FRITTERS KELEDEK BER'JAGUNG ... Sedap makan panas-panas !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya nak kongsi resepi FRITTERS KELEDEK BER'JAGUNG
Memang sedap sangat bila dapat makan panas-panas.

Sebenarnya
Nak kata dah jemu cucur keria...
Rasa nya belum lagi
Tapi sengaja pelbagaikan menu keledek ini
Kebetulan ada 2 tongkol jagung yang diberikan oleh jiran sebelah
Maka jadilah FRITTERS KELEDEK BER'JAGUNG

Saya memang tak sediakan sebarang sos untuk dijadikan bahan cicah
Sebab
Saya mahu rasa keenakan asli keledek goreng ini saja

Jomm kita masuk dapur ...


Bahan A
1/2 cawan tepung gandum
1 biji ubi keledek oren yang bersaiz sederhana (dikupas kulit dan disagat kasar)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
3/4 cawan butiran isi jagung
2 biji telur ayam
1 biji cili merah (dihiris nipis)
1/2 cawan isi udang hidup
sedikit daun kucai (dikerat pendek)
sedikit daun bawang (dikerat pendek)
sedikit daun sup (dikerat pendek)
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana besar.
2. Dan dalam masa yang sama satukan kesemua bahan A dalam mangkuk yang besar. 
Elakkan dari diadun terlalu awal kerana bancuhan akan menjadi sedikit berair disebabkan air keledek yang keluar.
3. Apabila minyak sudah panas, terus sudukan adunan keledek ini kedalam minyak.
4. Alihkan cucur apabila bahagian bawah sudak bertukar kekuningan.
5. Apabila cucur sudah masak, angkat dan toskan diatas penapis yang beralaskan tisu serap air.

* Selamat Menjamu Selera...



1 comment:

Powered by Blogger.