Sila Click sini ya... Terima Kasih !

PAIS BUNGA AIR...yang sedap sangat !

Assalamualaikum semua...

lama bonar tak masak pais ikan ..
jadi saya jalan ke blog kawan ..
berhenti sekejap di Dapur Tanpa Sempadan ..
banyak-banyak resepi, ini jadi pilihan ..
.... pais-pedas-ikan-kembong

OK tak pantun saya
yea...
oleh lah tu..

tapi saya tak masak ikan kembong,
saya guna ikan bunga air

TQ Che Mat kongsikan resepi ini
best sangat...sedapp

Saya olah sedikit resepi ini mengikut cara saya saperti di bawah..
Jangan marah ye Che Mat

Bahan A
300 gram ikan bunga air
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
1 mangkuk penuh kelapa parut putih
1 sudu besar penuh gula putih
Garam
Daun pisang secukupnya (cuci, lap kering dan layur atas api hingga lembut)

Bahan B (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai (dihiris halus)
15 biji cili padi
1/2 inci belacan (dibakar)
1/2 inci kunyit hidup
asam jawa tanpa biji sebesar jari kelingking

Cara-Cara Menyediakan nya :-
1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih dan ditabur sedikit garam dan ketepikan.
2. Tumbuk bahan B sehingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut, daun kunyit yang dimayang, garam dan gula. Gaul hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan campuran rempah ini pada ikan, rata dan ketepikan.
4. Ambil sehelai daun pisang (kurang lebih berukuran 12 inci X 20 inci) yang telah dilayur lembut. Letakkan atas kuali leper (atau loyang), dan masukkan separuh ikan yang telah bercampur bahan rempah diatas nya. Lipat daun tersebut dan semat kiri dan kanan bungkusan dengan lidi pencungkil gigi yang bersih.
5. Buat kaedah sama untuk baki ikan tadi
6. Panaskan kuali(atau oven), dan bakar pais tadi lebih kurang 10 minit untuk setiap bahagian.

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.