Nuffnang

SUP DAGING BER'CENDAWAN ...Sup yang sedap berselera

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua...

Pagi jumaat yang sejuk dan kalau tarik selimut memang best ni !
Semalam hujan mencurah turun hingga kepagi
Rahmat ALLAH di hari Jumaat.

Hari ni pula cuaca agak mendung.
Kalau basuh baju belum tentu akan kering dengan sempurna.

Tapi  kena dengan sejuk-sejuk ni , kalau makan nasi berlaukkan sup daging panas-panas memang sedap ...
Kena pula ada nya cili padi yang pedas ...
Memang berasap !

Jom kita masak sup daging dengan cendawan
Sup yang dimasak begitu simple tapi amat menyelerakan


Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan B
1/2 kilo daging (dipotong kepada kepingan sederhana tebal)
1 camca besar rempah sup (saya guna rempah 'Faiza')
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
 air secukupnya sebagai kuah

Bahan C
2 biji kentang (dibuang kulit dan dibelah 2 atau 4 mengikut saiz)
1 biji lobak merah (dipotong tebal)

Bahan D
5 biji cili padi merah (diketuk)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya)
Semangkuk Cendawan 
1/2 kiub pati daging
1/2 mangkuk bawang goreng
garam

Bahan E
Daun sup
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis kesemua bahan A sehingga berbau harum dan bawang layu.
2. Masukkan bahan B dan rebus sehingga daging empuk. Jika kuah menjadi berkurangan boleh lah ditambah air sedikit lagi
3. Masukkan ubi kentang dan teruskan masak sehingga ubi kentang 1/2 empuk baru dimasukkan lobak merah.
4. Masukkan bahan D dan biarkan kuah kembali mendidih.
5. Tabur 1/2 lagi bahan E sebelum dihidangkan.

No comments:

Powered by Blogger.