A

A

SAMBAL SOTONG BEREMPAH dan PUDING MANGGA ... Juadah hari ke-7 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

emm...
hari ni badan rasa ok lah sikit
semalam saya rasa letih sangat-sangat

Awal-awal pagi dah menyapu belakang rumah,
Kutip kayu-kayu, daun-daun dan kulit-kulit rambutan dalam timbunan bakar sampah untuk dibuang dalam tempat pembuangan sampah yang disediakan oleh MPSP.
Dah cuba bakar berkali-kali tapi tak juga habis..
Maklum hujan kejap-kejap
Kemaskan pokok bunga Ros, buangkan ranting yang tak berapa cantik
Cabut rumput dalam pasu tanaman..

Rasa Lega ..
Dah bersih dah belakang rumah tu, Kemas lagi...
Sedappppp mata memandang

Kuat pulak hari ni
heh heh heh

Jadi dah buat kerja banyak.tu... hari ni kita masak lebih sikit lah
Nak cover balik tenaga yang digunakan

Kita Masak Sambal Sotong Berempah dan Puding Mangga
Hek  Eleh !!
Puding yang siap dalam kotak tu ja..
Cuma campur air dan masak
hehehheh ... Rajin lah sangat !





SAMBAL SOTONG BEREMPAH
Bahan A
400 gram sotong
1 biji ubi kentang (dipotong kiub-kiub sederhana besar)

Bahan B (diblend halus)
10-15 biji cili padi merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sejemput Ikan Bilis (anggaran 15-20 ekor)

Bahan C
Minyak untuk menggoreng/menumis
1 sudu makan Sos Cili Life
1 sudu makan rempah Ikan Babas
Sedikit air (anggaran 1/4 cawan sekadar untuk memasakkan rempah)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ubi kentang hingga bertukar keperangan, angkat dan toskan.
2. Kurangkan minyak jika berlebihan, tumis bahan B sehingga bawang kecut dan beraroma.
3. Masukkan Sos Cili,  rempah, air dan garam. Masak sehingga terbit minyak dalam rempah dan rempah sedikit garing.
4. Masukkan sotong, ratakan dan biar sehingga sotong masak.
5. Sebelum angkat masukkan ubi kentang yang siap digoreng tadi

PUDING MANGGA 
Bahan A
60 gram serbuk puding Nona 'Perisa Mangga' (Saya guna 3/4 bungkusan saja)
600 ml air biasa (saya lebihkan air sebab amat suka puding yang lembut, hilang dimulut bila makan)
* Tiada tambahan gula

Cara-Cara Menyediakan nya.
1. Masukkan serbuk puding dan air dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
2. Tapis dan masukkan dalam acuan.
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam (sebab texture puding lembut, jadi ia ambil sedikit masa untuk mengeras)

* Selamat Berbuka Puasa

No comments:

Powered by Blogger.