KACANG RUGGED MANIS BEREMPAH ... sungguh ranggup !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

Hari ini tanggal 3 Mei 2016
Genap lah umur saya yang ke dot dot dot ...

Umur dari hari ke hari makin bertambah
Cukup ke amalan kita untuk menuju ke alam akhirat ?
Tepuk dada tanya hati !

Dikesempatan ini...
Saya ingin mengucapkan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengirimkan Untaian ucapan selamat hari kelahiran baik melalui media FB, Wsap, Blog, Histagram juga Messenger.
Moga kita semua diberi keberkatan dalam kehidupan dan berbahagia bersama keluarga.
Aminn...


Jom saya belanja Resepi Kacang Rugget yang ranggup pada hari kelahiran saya ini ...

Bahan A (jangan dibasuh dahulu sehingga tiba masa menggoreng)
500 gram Kacang Tanah mentah
minyak secukupnya (untuk goreng tenggelam)

Bahan B (diblend)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 cawan air
1 sudu teh 'penuh' jintan putih

Bahan C
1 1/4 cawan tepung beras (pastikan bukan 'tepung beras Campuran'. Saya gunakan cap 3 gajah) 
3/4 cawan tepung pulut
(campuran tepung beras  dan tepung pulut = 2 cawan)

1 sudu besar 'penuh' rempah kari daging
3 camca besar 'penuh' gula putih
1 biji telur ayam (gred B)
sedikit garam
1/2 cawan air  (anggaran)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bahan B diblend halus. Jika terdapat jintan yang masih kasar, biarkan saja.
2. Satukan bahan B dan C kecuali air dan digaul rata.
3. Masukkan air sedikit sedikit sehingga kepekatan bancuhan adalah saperti 'goreng cucur bawang'.
kita tidak mahu bancuhan kita cair sebab nanti apabila kita masukkan kacang yang baru dibasuh ia akan berpalut cantik.

* Bahagikan kacang kepada 2 dan bancuhan juga kepada 2 adunan. Kerana kita akan menggoreng 2 kali.

4. Panaskan minyak dalam kuali. Sila pastikan minyak betul-betul panas yaaa...
5. Basuh separuh kacang tanah yang akan digoreng, toskan air dan masukkan kedalam separuh adunan tepung yang siap dibahagikan tadi. Ratakan dengan sempurna dan terus masukkan kedalam minyak yang panas.
Elakkan membasuh kacang terlalu awal yang akan menyebabkan kacang menyerap air dan mengakibatkan mentah didalam.
6. Perlahan kan api semasa menggoreng. Ini adalah untuk memastikan kacang masak dengan sempurna.
Kalau tahap control api di beri 10 menanda tahap maksima, tahap api yang saya gunakan adalah pada level 2. Paling kecil.
7. Kacau-kacau selalu supaya kacang terlerai antara-satu sama lain semasa menggoreng
8. Proses memasak memakan masa kerana kita menggunakan api yang perlahan.
Rasa kacang sebiji-dua dahulu, untuk memastikan ia tidak mentah sebelum diangkat dan ditoskan.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.

* Selamat mengunyah !!!



4 comments:

Powered by Blogger.