SIMPLE KWETIAU SUP ... Brunch untuk hari ini

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih lagi bersarapan dengan kwetiau.
Tapi hari ini saya sediakan KWETIAU SUP yang simple.
Simple simple pon saya dah habiskan 2 mangkuk.
Hasrat hati nak tambah lagi
Tapi nak buat macam mana, kwetiau yang dicelur dah kehabisan,
Tak apa lah, nanti petang boleh celur lagi.

Hari ini terlebih rajin dari hari-hari biasa saya
Selepas selesai saja rutin pagi, saya mulakan operasi membersihkan Setor belakang rumah.

Tapi sebelum tu saya tumis dulu bahan sup, masukkan daging dan rebus.
Jadi sementara menunggu daging lembut, saya mulakan operasi
Akhir nya 2 bungkus plastik besar berisi barang-barang rosak sedia untuk dibuang
Clear sikit stor tu..lega rasa ....
Dah penat ber 'Operasi' kita jamu selera dengan KWETIAU SUP untuk tambahkan kembali tenaga !!!
Sedap makan dengan kicap manis ABC sambil menonton TV
hahaha !

Jom kita masuk dapur tengok resepi...

Bahan A
1/2 bungkus kwetiau
Air panas mendidih
1 mangkuk taugeh

Bahan B
400 gram daging cincang
Air secukupnya untuk melembutkan daging
1/2 kiub pati daging
Bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit garam

Bahan C
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (diketuk lebam)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 inci halia (dihiris nipis)

Bahan D (diblend halus)
1 camca teh lada hitam 
1 camca teh lada putih
2 camca teh  ketumbar biji 
1 biji buah keras
Sedikit air sekadar membolehkan bahan dikisar

Bahan E
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau Kasturi/Nipis
Kicap Manis ABC
Tauhu goreng
Cili padi merah

Cara-Cara Menyediakan nya
Kuah
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis C sehingga bawang layu dan terbit aroma yang harum.
2. Masukkan bahan D dan terus mengacau sehingga bahan tumisan dan rempah hampir garing.
3. Masukkan daging dan air. Rebus sehingga daging lembut.
4. Apabila daging sudah lembut dan jika air berkurangan bolehlah ditambah sedikit lagi air sebagai kuah.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Perasakan dengan garam dan kiub daging. 
6. Apabila kuah telah mendidih kembali boleh lah terus diangkat.

Kwetiau
7. Masukkan kwetiau kedalam mangkuk dan tuang air panas keatas nya dan biarkan selama 1-2 minit dan terus ditoskan.

Cara Menghidang
8. Masukkan kwetiau, taugeh disusuli denga kuah sup. Hidangkan dengan taburan bahan E diatas.

* Selamat Menjamu Selera ...


2 comments:

Powered by Blogger.