban


Assalamualaikum dan Salam Aidil Adha

Raya tahun ini tiada ketupat, tiada rendang, tiada kuih, cuma laksa Penang saja saya sajikan.
Alhamdulillah atas nikmat rezeki kurniaan ALLAH ini...

Kebiasaan nya untuk memasak kuah laksa saya gunakan ikan kembong, sardin atau parang. Tetapi untuk kali ini saya masak Ikan Tamban pula.
OK..
Manis kuah nya

jom kita semak RESEPI ...

Bahan A (Campur semua, Rebus, Mesin dan Tapis)
1.5 Kilo Ikan Tamban
1 ekor Ikan  gelama Masam (Ikan kering yang lembut/gebu isi nya bila dipegang)

Bahan  B (Campur semua dan Mesin)
15 biji cili kering
sedikit belacan .. sebesar 2 ibu jari tangan
1 biji bawang besar

Bahan  C
1 ketul lengkuas..sebesar saiz 3/4 genggaman penumbuk
5 batang serai (ketuk)
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
Daun kesom
10 keping asam gelugur (Saiz sederhana)
1 1/2 kiub pati Ikan Bilis 'Maggie'
sedikit garam

Bahan D
1 kilo Laksa beras (direndam 2 jam dan direbus sehingga masak, ditoskan air nya dan dibasuh untuk mengeluarkan lebihan kanji)

Bahan  E
Telur rebus
Cili merah/Cili Padi
Bawang besar
Limau Kasturi / Limau nipis
Daun selom
Timun
Nenas
Daun Pudina

Cara-Cara Memasak Kuah :-
1. Satukan Bahan A,B dan C dalam periuk dan rebus sehingga masak

* Selamat menjamu selera .....

4 comments:

  1. Replies
    1. Salam Aidil Adha juga kepada Adda Syuhada ...

      Delete
  2. Salam Aidil Adha, semoga ceria selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga Salam Aidil Adha kepada Kasihilmar, Hidup mesti ceria kan .. supaya sentiasa awet muda ....

      Delete

Powered by Blogger.