Sila Click sini ya... Terima Kasih !

BAWAL PUTIH GORENG SAMBAL UTARA ... Jom try memang sedap

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat !!!

Hari ini saya sediakan lauk BAWAL PUTIH GORENG SAMBAL UTARA
Lauk yang simple ja tapi boleh habiskan 2 pinggan nasi

Jomm..



Bahan A
1/2 kilo ikan bawal putih
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
2 biji bawang besar
15 biji cili padi merah (boleh dikurang kan atau digantikan dengan cili merah biasa)

Bahan C
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
belacan sebesar ibu jari
asam jawa sebesar ibu jari (tidak perlu diperah jus nya)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing, angkat dan toskan.
2. Bahan B di tumbuk kasar atau boleh juga diblend. Jika diblend haruslah dalam kuantiti yang sedikit-sedikit dan dalam masa 2 saat stop, 2 saat stop untuk memastikan ia tidak terlalu hancur.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan ikan yang sama tetapi kurangkan kuantiti nya, tumis bawang putih dan daun kari sehingga terbit aroma.
4. Masukkan belacan, hancurkan ia dalam kuali dan goreng sehingga ia bertukar warna/garing sedikit.
5. Masukkan bahan B (bahan tumbuk), serbuk kunyit, asam jawa (masukkan bersama biji jika ada) dan garam.
6. Masak sehingga cili dan bawang masak; dan sambal menjadi pekat.
7. Angkat dan curahkan ke atas ikan.

* Selamat Menjamu Selera ...


1 comment:

  1. Resepi ini memang sangat sedap, aku nak coba dirumah resep masakan yang sudah anda share nih... Terimakasih...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.