A

A

Bihun Sup FAIZA... memang sedap !!


Assalamualaikum 

Dalam penyediaan sup atau mee, kesedapan kuah memang amat penting.
Sedap kuah nya... maka sedap lah mee tersebut.
Yang lain menjadi pelengkap sahaja.

Semalam saya menyediakan Bihun Sup untuk tengahhari.
Sedap betul sup yang saya sediakan untuk kali ini !

Kebetulan dah lama tak masak menggunakan rempah keluaran 'Faiza'
Pernah guna sup keluaran jenama X beberapa kali tapi tak lah sesedap yang ini
Padahal sup yang saya masak amat simple saja
Tapi rasa sup nya memang umphh !! mengikut selera saya

Kebetulan juga
...Tak ada taugeh
...Tak ada daun bawang 
...Tak ada bawang goreng
Tapi
...Habis juga lah seperiuk
sekejap sahaja 

Jom kita terjah sup simple yang dimakan dengan bihun
Penyediaankan sup sama saperti biasa

SUP

Bahan A
3 sudu besar minyak(untuk menumis)
1 biji bawang besar / 6 ulas bawang merah(dihiris nipis) 
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris nipis)
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan B
2 sudu besar (penuh) rempah sup 'Faiza'
1/2 ekor ayam (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 biji ubi kentang yang bersaiz besar (dipotong 8)
1 kiub pati ayam 'Maggie'
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3/4  periuk air (saiz rice cooker)
sedikit garam

Bahan C (direndam 30 minit dan dicelur sekejap sahaja)
1 bungkus bihun (saya guna jenama 'Jamine' kerana bihun ini tidak hancur selepas direbus)
1 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah/Cili Padi
Fish cake (saya rebus seketika)
Tomato biji
Taugeh

Cara-Cara Penyediaan Sup
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga terbit bau yang harum dan bawang bertukar keperang-perangan.
2. Masukkan rempah sup, goreng sekejap anggaran 30 saat dan terus masukkan air dan kesemua bahan B.
3. Masak sehingga kuah mendidih dan boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

Simple kan ...

* Selamat Menjamu Selera ...

2 comments:

Powered by Blogger.