Nuffnang

CUBIT-CUBIT UDANG & SOS CILI BAWANG ...Juadah hari ke-19 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Juadah berbuka untuk hHari ke 19 saya sediakan Cubit-Cubit Udang bersama Sos Cili Bawang.
Sedap bukan main lagi bila berbuka panas-panas.

Masih menggunakan resepi yang sama saperti CUBIT-CUBIT JAGUNG dan CUBIT-CUBIT BAWANG. Cuma kali ini saya lebihkan udang hidup aka udang segar dimana udang saya potong 2 atau 3 bergantung kepada saiz udang dan saya tambahkan daun kucai yang dipotong pendek.
Juga saya tak masukkan sebarang bahan penaik atau telur.. Jadi saya lebih kan sedikit air.

Sos Cili Bawang ini pula saya pelajari dari isteri abang pupu yang memang pakar masak-memasak. Sejak itu memang sambal ini menjadi pilihan keluarga selain dari kuah kacang jika dimakan bersama cucur.


CUBIT-CUBIT UDANG

Bahan A
2 cawan tepung gandum (saya guna cap 'Keluarga' )
1 1/2  cawan air  (* Bergantung kepada Jenama/Keluaran. Jika masih ada tepung yang tidak rata digaul, bolehlah ditambah sedikit lagi air. Cuma pastikan adunan kita boleh di goreng bulat-bulat saja)
3 camca besar minyak masak
1 biji bawang holland bersaiz besar (Dibelah 4, dah setiap belahan dibelah lagi 4..menjadikan ia 16 belahan dan dipotong menjadikan ia kiub)
1 cawan hirisan daun kucai yang dikerat pendek
250 gram udang segar (dibuang kulit dan dikerat kecil)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A diatas, dan gaul rata.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Jemput adunan tepung sebesar jari kelingking dan goreng.
3. Balik-balikkan sehingga cucur masak. Tidak perlu terlalu garing atau keperangan. Sekadar perang sikit-sikit boleh diangkat.
SOS CILI BAWANG

Bahan A
15 biji Cili Kering (Dikerat pendek, direbus atau direndam dalam air panas sehingga lembut dan ditoskan)
belacan sebesar jari kelingking  
asam jawa sebesar jari kelingking  (campurkan dengan 3 camca besar air dan diambil jusnya. Perah 2 kali)
sedikit garam
3 camca besar gula putih
3-4 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cili kering, belacan dan garam ditumbuk halus. Alihkan kedalam mangkuk 
2. Campurkan jus asam jawa, gula putih dan bawang putih kedalam mangkuk cili diatas dan ratakan.

*Pastikan Kuah Cili yang terhasil adalah yang pekat.

No comments:

Powered by Blogger.