A

A

SARDIN MASAK CUKA 'REMPAH 4 SEKAWAN'... Untuk lebih beraroma

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Menu SARDIN MASAK CUKA 'REMPAH 4 SEKAWAN' ini saya sediakan 2 hari lalu.
Berlaukkan ikan sardin segar yang bersaiz besar.
Kebiasan nya jika dimasak cuka saya akan sediakan yang simpel -simple saja.
Tapi untuk kali ini saya tambahkan rempah 4 sekawan untuk menaikkan lagi aroma masak cuka ini.
Hasil nya memang beraroma kuah cuka nya.

Jomm...

Bahan A (diperap selama 1/2 jam)
4 ekor ikan sardin  yang bersaiz besar
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)

Bahan B
Sedikit minyak untuk menggoreng
1/2 camca besar biji sawi
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1 batang serai (diketuk lebam)

Bahan C
1/3 cawan cuka makan
1/3 cawan air
2 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris tebal)
10-12 biji cili padi
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kurangkan jika ak berlebihan) tumis bahan B sehingga terbit aroma.
3. Masukkan cuka dan air dan biarkan sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan bahan C yang lain bersama ikan. Perlahankan api dan masak sehingga mendidih kembali.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

No comments:

Powered by Blogger.