A

A

LEMAK TUMIS LABU.. Sayur merangkap lauk yang sedap


Assalamualaikum

Sayur yang juga merangkap lauk untuk tengahhari ini amat menyelerakan saya.
Tak ada lauk lain yang dimasak. 
Cukup dengan ini ...berpinggan nasi saya tambah 

Labu yang ditanam sendiri oleh kakak dah lama tersimpan dalam peti sejuk
Di satukan dengan sayur kucai yang saya tanam dibelakang rumah
Juga sedikit karot yang berbaki tempoh hari
di sulamkan dengan ikan bilis, daun sup dan lada hitam 
amat-amat menyedapkan lagi sayur ini...

Jommm

Bahan A
2 sudu besar minyak masak (cukup untuk menumis bawang dan ikan bilis saja)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)

Bahan B
1/2 pokok daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
sejemput ikan bilis (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

Bahan C
1/4 biji labu kuning 
1 biji lobak merah
1 biji bawang besar (dibelah 4)
2 cawan air untuk melembutkan labu

Bahan D
1 santan pekat (kotak)
1/2 kiub pati ikan bilis
2 pokok daun kucai 
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B dan goreng sehingga daun sup kecut dan ikan bilis hampir garing dan berbau harum
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga labu 3/4 empuk
4. Masukkan Bahan D. Kacau selalu supaya santan tidak pecah. 
5. Bila kuah hampir mendidih boleh lah diangkat.

* Selamat Menjamu selera ... 

No comments:

Powered by Blogger.