KERIA KAYU MANIS ... ber'aroma dan yang pasti sedap. Tips menggaul ubi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih lagi dalam selera kuih keria..

Pantang habis saja ubi
Pergi kedai cari lagi
Beli lagi
Buat lagi
Goreng lagi
Dan makan lagi ....

Dah macam ketagih kuih-kuih manis pulak sekarang...

OK
Kali ni kita aromakan keria kita dengan serbuk kayu manis
Memang saya suka sangat. Harum, sedap, sedap dan sedap !!!!!

Sesuatu yang saya belajar kali ini adalah semasa menggaul seelok nya elakkan menggunakan tangan kerana selain ia melekat-lekat, adunan tersebut juga menjadi se olah lembik dan mengakibatkan proses membentuk begitu sukar sekali.

Sebelum-sebelum ini, ingatkan menggunakan tangan tepung akan menjadi lebih rata..

Tetapi setelah menggunakan camca, saya dapati saya hanya menggunakan tepung dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan adunan menjadi sedang-sedang dan mudah pula nak dibentuk.

Kebetulan untuk kali ini...
Air gula yang saya masak terlebih pekat pulak
Hasil nya .....
Cucur saya nampak saperti berkedut kan ?

Tapi yang pasti
Keri kali ini amat sedap, manis dan beraroma
I likeeeeeeeeeeee

Jomm.........

Resepi lebih kurang sama saperti KERIA GULA MERAH dan KERIA GULA TABUR yang saya sediakan hari tu. 

Bahan A 
Minyak untuk goreng tenggelam
Sedikit minyak akan digunakan semasa membentuk
600 g ubi keledek (saya gunakan ubi oren. Kalau dapat yang kuning lagi sedap)
100 gram tepung gandum. * Bergantung kepada jenama. Ada tu masukkan sedikit pon dan mencukupi

Cara-Cara Menyediakannya
1. Basuh keledek bersih-bersih.
2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan air sehingga tenggelam.
3. Rebus sehingga empok. Semasa pertengahan rebusan, balik-balikkan ubi supaya ia masak sekata.
4. Cucuk ubi dengan hujung pisau atau garfu, jika ia menjunam dengan mudah ini menandakan ubi telah empok.
5. Padamkan api dan toskan air nya. Isikan air biasa kedalam periuk supaya proses meng'empok terhenti dan memudahkan kulit dikupas.
6. Tumbuk atau lenyek ubi sehingga hancur.
7. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit dan gaul sekata menggunakan senduk/camca. Agak-agak adunan dah boleh dibentuk tak perlu lagi masukkan tepung.

* Elakkan menggunakan tepung terlalu banyak kerana texture cucur akan menjadi keras. Agak-agak sahaja

Cara Membentuk
8. Sapu sedikit minyak pada dulang untuk meletak cucur.
9. Basahkan hujung jari/tapak tangan dengan sedikit minyak.
10. Ambil secubit adunan ubi anggaran sebesar 2 biji guli. Bulat-bulatkan dan tekan hujung jari ditengah nya yang dengan sendiri akan leper dan berlubang.
11. Buat sehingga habis.

12. Panaskan minyak dalam kuali non-stick.
13. Goreng cucur sehingga masak. Balik-balikkan supaya ia masak dengan sekata.



PROSES MENYIRA

Bahan B
1 1/2 keping gula melaka
1/2 cawan air
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan  dalam kuali (kecuali serbuk kulit kayu manis) dan masak sehingga gula hancur dan pekat dan berbuih-buih.
* Jika gula masih belum hancur, tambahkan sedikit lagi air.
2. Masukkan kulit kayu manis dan ratakan.
3. Masukkan kesemua cucur kedalam kuali dan balik-balikkan ia supaya gula bersalut dengan sekata.
* Jangan biarkan cucur terlalu lama dalam kuali kerana ia akan mengecut
4. Angkat dan boleh dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


2 comments:

  1. memang ketagih nak buat, kadang budak2 tak makan kita yg banyak ni FHA haha

    ReplyDelete
  2. salam ziarah & follow..

    sedapnyer...tgk dok viral skrg ni kuih ni tp x berkesempatan lagi nak buat.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.