LEMPENG MAYONAISE ... lembut, sedap dan ber'aroma !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pagi ni brekpes dengan LEMPENG MAYONAISE pulak ya .....

Amboii ...
Memang lembut sangat sangat !!!

Kalau nak makan macam tu saja pon boleh
Tak perlukan sambal mahu pon gulai untuk di cicah

Kenapa  yaa ???
Kerana lempeng ini cukup sedap
... berlemak
... lembut
... terasa
... dan beraroma minyak sapi

Jomm ...

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
anggaran 3/4 cawan air biasa (bergantung kepada jenama kerana ada tepung yang memerlukan lebih air)
2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji cili padi (dihiris nipis)
1/4 kuib pati ikan bilis (sikit saja)
1 biji telur ayam
3 camca besar santan pekat
3 camca besar minyak masak
2 camca besar mayonise (mayolite atau yang sewaktu dengan nya)
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan daun sup
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak sapi untuk digunakan semasa memasak

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan kacau sehingga rata. Bancuhan tepung saya memang agak sederhana cair
2. Panaskan kuali pembakar non stick dengan api sederhana besar.
3. Letakkan sedikit sahaja minyak sapi pada dasar kuali dan ratakan supaya ia tidak terlalu kering.
4. Ceduk 1 sudu adunan,  tuang pada tengah kuali dan ratakan bawang dan bahan-bahan sayur.
5. Biarkan sehingga ia sedikit kekuningan baru dibalikkan. Letakkan sedikit lagi minyak sapi pada kuali supaya minyak dapat meresap pada bahagian yang dibalikkan.
6. Balik-balikan lempeng sehingga kedua-dua bahagian bertukar keperangan.
Lebih garing.. lebih sedap !!!

* Selamat Menjamu Selera


8 comments:

Powered by Blogger.