AYAM GORENG KUNYIT KACANG BUNCIS ...satu lagi Juadah untuk hari ke-27 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...

Saperti hari semalam, hari ini saya nak share 1 lagi juadah yag saya sediakan pada 27 Ramadhan yang lepas.
Maklum hari tu terlebih rajin sikit.
Jadi saya masak 2 jenis lauk untuk berbuka.
BENDI GORENG SAMBAL BUDU dan AYAM GORENG KUNYIT KACANG BUNCIS

Untuk AYAM GORENG KUNYIT ini saya sengaja biarkan dalam ketulan yang besar. Tapi boleh juga dipotong kepada bahagian yang kecil jika suka.

Bila dah masak dalam size yang besar, kita nak kena pastikan isi ayam tu betul-betul masak untuk mengelakkan ia masih berdarah mahupon dibahagian dalam tulang.

Jika di goreng dengan api yang besar atau lama, texture ayam akan menjadi keras pulak kan !

Kebiasaan nya saya apabila menggoreng ayam, saya akan pastikan tudung kuali ditutup dan ia dimasak dengan api yang perlahan. Tak perlu minyak menggunakan minyak banyak. Hanya cukup-cukup saja.
Hasil nya...
Ayam akan masak dengan sempurna dan alhamdulillah juga dapat mengekalkan ke 'moist an' texture ayam walaupon nampak bahagian luar sedikit garing.

Jomm....

Bahan A (diperap 1 jam)
2 ketul paha ayam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada hitam serbuk
1/2 sudu teh jintan putih serbuk
1/2 sudu teh jintan manis serbuk
1/2 inci halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit garam

Bahan B
Sedikit minyak
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (di cincang)
Kacang buncis (dikerat menyerong)
Cili Padi merah (dikerat menyerong)
1 biji bawang besar (dipotong 8 setiap satu)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak.
    Pastikan kuali ditutup semasa menggoreng dan dimasak dengan api perlahan. Angkat dan toskan.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis daun kari dan bawang putih hingga terbit bau yang harum.
3. Masukkan kacang buncis dan goreng sebentar hingga 1/2 masak baru dimasukkan cili padi dan bawang besar,
* Boleh diletakkan sedikit kicap masin jika suka.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul-gaul rata dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.