Tuesday, 30 June 2015

MEE SUP AYAM Goreng




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Semalam saya berbuka dngan 'Mee Sup Ayam Goreng'
Membuat sedikit kelainan kerana beberapa hari sebelum berbuka dengan nasi dan lauk pauk
Sedap kerana ayam yang dimasak sebagai kuah sup akan digoreng pula untuk nenambah rasa mee sup.

Jom kita tengok resepi

Bahan A
Minyak untuk menumis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus)
4 ulas bawang merah (ditumbuk atau dicincang halus)
2 inci halia
1 pokok daun sup (dipotong 1 inci)
1 camca kecil lada hitam/putih (ditumbuk halus)

Bahan B
1/2 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
Air untuk dijadikan kuah
2 biji ubi kentang (kupas kulit dan dipotong 8)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
garam

Bahan C
Kicap masin 'Kipas Udang'
Sos tiram

Bahan D
Mee kuning (Celur dalam air mendidih, toskan dan kemudian gaulkan bersama 3 sudu besar minyak masak supaya mee tidak melekat)
Taugeh
Daun Sup
Daun Bawang
Limau Nipis/Kasturi
Cili Padi
Tomato biji
Bawang Goreng

Cara-Cara memasak kuah
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A. Kacau sehingga daun sup betul betul layu/kecut dan berbau harum.
2. Seterusnya masukkan bahan B.
3.Teruskan memasak sehingga ubi kentang empok dan kuah mendidih baru lah diangkat.

4. Asingkan ketulan isi ayam.
5. Gaulkan dengan kicap masin dan Sos Tiram
6. Goreng semula ayam (sekejap sahaja ~ 1 minit)

* Selamat menjamu selera ...

Monday, 29 June 2015

Ulam-Ulaman & SAMBAL TERASI Matang


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Bulan puasa untuk tahun ini saya masak ala kadar saja.
Selera makan memang kurang dari tahun-tahun lepas
Banyak minum air saja.
Badan rasa letih sangat.
Mungkin sebab  umur dah semakin meningkat

Tapi apabila berbuka dengan 'Sambal Terasi Matang' yang dimasak oleh anak saudara saya
Alhamdulillah selera saya terbuka.
Buka puasa saja makan dah bertambah
Balik terawih .. ulang lagi
Sahur pon ... nasi bertambah juga
Alhamdulllah sedap sangat

Sumber : FB 'Resep Kue Lezat'

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
Segenggam ikan bilis
7 biji Cili Merah
20 biji cili Padi
10 Ulas Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
2 biji tomato (belah 4)
Belacan

Bahan B
Gula Pasir
Sedikit Air Asam Jawa
Garam

Cara-Cara Memasak
1. Goreng semua bahan A diatas sehingga layu.
2. Angkat dan masukkan kedalam lesung-tumbuk, tambahkan sedikit garam dan tumbuk separa hancur.
3. Tambahkan gula dan gaulkan rata.
4. Panaskan kembali minyak gorengan tadi dan tumis cili yang telah ditumbuk sehingga harum.
5. Siap

Friday, 26 June 2015

ACAR LIMAU Pembuka Selera Bersahur


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua

Acar adalah salah satu menu yang paling dinikmati semasa bersahur sebagai pembuka selera.
Resepi nya boleh dipelbagaikan, ada acar buah, acar limau, acar ikan kering dan sebagai nya.
Untuk kali ini saya sajikan acar limau untuk sajian keluarga saya. Aroma acar limau ini amat wangi sekali setelah ia siap dimasak dan hati-hati kerana ia amat menggoda selera kita sehingga waktu berbuka.

Limau yang saya gunakan adalah limau nipis yang dijeruk sendiri. 
Limau ini boleh didapatkan juga dikedai mamak yang menjual rempah-rempah masakan. 

Resepi nya adalah sama saperti Resepi acar-buah-traditional ini. Cuma saya tidak menggunakan buahan moden, tetapi saya lebihkan limau jeruk. Memang sedap sekali ....

Jom kita semak bahan-bahan nya

Bahan A (Bahan tumis)
1 cawan minyak masak
1 ulas bawang putih + 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B (Rempah tumis, Campur semua sekali)
1 camca besar rempah Ikan 
1/2 camca besar serbuk cili
1/2 sudu teh 'halba sahaja'/ bukan halba campor (goreng kering dan ditumbuk)

Bahan C
3/4 cawan cuka makan
200 g gula putih 
Garam

Bahan D (Buah-buahan)
1/2 Kilo Buah Kurma
7 biji Limau Jeruk (belah 10)
1 cawan kismis
1 cawan Cili Padi (lebih banyak lebih pedas .. lebih sedap)
20 ulas Bawang Putih (ulas yg besar dibelah 2)
15 ulas Bawang Merah (ulas yg besar dibelah 2)
halia (sebesar 1/2 tapak tangan, dipotong memanjang)
Buah belimbing kering  (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
Buah pala  (Tak dimasukkan sebab tak ada stok)
* Panas kan air sampai mendidih dan celurkan (SEKEJAP sahaja <> 30 saat) cili, bawang putih, dan bawang merah'

Bahan E (Untuk tabur)
1 sudu besar bijan (goreng kering)
1 sudu besar biji sawi (goreng kering)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumiskan  bahan A sehingga garing.
3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
4. Biarkan sampai mendidih dan sedikit kering (berbuih-buih air gula..)
5. Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan E dan digaul sedikit supaya bercampur. (JANGAN dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6. Bila mendidih terus padamkan api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
* (Pastikan tiada air di gunakan. Air dari buah-buahan akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

* Selamat berbuka puasa ....

Saturday, 20 June 2015

Sambal Bilis ...KENTANG RANGGUP


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat dialam maya

Rasa nya masih belum terlambat untuk mengucapkan...
Selamat menyambut ...
Bulan Ramadhan ...
Bulan penuh keberkatan
Maaf sekira nya ada terkasar bahasa atau terguris jiwa

Saperti biasa dan tahun tahun yang lalu elakkan pembaziran semasa berbuka
Ruang perut kita masih bersaiz sama
Tiada beza nya.. tiada pertambahan saiz
Cuma nafsu kita saja
melonjak-lonjak di bulan puasa
Rasa macam boleh habis kuih-kuih yang dijual di pasar Ramadhan tu
hehehe...

Eh bulan puasa tak boleh berceloteh panjang
Lauk berbuka saya semalam 'Sambal Bilis Kentang Ranggup'
memang ranggup sangat-sangat
krup-krup krup-krup krup-krup
manis, pedas, lemak ikan bilis semua ada 
sedap !  sedap !

Jom kita semak resepi

Bahan A
3 biji ubi kentang bersaiz sederhana
3 sudu besar air kapur

Bahan B (dimesin halus)
3 biji cili kering
3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
belacan

Bahan C
Minyak untuk menggoreng (Goreng tenggelam)
1 tangkai daun Kari
2 sudu besar gula putih
segenggam Ikan bilis
sedikit garam

Cara-Cara memasak
1. Masukkan Air Kapur kedalam bekas yang berisi 3 cawan air biasa
2. Kentang dibuang kulit dan di sagat nipis dalam bekas air diatas. 
3. Panaskan  minyak dalam kuali dan goreng Kentang. Pastikan ia digoreng dalam kuantiti yg sederhana (saya bahagikan kepada 3 gorengan)  untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.
Jika kentang dah mula nampak warna 'keperangan' kacau selalu supaya ia menjadi garing sekata.
4. Goreng sehingga keperangan barulah di angkat.
5. Goreng pula ikan bilis sehingga garing dan angkat.
6. Dengan menggunakan minyak yang sama tetapi dalam kuantiti yang sedikit tumis daun kari sehingga naik bau.
7. Masukkan bahan B, gula putih dan garam dan masak sehingga sambal menjadi pekat. (Pastikan sambal tidak cair kerana boleh mengakibatkan kentang menjadi lembik).
8. Apabila dah pekat, masukkan pula kentang dan ikan bilis. Gaulkan sehingga rata dan boleh lah diangkat.

* Boleh juga dimasukkan Kacang Goreng jika suka
* Selamat berbuka puasa

Thursday, 11 June 2015

CARA XXXL BERLAUK Sambal Totok Jawa ...Asli


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Cara berlauk lagi, tapi kali ini bersaiz XXXL
Selagi tak jemu selagi tu kita buat dan makan.

Tolong abaikan rupa acuan kueh ku ini
heheheh !
ini gara-gara melayan kucing kucing ku makan,....
.....acuan atas dapur panas berasap rasap

Jom kita semak resepi ...
kali ni saya gandakan 1/2 sukatan lagi
dan kecairan adunan di kurangkan sedikit kerana kuih ini akan di buat bersaiz besar
kita boleh dapat 3 biji

Inti saperti biasa 'Sambal Totok Jawa...Asli'

Bahan A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air biasa
4 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
4 sudu besar minyak masak (*** Untuk melembutkan kuih)
2 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

Bahan B (Inti)
Sambal Totok Jawa ...Asli

Bahan C (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Kuih :-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan dengan menggunakan sehelai daun pandan.
3. Masukkan adunan tepung 3/4 penuh. Pastikan Jangan terlalu penuh.
4. Biar seketika supaya bahagian bawah kuih masak dan pastikan masih ada tepung yang MASIH cair (belum masak) dibahagian tengah.
5. Masukkan inti  dan taburkan cili potong dan daun sup diatas nya.
6. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak dan sedikit garing  dan bolehlah diangkat. 
Kalau nak lebih SEDAP LAGI...Pastikan kuih dimasak sehingga keperang-peranggan/Garing dibahagian bawah. Yang menjadikan ia........ GARING DILUAR.. LEMBUT DIDALAM !!!!
SEDAP !!!

Promote ..............
SAMBAL TOTOK JAWA ... Asli yang Super'p sedap !
Hasil keluaran anak saudara saya  Nurul Jannah.

Jom tempah... memang sedap !
017-7800435 Nurul Jannah
017-7800827 Areffin BeeLz
>>>>>
Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.

~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie)

- sedap kalau buat Cara Berlauk
dan apa-apa saja ....

FRESH dari kuali .....
Berminat ? Sila pm Nurul Jannah untuk tempahan.
* Tempahan untuk ramadan telah dibuka....pembuka selera untuk bersahur !

Sunday, 7 June 2015

TALAM KELEDEK Berlauk 'Sambal Totok Jawa ...Asli'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pertama kali makan Talam keladi, agak-agak dalam 15 tahun dulu..
Ketika menghantar Arwah abang saya yang ketika itu berkhidmat di MAS,bangunan bertempat di Jalan Sultan Ismail.
Ketika tu ada sorang makcik ni jual sarapan pagi,
Punya lah sedap kuih tu...

Hari berikut nya hajat hati nak ulang lagi..
huhu tak ada...
Setiap kali lalu ja jalan tu, jengok jengok juga kuih tu, huhu tak ada juga
Sampai hari ni teringat ingat !

Alih-alih 3 hari lalu ketika geledah dapur Sheila SpicesJourney terjumpa resepi ni.
3 round saya ronda dapur Tesco tapi Keladi idaman hati masih tak dapat cari
yang jumpa Keledek.
jadi Talam Keladi kena jadi Talam Keledek ........

Talam keledek pon sedap. Betul !!!
Lagi lagi disatukan dengan 'Sambal Totok Jawa ...Asli'.

Dengan ada nya 'Sambal Totok Jawa ...Asli', kita boleh SKIP Sos untuk talam ini kerana semua rasa dah ada dalam Sambal ini.
Sedap makan panas-panas.

Jom kita tengok resepi saya pula

Sumber : Talam Keladi spicesjourney

Bahan A
175g tepung beras
40g tepung jagung
20g tepung gandum
1 liter santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam

Bahan B
200g Ubi keledek Jepun (berat selepas direbus dan dibuang kulit)

Bahan C
Sambal Totok Jawa ...Asli

Bahan D
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cili Merah

Cara-Cara Memasak
1. Keledek direbus sehingga empok. Dibuang kulit dan dikiubkan.
2. Satukan bahan A dalam periuk dan dikacau diatas api yang perlahan sehingga naik wap.
3. Angkat dan masukkan 1/2 sudu besar 'Sambal Totok Jawa...Asli' dan Keledek yang telah dikiubkan.
4. Tuang kedalam bekas/loyang bersaiz 25 cm yang telah dilenser sedikit minyak.
5. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan taburkan 'Sambal Totok Jawa...Asli', diikuti bawang goreng, daun bawang dan cili merah.
7. Sejukkan sebelum dipotong.

* Selamat Menjamu Selera ...

SAMBAL TOTOK JAWA ... Asli yang Super'p sedap !
Hasil keluaran anak saudara saya  Nurul Jannah.

Jom tempah... memang sedap !
017-7800435 Nurul Jannah
017-7800827 Areffin BeeLz

>>>>>

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.

~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie)

- sedap kalau buat Cara Berlauk
dan apa-apa saja ....

FRESH dari kuali .....
Berminat ? Sila pm Nurul Jannah untuk tempahan.
* Tempahan untuk ramadan telah dibuka....pembuka selera untuk bersahur !

Saturday, 6 June 2015

BABAT Lemak Cili Padi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Lauk untuk hari ini yang paling Simple tapi Sedap
Babat ! 
Saya juga memanggil nya sebagai perut lembu...

Masak Lemak !!!
Kalau kata masak lemak semua tentu tau masak kan..
Tapi tak apa, saya kan baik hati jadi saya nak juga tulis resepi nya disini
huhuhu !

Bahan A
1/2 kilo babat (Dibasuh sehingga putih bersih, direbus sehingga lembut dan dipotong memanjang anggaran 2 inci)
3 batang serai (diketuk lebam lebam)
2 keping asam gelugor
Santan dari 1 biji kelapa
20 biji cili padi (dimesin bersama sedikit santan)
1/2 kiub daging 'KNOR'
sedikit serbuk kunyit
garam

Bahan B
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih. Dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
2. Sebelum angkat masukkan bahan B.
Siap

* Selamat menjamu selera ...