Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SAMBAL SOTONG PETAI BERJINTAN ... Sambal yang pedas

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Menu saya hari ini SAMBAL SOTONG PETAI BERJINTAN.
Rasa macam lama tak makan Sambal Tumis sotong.

Dulu masa zaman kanak kanak pantang jumpa Sambal Tumis.
Tak kisah lah...
  Sambal Tumis Ikan bilis ka..
  Sambal Tumis Sotong ka..
  Sambal Tumis Ayam ka..
  atau pon daging...
memang favourite

Jom kita rasa sambal tumis  yang dicampur dengan petai jeruk.
sedapppp !


Bahan A
1 kilo sotong
3 ulas bawang putih (di hiris/ketuk)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1/2 camca teh jintan manis serbuk
1/2 camca teh jintan putih serbuk
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca teh lada putih (ditumbuk halus)

Bahan B (dikisar halus)
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
15 biji cili padi merah
sedikit belacan

Bahan C
Minyak untuk menumis
2 camca besar cuka 
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin
sedikit garam
petai secukup nya.

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam kuali dan nyalakan api. Masak sehingga air sotong susut. 
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis bahan kisar (bahan B). Masak dengan api perlahan sehingga sambal menjadi pekat. 
3. Masukkan cuka dan kicap manis/masin.
4. Masukkan sotong yang telah direbus tadi bersama dengan jintan-jintan.
5. Masukkan petai dan perasakan dengan garam.
6. Agak-agak petai telah sebati dengan sambal boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


2 comments:

  1. Sambal tumis memang best, kan? Ish..tak sampai pukul lima, dah terasa lapar gara-gara sambal sotong petai berjintan....

    ReplyDelete
  2. wah, sedapnya sotong sambal petai ni.. bole try ni ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.