A

A

ITEK SALAI 'SAMBAL KERISIK' ... Memang-memang marvelous !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

ITEK SALAI 'SAMBAL KERISIK' menu tengahari semalam...
Last 'kopek' Itek Salai yang dibeli  di Kuala Pilah Negeri Sembilan tempoh hari
1/4 ekor dari saiz itek yang besar, saya potong-potong dapat dalam ~ 10 ketul.
Masih elok lagi isi nya.

Beli seekor yang bersaiz besar, dah 3 kali masak dengan 3 resepi berbeza
Boleh rujuk disini...
RENDANG LADA HITAM ITEK SALAI ... memang lama mengidam nak makan !
MASAK LEMAK 'NEGERI SEMBILAN' ITIK SALAI.... memang terlajak sedap !
dan hari ini ITEK SALAI 'SAMBAL KERISIK' ... Memang-memang marvelous !

Bahan A
10-12 ketul isi itek Salai
1 batang serai (diketuk lebam)
1 camca besar 'penuh' kerisik
2 keping asam gelugor

Bahan B
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
1/2 kiub 'pati ayam'
garam

Bahan C (bahan tumis)
sedikit minyak
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)

Bahan D (diblend halus)
20 biji cili kering
10-12 biji cili padi merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
sedikit air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan C sehingga terbit aroma yang wangi dan daun kari sedikit layu.
2. Masukkan bahan kisar/ bahan D dan biarkan cili mendidih sebentar.
3. Masukkan kesemua bahan A dan terus masak sehingga daging itek lembut dan kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang 'bergeledangan' dalam periuk.
4. 5 minit sebelum angkat, perasakan dengan bahan B.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Powered by Blogger.