Nuffnang

Ikan Kayu MASAK TAUCU


Assalamualaikum semua..

memang lama benar tak makan lauk Ikan Kayu
Ikan Kayu, Ikan Tongkol adalah ikan yang sama
Ikan yang mempunyai isi yang sedikit keras dan padat
keluarga saya lebih kenali ia sebagai ikan kayu

kalau perasan....
bahagian tengah ikan ini ada yang sedikit kecoklatan atau kehitaman
bahagian ini menjadi favourite kakak saya
dolu-dolu tu....
semua potongan ikan goreng di robek nya untuk dapatkan bahagian tersebut
kadang-kadang rasa geram juga
yalah...sebab semua kepingan ikan dah jadi 'second hand'
hahaha.....
...semua hanya kenangan-kenangan sewaktu kecil

entah ! macam mana teringin pula rasa nak masak lauk ikan kayu ni
Jomm.. memang kena dengan resepi ni
saya suka ..keluarga pon suka

Bahan A
minyak untuk menggoreng
2 ekor Ikan Kayu/Tongkol (dipotong kepada kepingan)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
minyak untuk menumis
1 inci halia (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 8)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 1/2 cawan air Asam Jawa (asam sebesar 2 ibu jari)
1 sudu besar Tauco (masin)
2 biji cili merah atau 10 biji cili padi (dipotong menyerong)
* Saya tidak masukkan garam kerana tauco tersedia masin

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kepingan Ikan di perap dengan kunyit dan garam. Kemudian nya digoreng sehingga masak dan diangkat.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga keperangan dan terbit bau yang harum.
3. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga bawang 1/4 layu.
* saya masukkan bawang besar awal kerana saya mahukan kemanisan bawang mesra bersama masakan dan menjadikan masakan lebih beraroma.
4. Masukkan lada hitam, air asam dan tauco. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan ikan dan cili. Gaul rata dan boleh lah diangkat

No comments:

Powered by Blogger.