A

A

Bersantai Sambil Menjamu Selera di PUNCAK MUTIARA CAFE.. Lokasi Menjamu Selera


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Hari ini saya akan membawa anda berjalan-jalan melawati tempat makan yang amat unik yang saya war-warkan dahulu di SINI..., lain dari yg lain ia-itu berkonsepkan ‘cafe dalam ladang’ milik Mutiara Kristal Corporation Sdn. Bhd.

Lokasi restoren terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu dalam perkampungan yang sedikit berbukit dengan persekitaran yang amat nyaman  dan berhampiran sawah bendang.
Jauh dari kebisingan kenderaan yanglalu lalang.

Kalau dari seberang Jaya atau dari Highway Utara Selatan, kita boleh masuk ke BKE Highway menuju ke Kulim dan keluar di susur Kubang Semang, kemudian belok kiri ke arah Penanti. Selepas pasar Penanti, tak jauh dari sini iaitu kurang 1 kilometer kita akan jumpa Sign Board ‘KAMPUNG PELET’; belok ke kiri menyusuri jalan kampung yang berbatu untuk sampai ke cafe ia-itu lebih kurang 300 meter dari Jalan Utama.

Sebahagian dari Kawasan Parking
Nak parking kereta tak menjadi masaalah kerana Cafe ini menyediakan tempat parking yang luas berdekatan dengan pintu masuk dan ia adalah percuma.
Pada waktu malam, banyak kereta bersusun susun kat situ....

Sekitar pemandangan di Puncak Mutiara Cafe memang amat menarik dengan suasana yang menghijau, sejuk mata dan amat tenang sekali.


Terdapat pelbagai tempat makan disediakan iaitu kita boleh pilih untuk makan bersila mahupon berkerusi.

Pondok-pondok makan yang disediakan nya pula amat selesa di samping lokasi tempat juga amat menarik; dibawah pohon buluh, dipinggiran jalan, ditepi kolam ikan, ditepi kolam renang, dibawah pokok nyior, mahupon anggur, dalam bilik yang berhawa dingin atau pon didalam dewan yang dikhaskan untuk majlis tertentu seperti perkahwinan, sambutan hari lahir atau majlis makan malam.

Secara am nya, cafe ini juga boleh memuatkan sehingga 1,600 tetamu pada satu-satu masa dan ia menawarkan lebih 200 menu makanan dan minuman dengan bermacam-macam jenis hidangan disediakan termasuk makanan ala kampung, Thai, Barat mahupun Cina.
Begitupun menu yang berasaskan daging kambing tetap menjadi pilihan dan paling digemari ramai.

Pilih saja yang mana sesuai dan berkenan dihati untuk beristirehat sambil makan-makan disamping menghirup udara kampung yang segar.

Jom ikut saya jalan-jalan....

Yang mana satu pilihan hati....
Nak bersila atau berkerusi ?

Dibawah rumpun pohon yang rendang...


Di pinggiran jalan ditepi lereng bukit ...

Atau bilik yang berhawa dingin ...


Boleh juga berada di Puncak jika berkeinginan ....


Atau bersila diberanda sambil menjamu selera ....

Dibawah pohon mangga ... OK juga

Dalam balai santapan di  tepi kolam Ikan Emas..

Atau di meja bulat berhampiran kaunter bayaran ...

Jom ramai-ramai menjamu selera ditepi kolam ikan !

Atau pon dalam kumpulan kecil diatas titi kolam ikan ...

Best juga kalau makan dalam pondok terapung...

Untuk lebih exclusive lagi kita boleh bersantai di tepi Kolam renang, dibawah pohon nyior dengan tiupan angin bukit...







Dewan besar juga disediakan untuk majlis keramaian saperti Majlis Perkahwinan dan sambutan Hari Lahir.



Jom ramai-ramai kita Bersantai Sambil Menjamu Selera di
PUNCAK MUTIARA CAFE
  Lot 179, MK 3,
  Kampung Pelet
  Kubang Semang
  Pulau Pinang, Malaysia

Tel: 1700-81-9595

Coordinate dari Google Map
  5.415249,100.456138

atau boleh layari website rasmi ...www.puncakmutiara.com

No comments:

Powered by Blogger.