A

A

LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA ... Lemak Manis Sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Posting untuk hari ini adalah sayur yang dimasak oleh kakak saya...LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA
Bukan senang nak dapatkan umbut kelapa tau.........
Kalau ada pokok yang ditebang boleh lah makan

Umbut kelapa ini adalah bahagian batang pohon kelapa yang masih lembut terletak di hujung atas pokok kelapa. Ia mirip pangkal pokok pisang dan bewarna putih. Juga ia mirip rebung atau tunas pokok buluh.

Jomm... 
Kebiasaan nya umbut ini dimasak lemak putih. 
Kalau kena gaya, rasa nya memang manis ....

Bahan A
Umbut kelapa (dari sepohon pokok)
1 mangkuk udang hidup
1 camca kecil udang kering (ditumbuk halus)
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada putih biji (ditumbuk halus)
1 mangkuk santan cair

Bahan B
2 mangkuk santan pekat
2 biji bawang besar (dibelah 8)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
sedikit garam

Bahan C
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Umbut kelapa dibersihkan dengan menanggalkan kulit yang sedikit keras dibahagian luarnya untuk mendapatkan isi yang putih lembut di dalam nya. Kemudian sagat atau hiris nipis.
2. Satukan kesemua bahan A didalam periuk dan rebus dengan api yang sederhana sehingga santan mendidih dan umbut 1/2 masak. Kacau-kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
3. Perlahankan api dan masukkan kesemua bahan B dan perasakan dengan garam.
4. Kacau-kacau selalu dan apabila santan kembali mendidih boleh lah diangkat.
5. Tabur dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Powered by Blogger.