SAMOSA DAGING 'RANGGUP PEDAS MANIS BEREMPAH' ...Juadah hari ke-9 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua

Juadah berbuka untuk hari yang kesembilan, saya sediakan Samosa yang sungguh-sungguh ranggup dan amat berperisa sekali.
Menggunakan baki 'Spring Roll Pastry' yang sama yang saya masak semalam Mini-murtabak-daging.

Ya la 1 paket kan ada 50 keping.
Semalam masak tak sampai pon suku.
Masih ada banyak lagi tu.
Kalau disimpan lama rasa kurang sesuai kerana peti sejuk dirumah kita tak sama saperti peti sejuk dipasaraya yang dikhaskan untuk penyimpanan makanan sejukbeku.
Silap-silap nanti jadi makanan En Tong.
Jadi hari ini saya goreng Samosa dengan inti yang 360 darjah berbeza dari yang semalam.

Makan sebiji nak tambah lagi sebiji,
Lepas tu lagi sebiji dan lagi
Tak sedar pon....
Tambah-tambah samosa saya ini bersaiz comel-comel belaka.

Saya menggunakan pastry jenama 'NOBA' yang bersaiz 190mm x 190mm
Dan setiap keping saya akan potong kepada 3  untuk memudahkan proses membalut; yang mana setiap keping panjang dan lebar nya '190mm x ~60 mm'

Jom kita masuk dapur........

KULIT
Spring Roll Pastry aka Kulit Popia (potong kepada 3 keping '190mm x ~60 mm')

GAM PELEKAT
1 camca besar tepung Gandum
Sedikit air
* Bancuh. Kecairan adalah saperti tepung 'pisang goreng'

INTI
Bahan A
3 biji ubi Kentang USA (yang digunakan untuk membuat KentangLenyek kerana ia amat gebu)

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan C
3/4 keping daging kisar 'Ramly'
1 camca besar 'Penuh Menimbun' rempah Kari Daging Babas
* Rempah ini ada 2 jenis. Biasa dan Lebih Pedas. Saya memilih yang lebih pedas kerana ia lebih harum dan sedap.
* Pastikan rempah 1 camca besar penuh.  Kerana apabila kita masukkan ubi dan telur nanti, rempah akan berpalut cantik dan aroma dan rasa nya elok-elok saja.
3 1/2 camca besar 'penuh' gula putih
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 kiub pati Daging (saya kurangkan kpd 1/2 kerana menggunakan gula diatas)
1/4 cawan air
sedikit garam

Bahan D
2 biji telur ayam
1/2 mangkuk hirisan daun sup
1/2 mangkuk hirisan daun bawang
6 biji cili padi merah
* Mangkuk yang digunakan adalah mangkuk kecil yang biasa digunakan untuk mengisi 'sup nasi ayam'

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Kentang dikupas kulit dan dipotong kepada kiub-kiub kecil anggaran 1/3 inci dan direbus sehingga suku (3/4) masak dan ditoskan air nya.
2. Panaskan minyak dalam periuk/kuali dan tumis bahan B sehingga naik bau dan bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan daging kisar dan goreng seketika sehingga daging sedikit berderai.
4. Masukkan bahan C yang lain dan masak dengan api perlahan sehingga rempah menjadi sedikit pekat.
5. Masukkan ubi yang telah siap direbus dan ratakan sedikit.
6. Masukkan telur dan ratakan sekali lagi. Tutup periuk supaya telur sedikit membeku dan berpalut pada ubi.
7. Padamkan api dan masukkan baki bahan D yang lain dan ratakan.
8. Sedia untuk menggulung. Boleh rujuk U-tiub cara-cara menggulung Samosa.

Nota:
Pastikan minyak yang banyak digunakan untuk menggoreng samosa dan yang penting suhu minyak mestilah panas untuk mengelakkan ia menyerap minyak.

* Selamat Berbuka Puasa...

1 comment:

Powered by Blogger.