A

A

ASAM PEDAS MELAKA 'ASLI' ... yang Supper-Dupper Sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam berhujung minggu semua ...

Hari ini masak apa ya untuk keluarga tersayang anda ?
Saya sediakan ASAM PEDAS MELAKA 'ASLI'.

Pagi tadi terfikir-fikir nak dimasak apa dengan Ikan keli yang dibeli beberapa hari lalu
Sambal dah selalu...
Goreng garam kunyit biasa saja...
Masak Lemak pon dah...
Kari pon pernah...

Ya.. baru teringat  hari tu ada beli daun kesom.
Jadi apa kata masak asam pedas ...
...ASAM PEDAS MELAKA 'ASLI'.

Setelah goggle-goggle akhirnya saya pilih resepi dari blog DIANA SULAIMAN (Me, My Hubby & My kids)

Asam pedas nya yang pekat dan alhamdulillah sangat-sangat sedap !
Masa tumis pon dah terbau aroma kelazatan asam pedas ini.

Terima Kasih Diana untuk resepi yang sedap ini.

Saya Olah sedikit bahan dan cara penyediaan nya

Bahan A
2 ekor ikan keli
Bendi atau terung (* dipotong ikut suka)

Daun kesum 
Air asam jawa (sebesar 2 ibu jari atau mengikut kemasaman yang disukai)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
1/2 kiub pati ikan bilis (* Saya tambah)
Gula (* Saya tak masukkan)
Garam

Bahan B 
1 sudu teh halba
1 inci halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)

Bahan C (diblend halus)
1 biji bawang besar
15 biji cili kering
1 sudu teh lada hitam
5 biji cili padi merah (* saya tambah untuk lebih pedas)
2 cm kunyit hidup (* saya tak masukkan/tak ada stok)
Belacan sebesar ibu jari

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan halba.
2. Goreng seketika sehingga halba bertukar sedikit keperangan baru dimasukkan bawang putih dan halia. Teruskan mengacau sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C yang telah diblend halus juga bersama serai. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang banyak. Goreng lagi sehingga sambal sedikit garing.
4. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan sedikit air asam jawa (banyaknye asam jawa tu bergantung kemasaman yang disukai).
5. Kacau biar sebati dan masukkan ikan dan bendi.
6. Masak sehingga kuah mendidih semula dan boleh lah angkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...



No comments:

Powered by Blogger.