Nuffnang

LEMAK PUCUK UBI TEMPOYAK.......dihujung bendang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

alangkah sedap nya jika dapat menikmati sayur pucuk ubi,
dengan lauk Ikan goreng,
berulamkan cili padi segar,
makan dengan nasi panas-panas,
minum pula teh O,

didalam pondok...
dibawah pohon yang rendang...
dihujung bendang...
dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa..
ceh ceh ceh ...........
enak sekali..
nyaman nya..

heh heh heh...
hahahaha....
berangan sekejap !

Jom kita kutip pucuk ubi
dapat 2 cekak pon cukup la tu

Jom..

Bahan A
2 cekak pucuk ubi
2 sudu besar tempoyak (kalau dapat yang manis lagi sedap)
3 cawan santan yang sederhana pekat
1 labu bawang besar (dibelah 8)
1 sudu besar Ikan bilis (ditumbuk lebam)
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Pucuk ubi dibuang urat tengah nya, direbus sehingga empok, dan ditoskan air nya.
2. Masukkan Pucuk ubi yang telah direbus kedalam periuk bersama bahan-bahan A yang lain dan rebus sehingga mendidih. Pastikan ia dikacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
3. Apabila telah mendidih boleh lah diagkat dan dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

2 comments:

Powered by Blogger.