BILIS SAMBAL KERING ... Sedap, Ranggup dan Menyelerakan



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ini dah bermula bulan baru
Bulan 11.. bulan November

Pejam celik pejam celik ...
Bulan Oktober dah pon berlabuh,  sekejap saja masa berlalu......
2 bulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru pula

Oleh itu gunakan lah masa sebaik mungkin
kerana masa itu emas dan tidak boleh di ulang kembali

OK hari ini saya nak share menu yang saya sediakan beberapa hari lalu
Menu ikan bilis yang digoreng ranggup dan disalut dengan sambal kering yang sedikit manis
Kalau dapat makan dengan nasi lemak panas, tentu amat berselera sekali
Tapi yang ini saya makan dengan nasi putih sahaja

Jom...


Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng
3 mangkuk kecil ikan bilis (yang telah dikopek/dibelah 2)

Bahan B (diblend halus)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
12-15 biji cili kering
15 biji cili padi merah
sedikit belacan

Bahan C
2 camca besar gula putih
1 keping asam gelugor
1 batang serai (diketuk lebam)
2 tangkai daun kari
garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam kuali. Apabila minyak telah panas baru lah basuh ikan bilis dengan air yang mengalir sebentar sahaja, ditoskan air nya dan digoreng dengan api yang perlahan sehingga garing. Angkat dan toskan minyak nya.
Elakkan membasuh terlalu awal kerana akan menyebabkan ia menjadi kurang ranggup.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan yang telah dikisar. Masukkan gula, asam gelugor, serai dan sedikit garam.
3. Masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi betul-betul pekat.
4. Masukkan daun kari dan teruskan memasak sehingga sambal hampir kering.
5. Tutup api dan sejukkan sebentar.
6. Apabila sambal telah sejuk baru baru dimasukkan ikan bilis dan digaul rata.

* Selamat Menjamu Selera ...

1 comment:

Powered by Blogger.