Sila Click sini ya... Terima Kasih !

JUS ASAM BOI LIMAU NIPIS & SAYUR CAMPUR TELUR ASIN ...Juadah hari ke-10 Ramadhan 1437 Hijrah


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Minuman untuk berbuka pada hari yang ke 10 ini  saya sediakan JUS ASAM BOI  'LIMAU NIPIS'
Sebenar nya setiap kali berbuka memang saya sediakan sedikit minuman manis, bukan hanya pada hari ke 10 saja.
Untuk Jus ini saya masukkan bersama Jus dari perahan Limau Nipis.
Boleh juga guna Limau kasturi jika suka. Tetapi jus ini akan lebih terasa keharumannya jika kita mengggunakan Limau nipis berbanding kawan nya itu.

Lauk pula saya sediakan SAYUR CAMPUR TELUR ASIN
Serba sedikit dari pelbagai sayuran saya masukkan yang akhirnya menjadikan ia hampir penuh satu kuali.
Lagi banyak pelbagai sayuran, lagi menarik selera kita untuk menikmatinya

Tiada perencah lain yang dimasukkan kecuali Telur Asin, bawang putih semestinya, bawang besar dalam kuantiti yang banyak dan sedikit lada putih.
Dan dimasak dengan api yang besar dalam tempoh yang singkat untuk mengekalkan kesegaran dan kerapuhan sayur.
Sedap sungguh meratah sayur ini 



JUS ASAM BOI LIMAU NIPIS

Bahan A (Ibu Gula)
8-10 biji  Asam Kecut /Asam Kong / Asam Boi
1 cawan gula putih
3 cawan air

Bahan B
5-6 biji Limau nipis
Air secukup nya
Ketulan Ais

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Untuk menyediakan ibu gula, satukan kesemua bahan A dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan menjadi air gula yang sedikit pekat.

2. Didalam Jug, masukkan sedikit air gula yang telah dimasak dan Jus limau Kasturi.
3. Tambahkan air dan ketulan ais;. dan seimbangkan kemanisan nya.
4. Siap untuk dihidangkan.


SAYUR CAMPUR TELUR ASIN

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang besar (dihiris)
1/2 camca teh lada putih (saya guna Aji Shio')
2 biji telur masin (direbus dan dilenyek separuh hancur / Termasuk telur putih untuk elakkan pembaziran)
* Tidak perlukan garam

Bahan B
Karet
Kacang Buncis
Putik Jagung
Kubis Bunga Hijau
Kubis Bunga Putih
Kubis Bulat
Capsicum Merah/Kuning/Hijau
5 biji cili padi merah
* Boleh dimasukkan perbagai lagi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan kacau-kacau seketika sehingga ia hampir layu.
3. Masukkan karet dan kacang buncis, tambahkan lada putih dan gaulkan seketika.
4. Masukkan kesemua sayur-sayur yang lain dan telur asin, besarkan api dan ratakan segera anggaran 1 minit dan boleh lah diangkat.  
* Untuk mengekalkan kerapuhan sayur
* Selamat Berbuka Puasa

2 comments:

  1. Salam ramadan, salam kenal.. suka tgk resepi2 kat sini.. wah, sayur campur telor asin, idea yg bagus ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Azura. Terima Kasih singgah ke dapur maya saya ini..
      Selamat berbuka nanti ya...

      Delete

Powered by Blogger.