KEPAK AYAM SAMBAL BALI... yummy sedap !!!


Assalamualaikum..
Ramai dah mencuba resepi ini yang dikatakan begitu enak sekali.
Resepi yang dah viral dari rakan FB
Jadi apa lagi teringin juga nak merasa nya
Amboii sedap sekali !
Patut lah...
Terima Kasih Aisha Shukor 

Oleh kerana saya masak dalam kuantiti sedikit jadi saya adjustkan bahan-bahannya

Bahan A
10 ketul kepak ayam
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
3 batang serai (yang besar /diketuk lebam)
3 tangkai daun kari

Bahan C (Mesin halus)
15 biji cili kering
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan(setengah ibu jari)

Bahan D
Kicap Manis Kipas Udang
1 sudu teh(penuh)  gula putih (saya kurangkan gula sebab kurang menggemari lauk yang manis, tambahan masakan ini telah menggunakan Kicap Manis)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam diperap dengan garam dan kunyit. 
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 1/2 masak dan angkat. 
* Saya tutup tudung kuali semasa menggoreng untuk memastikan isi ayam masak didalam dan texture ayam sentiasa moist.
3. Angkat dari kuali.

4. Dengan menggunakan minyak yang sama (kurangkan jika minyak berlebihan), tumis serai sehingga naik baunya.
5. Masukkan daun kari dan goreng sehingga garing dan wangi.
6. Masukkan bahan C yang telah dimesin halus . Masak dengan api yang sederhana sehingga naik bau dan terbit minyak yang berlenangan.
7. Masukkan bahan D (Renjis kicap manis anggaran 5 kali renjis) untuk mendapatkan warna 'merah maroon' dan ratakan.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Teruskan memasak anggaran 10 minit dan boleh lah dihidangkan.
  

Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.