Monday, 30 November 2015

PAIS BUNGA AIR...yang sedap sangat !

Assalamualaikum semua...

lama bonar tak masak pais ikan ..
jadi saya jalan ke blog kawan ..
berhenti sekejap di Dapur Tanpa Sempadan ..
banyak-banyak resepi, ini jadi pilihan ..
.... pais-pedas-ikan-kembong

OK tak pantun saya
yea...
oleh lah tu..

tapi saya tak masak ikan kembong,
saya guna ikan bunga air

TQ Che Mat kongsikan resepi ini
best sangat...sedapp

Saya olah sedikit resepi ini mengikut cara saya saperti di bawah..
Jangan marah ye Che Mat

Bahan A
300 gram ikan bunga air
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
1 mangkuk penuh kelapa parut putih
1 sudu besar penuh gula putih
Garam
Daun pisang secukupnya (cuci, lap kering dan layur atas api hingga lembut)

Bahan B (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai (dihiris halus)
15 biji cili padi
1/2 inci belacan (dibakar)
1/2 inci kunyit hidup
asam jawa tanpa biji sebesar jari kelingking

Cara-Cara Menyediakan nya :-
1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih dan ditabur sedikit garam dan ketepikan.
2. Tumbuk bahan B sehingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut, daun kunyit yang dimayang, garam dan gula. Gaul hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan campuran rempah ini pada ikan, rata dan ketepikan.
4. Ambil sehelai daun pisang (kurang lebih berukuran 12 inci X 20 inci) yang telah dilayur lembut. Letakkan atas kuali leper (atau loyang), dan masukkan separuh ikan yang telah bercampur bahan rempah diatas nya. Lipat daun tersebut dan semat kiri dan kanan bungkusan dengan lidi pencungkil gigi yang bersih.
5. Buat kaedah sama untuk baki ikan tadi
6. Panaskan kuali(atau oven), dan bakar pais tadi lebih kurang 10 minit untuk setiap bahagian.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 27 November 2015

Ala-ala... Kampung Baru BUBUR LAMBUK


Assalamualaikum
Salam Jumaat semua ...

Pernah makan bubur lambuk kampung baru ?
saya pernah
hampir 20 tahun dulu...
dah lama tu kan
masa muda-muda tu...
emm..
rasa serik sangat nak dapat semangkuk pon
jenuh beratur dari pukul 1.30 tengahari nak dapatkan bubur tu pukul 4-5 petang
dah tak sanggup dah rasa nya nak pergi ambil
ramai sangat-sangat orang
berebut-rebut bertolak-tolak
emmm...

tu yang serik tu..
tak apa..tak cuba tak tahu
tak merasai nanti kempunan pula kan..

Jom kita sarapan pagi dengan Bubur Lambuk ..ala-ala Kampung Baru.
ditokok tambah sana-sini untuk lebih menarik dan lebih-lebih sedap lagi...

kalau dah mengadap bubur ni panas-panas, selagi tak habis seperiuk tak sah lah
tak perasan pon
jenguk tengok ..dah tinggal sikit
semua asyik dok mengulang senduk ,senduk, senduk,,,

Kalau masak dibulan Ramadan,
amboiii
lagi kena sangat lah tu
menyelerakan ...

Jomm..

Bahan A
1 mangkuk beras
8 mangkuk air
1 inci halia (dipotong tebal)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 sudu teh halba sahaja (biji)
1/2 sudu teh jintan manis (biji)
1 kiub pati ayam KNOR
1 keping daging cincang 'RAMLY'
1/2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
 sedikit garam

Bahan B
1/2 batang lobak merah (dipotong mengikut kesukaan)
1/4 tongkol jagung (diceraikan biji nya)

Bahan C
1/2 kotak santan pekat (kotak kecil)
1/2 sudu besar minyak sapi 'GEEBLEND'
sedikit daun sup dan daun bawang

Bahan D
Telur Masin
Bawang goreng
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Merah/Cili Padi

Cara-Cara Menyediakan nya :-
1. Masukkan ke semua bahan A kedalam periuk.
* Daging Cincang disiramkan air dahulu sebelum di masukkan kedalam periuk dan cerai-cerainya nya didalam air. Ini adalah untuk mengelakkan ia berketul apabila air mula panas.
2. Kerap-kerap mengacau supaya beras cepat hancur.
3. Apabila beras 1/2 hancur, masukkan bahan B dan teruskan memasak ia mendidih kembali.
4. Masukkan bahan C, kecilkan api dan tunggu sehingga ia kembali mendidih baru lah diangkat.
5. Sebelum makan, taburkan bahan D diatas.

* Selamat Menjamu Selera ...

Thursday, 26 November 2015

CURRY TEMPE... perghh sedap !!!


Assalamualaikum semua sahabat di alam maya...

Suka makan tempe tak ?
Hari ni saya nak kongsi resepi curry tempe orang Utara
Jawa campur  Penang jadi lah Curry Tempe
Kalau belum pernah rasa jom kita cuba.........

Kali ini saya masak curry yang sedikit pekat ala-ala kepekatan saperti rendang
senang berpalut dengan nasi bila makan..
buat sebagai gulai untuk cicah lempeng pon sedap

tetapi jika suka sedikit cair bolehlah di tambahkan lebih santan atau kurangkan rempah kari tu

Jomm..

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk/dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris sederhana tebal)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan B
3 sudu makan penuh serbuk kari daging (boleh dikurangkan jika mahu)
1 mangkuk air
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar Kerisik
2 keping asam gelugor
400 gram daging (dipotong sederhana tebal)

Bahan C
1/2 mangkuk santan cair
2 keping tempe (dipotong ikut kesukaan).. digoreng sehingga keperangan
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A sehingga keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan kesemua bahan B dan masak sehingga kuah mendidih, kemudian perlahankan api dan biarkan sehingga ia terbit minyak yang banyak dan daging menjadi empok.
3. Masukkan santan cair dan teruskan memasak sehingga kuah kembali mendidih.
4. Masukkan tempe dan garam, biarkan tempe 'mesra' dgn kuah selama 5-10 minit, boleh lah diangkat.

* Selamat Menjamu Selera ...

Tuesday, 24 November 2015

MEE GORENG CILI PADI yang umphh sedap !


Assalamualaikum..
Selamat Pagi ..

Pagi ni sarapan apa ya ?
Mee ada ?
Taugeh ?
Udang atau sotong ?
Ikan Bilis ?
Daun Sup ?
Cili Padi atau Cili merah segar ?

OK kalau ada semua yang di atas ..jom kita goreng mee

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)

Bahan B
5 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus)
4 tangkai daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
sejemput ikan bilis (ditumbuk) ~ anggaran 15-20  ekor 
10-12 biji cili padi (ditumbuk)
2 sudu sos tiram
sedikit kicap masin 'Kipas Udang' 
sedikit kicap manis 'Kipas Udang'
sedikit gula putih

Bahan C
12-15 ekor udang hidup (dibuang kulit)
sebungkus mee kuning
2 genggam taugeh segar

Bahan D
Daun sup
Daun Bawang
Bawang  goreng
Limau kasturi

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Dan goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih, daun sup dan ikan bilis. Goreng sehingga bawang bertukar hampir keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan Cili Padi, Sos Tiram, Kicap Manis, Kicap Masin dan sedikit gula. Tambahkan sedikit air jika kuah sedikit kering.
4. Apabila kuah pekat, masukkan udang hidup. Biarkan sekejap.
5. Seterusnya masukkan mee kuning (pastikan mee ini dibasuh terlebih dahulu). Gaul rata, tutup kuali dan kecilkan api  untuk memastikan mee kuah menyerap kedalam mee dengan sempurna.
6. Sebelum angkat, masukkan taugeh.
7. Siap

* Selamat menjamu selera...

Friday, 20 November 2015

SAMBAL SARDIN LIMAU KASTURI Cik SU....yang sangat-sangat menyelerakan !



Assalamualaikum semua...
Salam Jumaat

siapa suka makan Sardin ?
saya ...nak kata suka sangat tu tak adalah
tapi untuk resepi yang ini, 2 hari berturut-turut saya masak menggunakan resepi yang sama semalam
betul-betul sedap !

kadang tu kita tak perasan
dengan tambahan 1 bahan saja mengantikan bahan yang lain menjadikan masakan begitu sedap dan beraroma sekali

sebenar nya...
saya ni teringin sangat nak makan Sambal Sardin ni dari jualan Cik Su
Cik Su ni pernah berniaga Nasi dan Lauk Pauk dalam bangunan PNB Darby Park, Kuala Lumpur
semenjak peniaga lain mengambil alih tempat tersebut, Cik Su dan Suami nya terpaksa bertukar lokasi
tapi bila tiba bulan puasa, Cik Su akan kembali berniaga 
bukan di bangunan itu, tapi di belakang bangunan PNB
peminat lauk nya emm... tak usah tanya
siap menunggu bila Cik Su nak sampai dengan lauk-lauk nya
sedap sedap belaka !
beberapa jam saja dah tinggal bekas kosong
tak sempat lauk, kuah kuah nya saja pon jadi lah...........

saya... biasa lah
kalau dah sedap tu saya akan ringan kan mulut untuk bertanya resepi
dah tanya tu bukan nya sekali....
esok lusa tanya lagi.. 
mana lah tau kalau ada tips yang terlupa nak di beri ...hehehe...
yang tak kedekut ilmu
dapatlah untuk dikongsi ...
moga segala ilmu yang dikongsi nya, mendapat pahala dari ALLAH

Jomm...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Bahan B
15 biji cili kering  (diblend halus)
1 tin Ikan Sardin saiz sederhana (saya guna 'Ayam Brand') 
3 biji limau Kasturi (dibelah 2 dan dibuang biji nya)
1 ulas bawang besar (dihiris tebal)
6 biji cili padi
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya :-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga keperangan.
2. Masukkan cili yang telah dikisar halus, biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan Ikan Sardin bersama Sos Tomato (sedikit sahaja), belahan limau Kasturi (tak perlu perah jus nya), bawang besar, cili padi dan garam.
4. Masak sehingga ia mendidih. Kecilkan api sedikit dan biarkan sehingga sambal sedikit kering dan terbit minyak.
5. Siap dan boleh diangkat.

* Selamat menjamu selera  

Wednesday, 18 November 2015

Kwetiau KUNGFU yang sedap menyengat ...


Assalamualaikum...

Asal Kwetiau berkuah ja, dah menjadi kesukaan saya dan tentu sekali keluarga
salah satu nya adalah Kwetiau Kungfu

dengan kuah yang sedikit pekat,
tidak pedas,
ber isi ayam, udang atau pon sotong boleh juga dimasukkan
sedap dimakan ketika panas-panas

kwetiau pula di gaul dengan telur,
dan digoreng seketika
jika dibiarkan sedikit garing
teramat lah sedap nya....

tapi bagi saya yang suka pedas ini,
tanpa cili padi, tentulah kurang menyelerakan
dimana saja saya makan, tentu soalan pertama yang akan saya tanya... ada cili padi tak ?
cukup cili padi potong tanpa kicap
dah menjadikan ia tambah menyengat..... sedap

Jom...

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
1 bungkus kwetiau anggaran 500 g
4-5 biji telur (dikocak)

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dicincang)
3 ketul isi ayam (dipotong sederhana besar) * Saya masukkan kepak ayam
1/2 pokok daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
Air secukup nya sebagai kuah
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan C
Sayur Sawi
Lobak merah
Jagung muda (jika ada)

Bahan D
1 sudu besar tepung jagung (Jika rasa kurang pekat boleh ditambah lagi, tapi pastikan ia dibancuh dengan air dahulu sebelum dimasukkan kedalam kuah)
1 cawan air

Bahan E
Cili Padi potong

Cara-Cara Menyediakan nya:-
Penyediaan Kwetiau
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Telur dikocak terlebih dahulu. Ambil segenggam kwetiau, masukkan kedalam telur dan digoreng sehingga keperangan. Diangkat dan ditoskan minyak.
* Jangan direndam kwetiau kedalam telur terlalu lama. Oleh itu hanya campurkan bahagian yang akan digoreng sahaja kedalam telur.

Penyediaan Kuah
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan, terus masukkan ayam, daun sup dan garam.
3. Masak sehingga daun sup menjadi kecut.
4. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan sayuran Karet dan jagung muda. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kembali.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air (pastikan bancuhan ini dikacau terlebih dahulu sebelum dicurahkan kedalam kuah.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 17 November 2015

CALAMANSI Juice yang sedap dan menyamankan ...



Assalamualaikum semua ...

Aduhaiii sedap nya ...
Aduhai nyaman nya ...
Aduhai best nya ....

Apa yang sedap ?
Apa yang nyaman ?
Apa yang best ?
itu lah JUS KALAMANSI
Kalau musim panas lagi menyamankan kan ....

Pertama kali minum di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet di Pulau Pinang
terus terus hati terpikat
manis-manis masam ... dengan aroma limau kasturi
rasa nya umphh !

Jom ....

Bahan A (Ibu Gula)
8 biji  Asam Kecut (Asam Kong / Asam Boi)
1 cawan gula putih
3 cawan air

Bahan B
15 biji limau kasturi
Air secukup nya
Ketulan Ais

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih dan menjadi air gula yang sedikit pekat.
2. Limau Kasturi dibelah 2, dibuang bijinya dan masukkan kedalam blender bersama 4 cawan air dan di blend sehingga halus.
3. Didalam Jug, masukkan sedikit air gula yang telah dimasak, air limau Kasturi yang telah diblend dan ditapis, tambahan air untuk seimbangkan kemanisan nya dan ketulan ais.
4. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ... 

Sunday, 15 November 2015

Nasi Goreng KERABU yang amat menyelerakan


Assalamualaikum..

Nasi goreng adalah sarapan yang paling mudah kita sediakan di awal pagi
nasi lebihan semalam kita boleh goreng dengan pelbagai bahan yang ada menjadikan ia amat menyelerakan sekali
sarapan yang boleh mengenyangkan perut hingga ke tengahari..

Jom..

Bahan A (hidangan untuk 2 orang)
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 keping fishcake (dipotong sederhana tebal)
5 biji cili padi (ditumbuk)
1 helai daun limau purut (dihiris nipis)
1 batang serai (dihiris nipis)
sedikit lada hitam tumbuk
1/2 kiub pati ikan bilis 'KNOR'
2 mangkuk nasi putih (yang telah disejukkan)
2 genggam taugeh
sedikit garam

Bahan B
Ikan bilis (digoreng garing)

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
2. Masukkan fishcake, cili padi dan goreng seketika.
3. Masukkan daun limau purut, serai, lada hitam, kiub pati ikan bilis dan garam. Rata bahan-bahan.
4. Masukkan nasi dan rata kan sekali lagi.
5. Sebelum angkat masukkan taugeh.

* Selamat mnjamu selera ...


Friday, 13 November 2015

Kepak Ayam GORENG BEREMPAH yang best ...


Assalamualaikum...

Hari ni ronda ronda rumah Nadz pula di alamat Cute Oven, Small Kitchen.
Nampak sedap juga resepi ayam-goreng-berempah-sedap beliau.

emmmm...
memang sedap sungguh
ditambah dengan ada nya daun limau purut dan sedikit serbuk kari

jom kita cuba .....
Terima Kasih Nadz berkongsi resepi ini...

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
1/2 ekor ayam (*saya gunakan kepak ayam)
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
Garam secukup rasa
1 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan B (di tumbuk atau dimesin kering halus)
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C (ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
2 batang serai

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1.  Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2.  Masukkan ayam dan semua bahan(B) kisar halus dan kasar(C) beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
3.  Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
4.  Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.
*  Rempah ni yang best
    Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit.
    Teruskan menggoreng hingga habis.
6.  Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.

* Selamat Menjamu Selera ...

Thursday, 12 November 2015

Ikan Kayu MASAK TAUCU


Assalamualaikum semua..

memang lama benar tak makan lauk Ikan Kayu
Ikan Kayu, Ikan Tongkol adalah ikan yang sama
Ikan yang mempunyai isi yang sedikit keras dan padat
keluarga saya lebih kenali ia sebagai ikan kayu

kalau perasan....
bahagian tengah ikan ini ada yang sedikit kecoklatan atau kehitaman
bahagian ini menjadi favourite kakak saya
dolu-dolu tu....
semua potongan ikan goreng di robek nya untuk dapatkan bahagian tersebut
kadang-kadang rasa geram juga
yalah...sebab semua kepingan ikan dah jadi 'second hand'
hahaha.....
...semua hanya kenangan-kenangan sewaktu kecil

entah ! macam mana teringin pula rasa nak masak lauk ikan kayu ni
Jomm.. memang kena dengan resepi ni
saya suka ..keluarga pon suka

Bahan A
minyak untuk menggoreng
2 ekor Ikan Kayu/Tongkol (dipotong kepada kepingan)
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Bahan B
minyak untuk menumis
1 inci halia (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 8)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 1/2 cawan air Asam Jawa (asam sebesar 2 ibu jari)
1 sudu besar Tauco (masin)
2 biji cili merah atau 10 biji cili padi (dipotong menyerong)
* Saya tidak masukkan garam kerana tauco tersedia masin

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kepingan Ikan di perap dengan kunyit dan garam. Kemudian nya digoreng sehingga masak dan diangkat.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga keperangan dan terbit bau yang harum.
3. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga bawang 1/4 layu.
* saya masukkan bawang besar awal kerana saya mahukan kemanisan bawang mesra bersama masakan dan menjadikan masakan lebih beraroma.
4. Masukkan lada hitam, air asam dan tauco. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan ikan dan cili. Gaul rata dan boleh lah diangkat

Wednesday, 11 November 2015

Lala KAM HEONG


Assalamualaikum...

Beberapa hari lalu jalan jalan pula ke rumah Cik Kuali Hangus untuk dapatkan resepi lala yang sungguh sedap ini

 ...lala-kam-heong masakan Cina Muslim
Kam Heong bermaksud Golden Fragrance atau Berbau Wangi

memang sedap sungguh !!
lagi sedap kalau makan dengan nasi panas ....
rasa nanti nak cuba dengan ayam pula...
Terima Kasih kerana berkongsi resepi ini

Jom kita kongsi resepi ...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 tangkai daun kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
Garam
Gula secukup rasa (saya tak masukkan)

Bahan B (Satukan sebagai bahan perencah)
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair (saya tak masukkan)
1 sudu besar kicap pekat (saya masukkan kicap pekat manis)

Bahan C
300 g lala (dicuci & ditoskan)
1 biji bawang besar (dipotong 6)

Cara -Cara Menydiakan nya:-
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih dan kacau sebentar.
2. Masukkan pula udang kering dan kacau lagi sehingga terbit bau.
3. Kemudian masukkan daun kari, cili padi, bahan perencah (bahan B) dan tambahkan garam serta gula secukup rasa.  Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan lala bersama bawang besar (bahan C). Kacau rata dan biarkan sebentar supaya lala masak dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 6 November 2015

Terung Goreng KICAP MANIS ......Diari Mangkuk Tingkat


Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua..

Hari ni saya nak kongsi resepi terung yang sangat sedap yang saya telah sediakan semalam !
Idea untuk resepi ini saya dapat dari rancangan tv 'Diari Mangkuk Tingkat bersama ILI'
sebenar nya resepi ini adalah resepi yang sama yang saya masak untuk gelama masam goreng bawang putih hari tuuuu....
cuma kali ini saya masak untuk terung pula

kalau terung, masakan ni mestilah berkuah
sedap kan..
terung yang lembut digoreng
kena pula kicap lemak lemak manis
dengan aroma bawang putih
memang menyelerakan

sedap juga meratah  !!!! habis
malam kita masak lauk lain pulak ..

Jom...

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
3 biji terung panjang (dibelah 2)

Bahan B
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' atau 'Alif'
Kicap Lemak Masin  'Kipas Udang'
1 biji bawang besar (saya tak masukkan/ terlupa pulak)
Cili merah/cili padi (dihiris untuk hiasan)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Goreng terung seketika sekadar untuk melembutkan isi terung sahaja.
2. Angkat dan hidangkan dalam pinggan hidangan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama (Pastikan kita menggunakan sedikit minyak sahaja kerana terung yang digoreng sudah berminyak), tumis bawang putih sehingga keperangan.
4. Masukkan kicap Lemak Manis diikuti dengan kicap Lemak Masin.
  * Lebihkan KICAP MANIS kerana kicap ini akan menjadi kuah kepada masakan kita.
  * Saya tidak menggunakan air tambahan (tetapi dalam rancangan itu Ili masukkan).
5. Biarkan seketika, angkat dan curah ke atas terung.
6. Tabur cili merah sebagai hiasan.

* Selamat Menjamu Selera.

Thursday, 5 November 2015

Apom LENGGANG


Assalamualaikum...

Apom Lenggang
kuih traditional yang sangat sedap
manis rasa nya ..

semua kawan-kawan sekolah pakat dok lenggang
sat gi yang sana post apom lenggang dalm WSAP
yang kat situ post apom lenggang
yang kat sini pon tak nak ketinggalan, post juga apom lenggang !
pakat-pakat dok lenggang

jom kita lengggang 360 darjah.
jangan lebih lebih tau
kalau lebih...
pinggang sakit, kuih tak cantik sebab tepi nya  dah jadi tebal

Jom....

Bahan A
2 cawan tepung gandum atau tepung beras(cap gajah 3 beradik)
1 biji telur
1 cawan air biasa
1 cawan gula putih halus (boleh dikurangkan kpd 3/4 cawan jika gemar yang kurang manis)

Bahan B
1 cawan santan (sederhana pekat)

Cara-Cara Membuat nya
1. Satukan kesemua bahan A dan blend sehingga sebati.
2. kemudian perapkan adunan selama 3 jam
3. Selepas 3 jam, masukkan santan dan kacau untuk sebatikan sekali lagi
4. Panaskan kuali melengkung. Dengan menggunakan daun pandan griskan sedikit minyak pada dasar kuali.
5. Kacau adunan tepung dan masukkan 1 sudu (bersaiz besar) kedalam kuali dan lenggang 360 darjah.
Pastikan jangan lenggang lebih'pusingan' kerana hasilnya nanti bahagian tepi akan menjadi tebal dan tidak ranggup.
6. Tutup kuali dengan tudung dan biarkan ia masak.
   * Jika bahagian tepi telah bertukar keperangan dan tiada lagi cairan tepung bahagian tengah kuali, ini menandakan apom telah masak dan boleh diangkat. Tidak perlu diterbalikkan.
7. Angkat dan lipat 2.
8. Ulang langkah 5 sehingga selesai.
  *
Nota:
1.  Adunan tepung boleh juga disediakan dimalam hari (langkah 1) dan kemudian nya disimpan didalam peti sejuk. Keesokkan nya baru dimasukkan santan dan terus dilenggang (Tidak perlu tunggu adunan balik ke suhu bilik)
2.  Pastikan adunan dikacau/sebatikan terlebih dahulu sebelum melenggang.
3. Kuali tak perlu digriskan terlalu kerap hanya bila agak kering baru digriskan saja.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 3 November 2015

Bubur ASYURA Utara ....Classic


Assalamualaikum ...

Sana sini dalam WSAP semua post gambar bubur 'sora',
semua post sedang mengacau dalam kawah....
emm katanya 2 1/2 hingga 3 jam proses memasak
tapi kita buat sikit-sikit cukup lah.. sat saja
nak makan pon berapa orang ja
....tapi kena masak betul betul, baru sedap dan tahan lama

tapi tak nak lah yang biasa biasa tu
tu macam bubur bubur biasa ja...

nak yang klasik gitu eh !
macam arwah Emak masakkan dulu
sedap sangat
beraroma...

dah siap !
bagi 3 mangkuk untuk kakak
cukuplah untuk rasa kan
1 jam kemudian dia datang 'Hang masak bubur sora sedap no ....
saya balas... 'Resepi mak ...'

siapa pernah masak bubur Asyura macam ni ?
Jom kita tengok resepi ... Bubur 'Sora' Utara Classic

Bahan A
1 cawan tepung beras (cap gajah 3 beradik)
4 cawan air ( **campuran santan pekat, air gula merah&gula putih, air lengkuas&serai dan air biasa)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Garam

**
120g Santan pekat
60g gula Merah
60g gula Putih
1 batang serai saiz sederhana (sedikit sahaja untuk mendapatkan aroma)
seketul lengkuas sebesar ibu jari tangan (sedikit sahaja untuk mendapatkan aroma)

Cara-Cara Menyediakan nya 4 cawan air
1. Gula merah dan gula putih dicampurkan dengan 1 cawan  air dan dimasak untuk dijadikan air gula. Ia kemudian nya ditapis untuk mengasingkan kekotoran.
2. Lengkuas dan serai juga disatukan dan dicampurkan dengan 1 cawan air dan di mesin halus. Ia kemudian nya juga ditapis untuk mengasingkan hampas.
3. Santan Pekat dan baki nya air biasa untuk mendapatkan sukatan 4 cawan

Bahan B (Kekacang)
1/2 tongkol jagung (tak perlu rebus)
60g kacang buah pinggang (direndam semalaman dan direbus hingga empok)
60g kacang mata (direndam semalaman dan direbus hingga empok)
sedikit ubi keledek (dibuang kulit dikiubkan sebesar 3/4 inci dan direbus 1/2 masak. Pastikan tidak terlalu masak kerana ia akan hancur dlm bubur kelak

* sebarang jenis kekacang boleh dimasukkan saperti kacang hijau, kacang merah,kacang tanah, ubi kayu dll. Tetapi pastikan ia di direbus atau digoreng kering terlebih dahulu. Boleh juga dimasukkan pisang jika mahu.
* Jika kita menggunakan pelbagai jenis kekacang, pastikan ia adalah dlm kuantiti yang sedikit kerana campuran keseluruhan nanti akan menjadi banyak.

Cara-Cara Menyediakan nya Bubur Asyura
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk. Kacau2 supaya tiada tepung yang berketul. Jika kurang manis boleh ditambahkan gula putih.
2. Masukkan pula jagung segar.
3. Hidupkan api dan SENTIASA dikacau selalu sehingga bubur menjadi pekat.
*  Pastikan yang adunan bubur sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul/hangit
3. Apabila bubur sudah mulai pekat, masukkan semua kekacang dan TERUSKAN mengacau lagi.
4. Bubur akan meletup letup 'bulp bulp' dlm periuk. Teruskan mengacau anggaran 15-20 minit tambahan atau kita pasti ia benar-benar masak.
*  Untuk mengetahui bubur sudah masak sepenuhnya
   a. Terdapat lapisan diatas bubur yang sedang dikacau.
   b. Ambil sesudu bubur, biarkan ia sejuk. Jika ia 'lekang' cantik dari sudu maka itu menandakan ia sudah masak.
4. Angkat n tuang kedalam loyang. Biarkan ia mengeras sebelum memotong


* Selamat menjamu selera ...

Monday, 2 November 2015

BENDI GORENG BELACAN... betul ke makan kacang bendi otak cerdik ?


Assalamualaikum...
seminggu lebih tak bersiaran
terasa rindu sangat
masak tetap masak kan
makan tetap makan
hehehe...

OK
Hari ni saya post resepi Kacang Bendi 
Kacang yang memang menjadi kesukaan saya sejak dari kecil lagi
kalau dimasak kari.. 
emm  periuk penuh bendi berbanding ikan
orang kata makan kacang bendi ni otak jadi pandai !
eh....betul ke ?

Jom kita kaji .......mengikut 'wikipedia'

...KANDUNGAN 
Kacang Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.

... manakala dari segi PERUBATAN
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusa yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

betulkan .. hehehe
pandai ke kita ?
Alhamdulillah ! Syukur dengan apa yang diberi ALLAH

Jom kita masak bendi goreng belacan
* Tips untuk mengelakkan bendi mengeluarkan lendir yang banyak dalam masakan adalah
1. basuh bendi dahulu sebelum memotong
2. menggunakan asam dalam masakan. Tak kira lah asam jawa atau asam keping. Janji masakan kita mempunyai asam.

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)

Bahan B  (ditumbuk)
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
sedikit garam
sedikit belacan sebesar duit 20 sen (saiz duit lama)

Bahan C
sedikit air asam jawa (asam jawa sebesar duit 20 sen (saiz duit lama) dan perah 3 kali)
15 biji kacang bendi (dipotong menyerong)
1 biji telur

Cara-Cara menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan B (bahan tumbuk) dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
3. Masukkan bendi dan gaulkan rata.
4. Ketepikan bendi ke tepi kuali dan pecah kan telur.
5. Biarkan telur 3/4 masak baru disatukan/gaul dengan bendi.
6. Siap

* Selamat menjamu selera ...