A

A

DAGING SAMBAL BUNCIS .... Juadah hari ke-6 Ramadhan 1437 Hijrah biasa-biasa saja


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Menu apa berbuka anda semalam; yakni hari ke 6 kita berpuasa ?
Tentu sedikit istimewa sebab dapat berkumpul bersama keluarga dihujung minggu.

Saya biasa-biasa saja.
Malah saperti hari-hari lain.. menu harian

Semalam sedikit keletihan.
Mungkin sebab tak bangun sahur kut.
Bukan tak nak bangun, tapi tak terjaga.
Jam diset beberapa tempoh masa, tapi masih tak sedar tidur.

Ya lah..sehari sebelum tu saya tidur lambat.
Jadi masa tidur tu dia cover balik lah secara aotomatik.
Nasib sebelum tidur saya dah makan sedikit.

Jom kita tengok resepi 'DAGING SAMBAL BUNCIS'
Lauk kegemaran arwah emak.
Kebiasaan nya emak suka kalau masak dengan udang
Tapi yang ini saya gantikan dengan daging.
Memang sedap sangat

Jomm.


Bahan A
300 g daging
1/2 sudu teh  serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Sedikit air untuk melembutkan daging

Bahan B
1/3 cawan minyak (boleh dikurangkan jika kurang suka berminyak)
2 biji bawang besar (dibelah 8)
10 tangkai kacang buncis (dipotong menyerong)

Bahan C (ditumbuk)
3 biji cili merah
6 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dalam kuali dan rebus sehingga daging empuk. Jika daging masih belum lembut bolehlah ditambahkan sedikit lagi air. Masak sehingga air hampir kering.
2. Masukkan minyak dan goreng lagi selama anggaran 2 minit supaya daging lebih wangi dan beraroma.
3. Masukkan bahan C (bahan tumbuk) dan perlahan kan api supaya cili masak sebati dan garing dengan daging.
4. Sebelum angkat masukkan kacang buncis dan bawang besar. Untuk mengekalkan keranggupan kacang, proses memasak ini tidak perlu lama.

* Selamat Berbuka Puasa ...

No comments:

Powered by Blogger.