A

A

KARI SEMILANG UBI KEMILI ... Lauk orang lama


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pernah makan ubi kemili ?
Ada juga yang kenal ia sebagai ubi keling.

Kalau dapat cicah dengan kelapa muda parut yang digaul dengan gula dan garam.
Minum pula kopi O panas.
Aduhaiiii  betapa nikmat nyaaaaaaa......

Kebetulan sekarang ini tengah musim.
Pantang jumpa terus saya beli.
Separuh dah di simpan untuk nak di rebus buat cicah-cicah dengan kelapa parut nanti.

Separuh yang ini saya masak KARI SEMILANG UBI KEMILI
Kalau yang belum pernah makan, caya cadangkan cuba lah
Memang sedap sangat
Rasa kari akan sedikit manis-manis ubi
Arwah emak memang suka sangat

Kalau nak dimasak kari, pastikan ubi nya dibuang/tanggalkan kulit terlebih dahulu.
Cara nak menanggalkan kulit nya mudah saja... basuh ubi terlebih dahulu. Kemudian rendam dalam air dan dengan menggunakan jari kita boleh menanggalkan kulit nya dengan mudah.
Tapi kalau ubi dah terlalu banyak, tentu remehkan....
Tak apa..
Masukkan saja ubi yang telah dibasuh tadi ke dalam guni dan 'tonyoh-tonyoh' guni tersebut. Dengan cara ini kulit nya akan tertanggal.
Elakkan dari mengikis kulit ubi dengan pisau kerana ini akan menukarkan warna isi ubi menjadi keperangan.

Jommm.... 

Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 camca besar halba campur

Bahan B 
2 paket rempah kari ikan
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 camca besar lada hitam (ditumbuk)
asam jawa sebesar 1 1/2 ibu jari  (jus 3 kali perahan)
3 mangkuk kecil ubi kemili
sedikit garam

Bahan C
4 ekor ikan semilang/keli (dibersihkan dan dipotong 3 mengikut saiz ikan)
3 cawan santan cair
sedikit daun kesom

Bahan D
1 biji tomato segar (di belah 2)
4 helai daun bawang (di kerat sepanjang ~ 2 inci)
1 biji cili hijau (dibelah 2 jangan sampai putus dan dibuang biji nya atau di patah kan)

Cara-Cara Menyediakan nya
1.Ubi kemili harus ditanggalkan kulitnya. Caranya ...
Basuh ubi terlebih dahulu dari pasir-pasir yang terlekat. Kemudian dengan  menggunakan jari ‘gosok’ kulit ubi ke-arah hadapan dan dengan sendiri nya kulit akan tertanggal.
Tetapi jika ubi dalam kuantiti yang banyak, masukkan saja ubi yang telah dibasuh tadi ke dalam guni dan 'tonyoh-tonyoh' guni tersebut secara. Dengan cara ini kulit nya akan tertanggal.
Elakkan dari mengikis kulit ubi dengan pisau kerana ini akan menukarkan warna isi ubi menjadi keperangan apabila terkena udara.

Jika terdapat ubi yang bersaiz besar, seelok nya dibelah 2.

2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang layu, terbit aroma dan bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan B, besar kan api dan biar sehingga rempah mendidih.
4. Kecilkan api dan teruskan memasak dengan api yang perlahan sehingga rempah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak.
 Pastikan ia kerap di kacau supaya rempah tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan santan, daun kesom, sebatikan; kemudian baru dimasukkan ikan.
6. Apabila nampak kuah mula mendidih kembali, terus masukkan bahan D dan kecilkan api.
7. Biar sehingga kuah mula mendidih kembali boleh lah terus diangkat.

Elak dari membiarkan kari mendidih terlalu lama.

* Selamat menjamu selera ...



4 comments:

  1. Ya Puan FHA, PH pernah makan ubi keling masa kecik dulu. Arwah datuk dan nenek PH sangat suka. Tapi PH dah lama tak makan sebab tak jumpa ubi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni tengah musim ubi ini PH..Tak semua tempat ada dijual mungkin ramai yg tak biasa makan.

      Delete
  2. salam..

    sedapnyer..rasanya macam x pernah makan ubi ni..x tau la kat Sarawak ade jual tp jrg jumpa.. tp nampak menyelerakan plak bila berganding dengan kari ikan semilang...mmg terangkat...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Juls...
      Itu lah tak semua tempat ada dijual. Tapi memamng sedap. ubi nya kecil-kecil ja.

      Delete

Powered by Blogger.