KWETIAU GORENG CENDAWAN ... Sarapan yang sangat sedap dan amat menyelerakan !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Makan apa pagi tadi ?
Kepada yang bekerja, kalau tak sempat masak boleh bersarapan dipejabat kan
Tentu banyak pilihan, nasi goreng, nasi lemak, bihun, mee atau kwetiau goreng, Lontong, roti canai dan banyak lagi pilihan
Macam-macam ada  ...

Yang kat rumah pula, tentu memikirkan apa yang nak di masak ya !
Apa kata kita bersarapan dengan Kwetiau Goreng Cendawan

Cendawan ini saya beli pada minggu lepas, beli sebungkus saja kerana plan asal nak masak nasi goreng.
Tapi masih tak kesampaian lagi, kerana tak ada nasi yang berbaki  di pagi hari.
Jadi tukar ke plan B yakni goreng kwetiau.
Rasa berbaloi sangat kerana kwetiau goreng kali ini ter-amat-amat sedap !!! pada selera saya
Makan bertambah-tambah sampai habis ...

Juga saya nak share resepi 'SAMBAL MANIS' yang saya masak beberapa hari lalu sebagai 'stok' sambal untuk bihun, mee, kwetiau atau apa-apa saja yang saya rasa perlu dalam masakan saya.




Jomm

SAMBAL MANIS

Bahan A (diblend sampai halus)
40 biji cili kering
20 biji cili padi merah
4 biji bawang besar
1/2 mangkuk ikan bilis
6 camca besar minyak
air secukupnya

Bahan B
minyak secukup nya
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 kiub pati ikan bilis
2 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Sos Cili Thai
2 camca besar Sos Tomato
6 camca besar 'penuh' gula
garam secukupnya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan bahan blend (bahan A) dan bahan B yang lain.
4. Apabila kuah sambal mendidih, perlahankan api dan biar sambal masak dengan sempurna dan menjadi pekat dengan terbit nya minyak yang bergeledangan.
5. Angkat, sejukkan dan masukkan dalam bekas/botol dan simpan dalam peti sejuk.
Walau pun menggunakan cili padi dalam sambal ini, tetapi kepedasan nya kurang terasa kerana ia mengalami proses memasak yang agak lama yang mengurangkan kepedasan cili tersebut.

* Boleh digunakan untuk apa-apa masakan bila perlu


KWETIAU GORENG CENDAWAN

Bahan A
1/2 bungkus kwetiau
anggaran 1/2 cawan air
4-5 kuntum cendawan (di carik-carik jika ia bersaiz besar)
sedikit kucai
sedikit taugeh

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji cili padi merah (dihiris) * Untuk lebih pedas
1 biji tomato segar (dibelah 8)
1 camca besar 'SAMBAL MANIS'
1 camca besar Sos Tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
sedikit kicap masin
Sedikit udang hidup
1 keping tauhu (dipotong dadu)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan cili padi, SAMBAL MANIS dan sos tiram. kacau-kacau dan terus masukkan udang hidup.
4. Bila udang 1/2 masak terus masukkan sedikit air, kicap masin.
5. Biarkan kuah mendidih, masukkan kwetiau, ratakan sedikit dan tutup tudung kuali. Biar selama 3 minit.
6. Masukkan cendawan, kucai dan taugeh. Ratakan dan tutup tudung kuali sekali lagi dan masak anggaran 2 minit lagi dan boleh diangkat untuk dihidangan.

* Selamat Menjamu Selera ...




No comments:

Powered by Blogger.