A

A

SAYUR LEMAK IKAN REBUS ... Masakan Kelantan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Jumaat semua ..

Hari ini saya masak Sayur Lemak
Sayur sawi ini adalah  pemberian kakak saya semalam
Kalau disimpan lama dalam peti sejuk tentu dah hilang kesegaran nya nanti

Tapi ...
Ini bukan sayur Lemak yang biasa-biasa ya ..
Sayur yang dimasak dengan ikan rebus !

Pertama kali tengok sayur dimasak sebegini di gerai Kelantan buat saya terliur.
Gerai yang diperkenalkan oleh sahabat sekerja yang juga orang kelantan ini terletak betul-betul dihadapan Pusat Zakat di Chow Kit, Kampung baru berhampiran Hospital Besar.
Macam-macam masakan kelantan ada disitu
Kalau nak datang kegerai ini kena datang awal ya...
Penuh memanjang terutama di waktu rehat makan tengahari.

Nak masak nya pon senang
Yang pasti sedap !


Jomm.......

Bahan A
2-3 ekor ikan kembong (dibersihkan, direbus dan ambil isi nya sahaja)

Bahan B
Secekak Sayur Sawi (dipotong ikut suka)
1 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
1 1/2 cawan air biasa
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit garam

Bahan C
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji cili merah (dipotong menyerong)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Isi ikan yang telah direbus disatukan dengan kesemua bahan B dan dimasak sehingga hampir mendidih.
* Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak
2. 5 minit sebelum angkat masukkan bahan C.
3. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat Menjamu selera ...

1 comment:

  1. Kak.. sedapnya. Memang selalunya org Kelantan kalau masak Lemak akan letak ikan. Hari ni puasa, boleh buat masak lemak jugak lah sebagai hidangan berbuka. Gandingannya ikan selar kuning goreng garing atau ikan kering goreng kak.. sedap..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.