A

A

DAGING GORENG KUNYIT... KELANTAN


Assalamualaikum...

Dah buntu nak masak apa dengan daging..
goggle-goggle internet dapat resepi ini Daging-goreng-kunyit-kelantan dari blog enyabdullah.
Sedap nyaaaaaa !
Daging nya lembut dan sangat terasa garam nya.

Jom kita tengok resepi
Saya masak dalam kuantiti separuh dari resepi asal saja.

Bahan A
300 gm daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam

Bahan B
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
Air

Bahan C
Minyak secukupnya
2 biji bawang besar
Kacang panjang
Cili merah - hiris nipis


Cara-Cara Menyediakan nya:-
Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.

Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.

Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

Sedap nya .....

3 comments:

  1. sedapnya FHA lama dah tk masak mcm ni

    ReplyDelete
  2. saya selalu buat sebab saya sukakan daging dan tak suka ayam.. Bila masak macam ni, ingat kat mak.. mak selalu masak daging cam gini... sedap do'oh!

    ReplyDelete
  3. Tumpang iklan.. Jom..singgah-singgah dan joint blog saya di http://ruzitakitchen.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.