A

A

BUBUR LAMBUK UTARA ...Juadah hari ke-26 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua

Hari ini nak share resepi tertunggak lagi...
BUBUR LAMBUK UTARA ...Juadah berbuka yang telah saya sediakan pada hari ke-26 Ramadhan 1437 Hijrah yang lalu.
Dah lama tersimpan dalam notebook, kalau tak dikeluarkan nanti terlupa pula untuk rujukan dimasa depan.

Saperti tahun-tahun sebelum, masjid Kubang Semang memang tidak lupa untuk menyediakan bubur lambuk ini untuk diedarkan kepada penduduk kampung sekitar.
Saya dimaklumkan 2 periuk yang bersaiz besar digunakan untuk memasak bubur ini setiap hari.

Macam-macam perencah dicampur yang menjadikan ia amat-amat menyelerakan sekali.
Bila dah makan, rasa nak menambah-nambah pulak.

Jadi apa lagi masak sendiri boleh berulang-ulang makan.
Jom kita masak.. tak semesti nya bulan puasa saja boleh kita sediakan bubur ini ..


Untuk 4-5 orang makan

Bahan A
3 camca besar minyak masak
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (di mayang)
2 biji bawang besar (di mayang)
1 inci halia (dihiris nipis/memanjang)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan B
2 camca besar hirisan lobak masin
1 camca besar udang kering (ditumbuk)
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 camca teh halba sahaja biji
1/2 camca teh jintan manis biji
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan hirisan daun bawang

Bahan C
1 1/2 cawan beras
12 cawan air
3/4 kiub pati ayam
1 mangkuk hirisan daging
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan D
1 mangkuk udang hidup yang bersaiz sederhana (dibuang separuh kulit nya)
3/4 camca besar minyak sapi Ghee Blend (* saya tambah)
100 ml santan pekat (santan M&S)
1/2 cawan bawang goreng

Cara-Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang layu dan terbit aroma harum
2. Masukkan bahan B dan goreng sehingga bawang betul-betul garing dan daun sup kecut.
3. Masukkan bahan C dan masak dengan api sederhana sehingga beras hancur.
Untuk mempercepatkan proses menghancurkan beras, kerap mengacau nasi.
4. Setelah nasi 3/4 hancur baru dimasukkan bahan D.
5. Teruskan memasak sehingga bubur hampir mendidih kembali.
6. Siap untuk dihidangkan dengan tambahan taburan bawang goreng ranggup diatas nya.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Powered by Blogger.