A

A

TELUR BUNGKUS ... yang marvelous !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua dan salam berhujung minggu.

Kalau sediakan lauk TELUR BUNGKUS bersama dengan lauk lain tentu lagi menyelerakan menu kita kan ...

TELUR BUNGKUS saya hari ini saya guna isi ayam. Tapi kalau nak guna daging pon boleh. Lagi sedap lagi.
Saya tambahkan sedikit cili padi untuk menambahkan selera maklumlah inti telur bungkus ini sedikit manis kan, jadi kita cuba balance kan ia, rasa manis, masam dan pedas .....

Sebenarnya dah lama tak makan telur bungkus ni.
Minggu lepas saya ke KL sekali lagi untuk uruskan rumah disana.
Makan malam hari tu kami order Kueteau kungfu, nasi goreng ikan masin dan telur bungkus.
Maklum masing-masing lapar.. semua jadi sedap
Itu yang teringat nak masak telur tu hari ini...



Jom...

Bahan A (dikocak)
3 biji telur ayam gred B atau C
3 camca besar air
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicindang)
1 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1/2 batang karot (dipotong kiub)
1/3 mangkuk kacang peas
1/3 mangkuk jagung
3 anak/putik jagung (dipotong)
3 biji cili padi (dihiris nipis)

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dipotong sederhana tebal)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 camca besar sos Cili Thai 'Life'
1 camca besar sos Tiram
2 camca besar air (supaya inti sedikit lembap)
1 urat daun sup (dihiris)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan inti
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
3. Masukkan  kesemua sayuran B diatas dan goreng sebentar sehingga separuh masak.
4. Terus masukkan bahan C, ratakan sebentar dan boleh lah diangkat.

Cara-Cara Menyediakan telur dan membalut
1. Panaskan kuali (boleh juga menggunakan non-stick) dan sapukan sedikit mintak pada keseluruhan permukaan kuali.
Pastikan minyak tidak berlebihan atau bertakung kerana ini akan menyebabkan telur tidak dapat didadar dengan elok.
2. Masukkan kesemua telur yang telah dikocak ditengah kuali dan lenggang supaya ia rata pada keseluruhan permukaan.
3. Perlahankan api dan biar telur masak sepenuhnya.
Tidak perlu terbalikkan telur. Boleh juga tutup tudung kuali untuk mempercepatkan proses memasak.
4. Apabila telur telah masak,padamkan api.
5. Masukkan inti yang telah dimasak tersebut ditengah dan ratakan sedikit.
5. Lipat telur, kanan kiri, atas bawah supaya menjadi empat persegi.
6. Untuk mengangkat, telangkupkan piring didalam kuali dan terbalikkan kuali.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Powered by Blogger.