A

A

SAMBAL BAWANG ... aduhai ! sedap nya aroma bawang

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera
Dan Salam Jumaat semua..

Dah makan tengahari atau belum ?
Kalau masih belum.. jom kita buat sambal bawang
Kalau sudah tak apa.. esok boleh lagi masak
Sedap tau kalau dapat makan dengan ikan masin
Dengan taburan bawang putih.
Amboiii..
Memang saya tak pandang kiri kanan mencolek sambal ini



Jomm sekodeng resepi

Bahan A
Sedikit minyak untuk meggoreng
3 camca makan cuka
1 tangkai daun kari
1/2 camca teh 'secukup rasa Maggie'
Sedikit garam

Bahan B
15 biji cili padi merah
15 biji cili padi hijau
3 biji bawang besar (dibelah 8)
1 inci belacan

Bahan C
8 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng setiap bahan B sekadar layu dan toskan minyak nya.
2. Tumbuk semua bahan tersebut 1/2 hancur dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama (jika berkurang boleh lah ditambah sedikit lagi kerana kita akan menggunakan minyak ini nanti) goreng bawang putih sehingga keperangan, angkat dan toskan.
4. Panaskan baki minyak dan tumis daun kari, masukkan kesemua bahan tumbuk (2) diatas.
5. Masukkan cuka, perasakan dengan garam dan 'secukup rasa'.
6. Goreng sehingga terbit aroma yang harum dan sedikit keperangan
7. Angkat dan tabur dengan bawang putih yang telah siap digoreng.
8. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.