Sila Click sini ya... Terima Kasih !

CALAMANSI Juice yang sedap dan menyamankan ...



Assalamualaikum semua ...

Aduhaiii sedap nya ...
Aduhai nyaman nya ...
Aduhai best nya ....

Apa yang sedap ?
Apa yang nyaman ?
Apa yang best ?
itu lah JUS KALAMANSI
Kalau musim panas lagi menyamankan kan ....

Pertama kali minum di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet di Pulau Pinang
terus terus hati terpikat
manis-manis masam ... dengan aroma limau kasturi
rasa nya umphh !

Jom ....

Bahan A (Ibu Gula)
8 biji  Asam Kecut (Asam Kong / Asam Boi)
1 cawan gula putih
3 cawan air

Bahan B
15 biji limau kasturi
Air secukup nya
Ketulan Ais

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih dan menjadi air gula yang sedikit pekat.
2. Limau Kasturi dibelah 2, dibuang bijinya dan masukkan kedalam blender bersama 4 cawan air dan di blend sehingga halus.
3. Didalam Jug, masukkan sedikit air gula yang telah dimasak, air limau Kasturi yang telah diblend dan ditapis, tambahan air untuk seimbangkan kemanisan nya dan ketulan ais.
4. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ... 

2 comments:

  1. Aduh .. pagi2 ni tengok dah terasa nyaman nya kalau lalu kat tekak saya ni FHA..
    Memang tergoda lah tengok..
    Kena cuba gak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang saya suka. Pertama kali minum terus terpikat ..

      Delete

Powered by Blogger.