APOM LENGGANG


Assalamualaikum...

Apom Lenggang
kuih traditional yang sangat sedap
manis rasa nya ..

semua kawan-kawan sekolah pakat dok lenggang
sat gi yang sana post apom lenggang dalm WSAP
yang kat situ post apom lenggang
yang kat sini pon tak nak ketinggalan, post juga apom lenggang !
pakat-pakat dok lenggang

jom kita lengggang 360 darjah.
jangan lebih lebih tau
kalau lebih...
pinggang sakit, kuih tak cantik sebab tepi nya  dah jadi tebal

Jom....

Bahan A
2 cawan tepung gandum atau tepung beras(cap gajah 3 beradik)
1 biji telur
1 cawan air biasa
1 cawan gula putih halus (boleh dikurangkan kpd 3/4 cawan jika gemar yang kurang manis)

Bahan B
1 cawan santan (sederhana pekat)

Cara-Cara Membuat nya
1. Satukan kesemua bahan A dan blend sehingga sebati.
2. kemudian perapkan adunan selama 3 jam
3. Selepas 3 jam, masukkan santan dan kacau untuk sebatikan sekali lagi
4. Panaskan kuali melengkung. Dengan menggunakan daun pandan griskan sedikit minyak pada dasar kuali.
5. Kacau adunan tepung dan masukkan 1 sudu (bersaiz besar) kedalam kuali dan lenggang 360 darjah.
Pastikan jangan lenggang lebih'pusingan' kerana hasilnya nanti bahagian tepi akan menjadi tebal dan tidak ranggup.
6. Tutup kuali dengan tudung dan biarkan ia masak.
   * Jika bahagian tepi telah bertukar keperangan dan tiada lagi cairan tepung bahagian tengah kuali, ini menandakan apom telah masak dan boleh diangkat. Tidak perlu diterbalikkan.
7. Angkat dan lipat 2.
8. Ulang langkah 5 sehingga selesai.
  *
Nota:
1.  Adunan tepung boleh juga disediakan dimalam hari (langkah 1) dan kemudian nya disimpan didalam peti sejuk. Keesokkan nya baru dimasukkan santan dan terus dilenggang (Tidak perlu tunggu adunan balik ke suhu bilik)
2.  Pastikan adunan dikacau/sebatikan terlebih dahulu sebelum melenggang.
3. Kuali tak perlu digriskan terlalu kerap hanya bila agak kering baru digriskan saja.

* Selamat menjamu selera ...

1 comment:

  1. Petang hari pekena Apom ni sedap juga ye FHA..
    Rasa nak gi rumah FHA sama mengopi tu :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.