Thursday, 30 June 2016

NASI ARAB 'CHICKEN MADGHOUT' ...Juadah hari ke-24 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah semalam dah masuk hari ke 24 kita berpuasa untuk tahun 1437 Hijrah.
Tinggal tak beberapa hari saja kan... kita akan menyambut hari raya Puasa.

Tentu ramai yang dah membuat persiapan nak raya.

Saya ....
Setakat minuman tu adalah..
Sirap yang saya postkan semalam dan beberapa jenis sirap yang Ins Sya ALLAH akan menyusul untuk dikongsi,
alaaa, sirap biasa-biasa saja...
Ada juga sebungkus dodol durian minta anak saudara belikan di Melaka tempoh hari.
Kuih belum lagi...

Baju..... pakai baju-baju yang telah sedia ada saja
Jubah yang beli di Madinah pada tahun lepas semasa mengerjakan umrah pon masih belum dipakai lagi.
Jubah yang dibuat untuk kesana pon masih baru dan elok.
Pakaian kerja banyak yang masih baru... Kebaya,  Baju Kurung, Seluar
Kenapa nak membazirkan duit..kan

Saya bukan nya artis macam 'Che TA'
Pakai baju lama pon orang akan ingat baju baru.
heheheh...

Eh...
Dah kelaut pulak celoteh saya ni
Jom hari ini saya nak kongsi nasi arab yang saya sediakan semalam

Fulamakkkkk !
Saya tak nak puji lebih lebih nanti kata masuk bakul pulak ...
Saya cuba menggunakan rempah yang saya beli di Mekah dalam penyediaan nasi dan ayam
Tapi saya rasa mungkin ada sebahagian rempahratus nya boleh didapat disini.

Dibawah adalah ole-ole Mekah dari saya, juga untuk saya ... hehehe
Tiga bungkus serbuk rempah dari 3 kedai berbeza. Setiap satu kalau tak silap RM 20.
Buah Pelaga muda
Disebelah kanan pula adalah repah ratus yang masih belum dikisar untuk panduan kalau kekedai mamak, boleh cari  dan kita buat sendiri. Yang kurang pasti yang bulat-bulat hitam dan yang berkerutu dikiri kanan atas dalam piring tu.




Untuk 6-7  orang

NASI DAN AYAM

Bahan A
4 cawan beras brasmati 'PusaGold' Jasmine (cawan penyukat air rice cooker). Beras tidak perlu direndam

Bahan B
1 camca besar 'penuh' minyak sapi Ghee Blend
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camca teh lada putih biji
1/2 camca teh jintan manis biji
2 helai daun bay
1 camca besar 'penuh' rempah serbuk  Mekah (kalau rempah ratus biji saperti diatas, perlu disangai kering dan dikisar halus)

Bahan C
7 cawan air biasa
1 biji cili hijau
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 ekor Ayam (dipotong ikut suka)
3/4 kiub pati ayam
3 camca kecil 'penuh' garam (Camca KFC)

Bahan D
1 camca besar 'penuh' minyak sapi Ghee Blend
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
1/2 camca teh lada putih biji
1/2 camca teh jintan manis biji
4 helai daun pandan, dikoyak dan disimpul

Bahan E
Arang sebesar menumbuk
Aluminium foil

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis kesemua bahan B diatas (kecuali rempah) sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan rempah dan kacau-kacau sebentar selama ~ 30saat dan terus masukkan bahan C.
3. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga hampir mendidih dan angkat.
4. Asingkan ayam bersama sedikit minyak dan kuah dalam 1 senduk.

5. Panaskan periuk rice cooker dan tumis bahan D sehingga hampir keperangan,
5. Masukkan beras yang telah dibersihkan. Goreng sekejap selama ~ 1 minit.
6. Masukkan air rebusan ayam  juga bersama semua perencah rebusan spt bawang dll kedalam rice cooker (7 cawan).
7. Masukkan beras, ratakan dan masak saperti nasi biasa. Jangan dibuka periuk semasa nasi sedang masak.
8. Apabila lampu periuk nasi telah bertukar ke 'Warm' biarkan ia selama ~20 minit sebelum gembur.
* Jika kita gembur terlalu awal, nasi mungkin akan patah dan tidak cantik.

9. Apabila hampir ke minit 10 , terus bakar ketulan arang sehingga menjadi bara.
10. Pindahkan arang kedalam aluminium foil dan 'lekukkan' foil.

11. Berbalik kepada rice cooker, Gemburkan nasi sedikit menggunakan 'cop stick'  dan buatkan sedikit lubang dibahagian tengah nasi.
12. Masukkan aluminium foil (bersama arang) ke lubang tersebut.
13. Dengan pantas susun ayam diatas nasi / disekeliling aluminium foil. Dan curahkan baki air rebusan dan minyak diatas ayam.
14. Renjiskan/ tuangkan 1 sudu minyak masak diatas bara (* asap akan keluar berkepul-kepul) dan dengan cepat tutup periuk nasi. 
15. Biarkan nasi selama ~ 30 minit untuk ia mesra dengan aroma arang sebelum dihidangkan . Boleh juga  'On' kan periuk nasi sekejap selama 5 minit. sekadar memanaskan ia kembali dalam tempuh tersebut.

SALSA
Bahan A
1 biji timun (dibuang bahagian tengah dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dipotong kiub)
10 biji cili padi merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau  (dihiris nipis)
2 biji tomato segar (dipotong kiub)
1 biji lemon (diambil jus nya)
3 camca besar 'penuh' gula putih 
sedikit daun ketumbar (dihiris) * Saya Tambah
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua diatas dan dibiarkan 10 minit( untuk mesrakan nya) sebelum dihidangkan. 

* Selamat Berbuka Puasa ...


Wednesday, 29 June 2016

SIRAP PUCUK PISANG ... Akan menjadi pujaan kepada yang merasai nya !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Hari ini saya nak kongsi salah satu sirap dari beberapa jenis yang telah saya sediakan untuk Hari Lebaran saya...ia-itu 'Sirap Pucuk Pisang'.
Sirap yang menjadi kegemaran saya dan sesiapa juga yang pernah merasai nya akan teringat-ingat akan keenakan dan keharuman aroma sirap ini.

Dah beberapa tahun saya menyediakan sirap ini untuk tetamu yang berkunjung.
Kalau dulu semasa openhouse di office, pernah beberapa kali saya bawa untuk untuk kawan-kawan.

Bahan-bahan nya amat mudah didapati...Gula, Pewarna dan Pewangi Pisang 'Starbrand'.
Dan yang menjadi rahsia nya, saya menggunakan daun pandan yang amat banyak semasa menyediakan sirap ini.

Gambar Arkib ...



Pernah dulu ada kawan cuba menyediakan sendiri setelah merasai di office, tetapi hasil nya tidak saperti yang diinginkan.
Kemudian baru diajukan kepada saya akan hasil nya jauh amat berbeza.
emm.. patutlah guna 2,3 helai dau pandan mana lah nak wangi.
Lain kali tanya dulu atau boleh layari blog saya ini cari resepi nya...
Tak ada rahsia-rahsia ponnn

Juga jangan ambil mudah menggantikan daun pandan dengan 'pewangi' daun pandan.
Juga anda akan mendapat rasa yang berbeza...

Ada juga yang suka menambahkan soda kedalam campuran sirap yang menjadikan rasa nya berbeza.
Tapi saya tetap suka rasa keaslian nya..

Kali ini Pokok Pandan siapa pula yang menjadi mangsa ?
Maklum pokok pandan saya dah kureng...
Haaa.......
Pokok rumah sebelah !
Rumah kakak saya lah tu
Maklum pokok nya tembun-tembun
Habis 1 perdu saya kerjakan
hahaha...
Nasib lah kau pokok!



Bahan A
2 kilo Gula putih
20-30 helai daun pandan (dikoyak-koyakkan)
1 botol air biasa
Beberapa titis pewarna hijau
Beberapa titis pewangi/perasa 'Pisang Star Brand'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A kecuali pewangi, kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Angkat dan biarkan sirap sejuk sedikit, ~ 30 minit, baru dimasukkan pewangi 'Pisang Star Brand'.    (Jika sirap terlalu panas, aroma pisang akan berkurangan)


Tuesday, 28 June 2016

RENDANG DAGING REMPAH MEKAH & PULUT KUNYIT ...Juadah hari ke-21 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Pada 21 Ramadhan saya sediakan 'Pulut Kunyit' dan 'Rendang Daging Rempah Mekah'
Buat kenduri ala-kadar juga sebagai juadah berbuka untuk hari itu.

Ya lah diri sendiri pon mesti di raikan juga, tidak perlu menunggu orang lain untuk meraikan diri kita....kan.
Alhamdulillah target saya untuk melengkapkan bacaan Al-Quran dalam bulan puasa ini tercapai juga.
Alhamdulillah...

Selepas menyertai Group Ngaji secara WSAP dulu saya telah siap Khatam pada 3/4/2016.
Dan seterusnya saya terus berazam untuk khatam pula pada bulan Ramadhan tahun ini lagi.

Sebenar nya kalau nak diikutkan saya pernah cuba menghabiskan bacaan Al-Quran dibulan puasa sebelum-sebelum ini.
Tapi hanya setakat 3,4 juzuk saja, lepas itu vitamin malas, letih dan sebagai nya semua datang dalam diri ini.
Tahun demi tahun macam tu lah..impian tu ada, tapi selalu hanya separuh jalan sahaja.

Alhamdulillah pada tahun ini saya cuba lagi...
Syukur setelah menyertakan kumpulan Ngaji secara WSAP sedikit sebanyak saya dapat rasakan perubahan dalam diri begitu ketara dimana sebenar nya tak sesusah mana pon nak habiskan satu juzuk demi satu juzuk.

Paling sikit, paling-paling malas atau berurusan ... cuba habiskan 1 mukasurat sehari.
...walaupon target dalam diri adalah 10 muka.
Tapi kalau kita boleh habiskan bacaan 10 msurat sehari, Cukup 2 hari kita dah boleh siapkan 1 juzuk.
Sebab 1 juzuk ada 20 mukasurat.

Kalau nak habiskan 1 juzuk sekali baca kadang terasa amat begitu lama.
Jadi cuba bahagikan kepada 4 msurat selepas solat, jadi 1 hari dah 1 juzuk .
Atau selepas solat 2 msurat, jadi 2 hari dah siap 1 juzuk.

Untuk bulan Ramadhan ini saya dah mulakan awal ia-itu sebaik siap bacaan terdahulu sebab risau juga takut-takut keletihan.
Syukur...alhamdulillah.

Cuba memperbaiki diri dan berubah kepada yang lebih baik. In Sya ALLAH. Aminn...

Berbalik kepada resepi 'Rendang Daging Rempah Mekah'  ini, saya masak menggunakan rempah ratus yang saya beli tahun lepas semasa mengerjakan umrah.
Salah satu ole-ole untuk diri sendiri dari Mekah..
Bila masak semua yang ada boleh rasa....

Kebisaan nya ole-ole yang kerap dibeli dari sana adalah buah kurma, tapi saya tak.
Saya cari rempah sebab bagi saya buah kurma dah banyak didapati dinegara kita.

Kedai yang menjual rempah ini bukan nya saperti kedai rempah ratus macam dinegara kita a.k.a kedai mamak yang ada macam-macam jenis rempah tu.
Deretan kedai tepi jalan yang menjual kurma, kadang tasbih, barang-barang cenderahati, kalau kita perhatikan ada juga menjual buah pelaga, dan sedikit rempah-ratus... tak banyak pon untuk kegunaan masak.
Kena rajin belek dan kerap bertanya pada penjual disitu.
Hanya rempah ini saja ada dan boleh diguna untuk memasak.
Dah dibungkus siap-siap dalam plastik
Harga nya tak mahal, kalau tak silap lebih kurang RM 20 sebungkus.

Sedap ...saya dah cuba juga untuk masak nasi sebelum ini.
Kali in saya masak untuk rendang pula.


RENDANG DAGING REMPAH MEKAH

Bahan A
400 gram daging lembu (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
2 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 keping asam gelugor
garam

Bahan B
1/2 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan C (diblend sehingga halus)
2 camca besar rempah 'Mekah' (boleh guna rempah daging biasa yang kurang pedas)
2 biji bawang besar
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang (dibuang biji)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai yang besar
10 biji cili kering
10 biji cili padi merah
2 biji buah keras
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan pekat
6 helai daun limau purut
3 camca besar minyak masak

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak sapi dan tumis bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan kesemua bahan kisar, asam keping, daging dan rebus dengan api sederhana sehingga rempah menjadi pekat, daging empuk dan terbit sedikit minyak.
3. Oleh kerana saya menggunakan santan kotak, jadi minyak akan kurang terbit, oleh itu saya masukkan 2 camca besar 'penuh' minyak sapi .
Tetapi Jika minyak terbit banyak dari santan, memadai masukkan 1 camca besar sahaja.
4. 5 mint sebelum angkat, masukkan hirisan daun kunyit.


PULUT KUNYIT

Bahan A
1 kilo Pulut Susu
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan

Bahan B
~ 400 gram Santan Pekat
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan pewarna atau serbuk kunyit semalaman atau sekurang-kurangnya 9 jam.
2. Toskan air rendaman, kemudian jirus dengan air mengalir untuk mengeluarkan lebihan pewarna.
3. Panaskan periuk kukus. Masukkan pulut yang telah ditoskan kedalam bekas tahan panas. Ratakan pulut pada dasar dan dinding bekas (jika boleh) untuk mendapat ketebalan pulut yang sekata supaya ia cepat masak.
4. Masukkan daun pandan dan kukus selama 30 minit dengan api yang sederhana besar.
5. Keluarkan bekas yang berisi pulut tadi dari periuk kukus, masukkan separuh dari santan (yang bercampur garam) dan ratakan. Kukus semula selama 20 minit.
6. Keluarkan bekas yang berisi pulut untuk kali kedua, masukkan baki santan, ratakan dan kukus kembali selama ~ 1 jam.

7. Angkat, masukkan kedalam acuan dan kejapkan supaya ia mengikut bentuk acuan.

* Selamat Berbuka Puasa...

Monday, 27 June 2016

SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA ...Juadah hari ke-20 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Hari ke 20 berpuasa dapur saya cuti aka OFF.
Saya cuma masak nasi saja.

Pesanan 'Sambal Totok' yang awal-awal saya tempah dari anak saudara telah selamat saya terima pada hari Sabtu.
Saya memang tertunggu-tunggu sambal ini, yang dimaklumkan telah di pos pada hari Khamis menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
Kalau ikutkan perjalanan nya memakan masa 1-2 hari saja untuk sampai.
Tapi biasa lah POS di kawasan saya ini.. sedikit lain dari yang lain..
Lembab semacam...
Selalu kena kejar...
Suka sangat 'peram' barang-barang pos.
Pada orang lain saya tak tahu lah, tapi saya dah 2 kali terkena.

Cuba call perkhidmatan Pos, dan dimaklumkan barang hantaran telah selamat sampai di pejabat mereka tetapi penyerahan hanya akan dibuat hari isnin.
Eh Eh Eh..... saya memang pantang kalau suka melewatkan-lewatkan.
Alasan sabtu kerja separuh hari,
Hai..... kalau dah tahu separuh hari kenapa tak diserahkan pada awal pagi, kenapa mesti tunggu petang baru nak buat penyerahan kan !

Ini bukan pertama kali..perkara saperti ini berlaku pada saya.
Selepas beberapa kali cuba menghubungi Pos berkenaan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pegawai bertugas dan dimaklumkan akan merujuk dengan 'supervisor' beliau dahulu.
Terima Kasih En. Hakim kerana menyalurkan permintaan saya ini kepada supervisor anda.
Baik dan berbahasa orang nya..

Saya rasa perkhidmatan pos bahagian Pos Laju dikawasan BM ini patut diperbaiki lagi kerana kalau nak dibandingkan semasa saya berada di Kuala Lumpur dahulu, barang yang dihantar cepat aja diterima.
Apa-apa pon saya rasa semua nya terletak pada 'supervisor' yang menguruskan bahagian tersebut.



Fuhh Yoooooo
Super'p sedap !!!!
Nanti nak buat nasi goreng untuk berbuka atau bersahur pula...

SAMBAL TOTOK JAWA ... Asli 
Hasil keluaran anak saudara saya 

Jom tempah... memang sedap !
017-7800435 Nurul Jannah
017-7800827 Areffin BeeLz

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
> Tanpa sebarang 'bahan pengawet'. Oleh itu dimasak lama dan garing.
Menggunakan Ikan bilis yang elok, 
> Cili dan 
Bawang yang segar
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie)

- sedap kalau buat Cara Berlauk
dan apa-apa saja ....

FRESH dari kuali .....
Berminat ? Sila pm Nurul Jannah atau 
Areffin BeeLz untuk tempahan.

Entry terdahulu...



Sunday, 26 June 2016

CUBIT-CUBIT UDANG & SOS CILI BAWANG ...Juadah hari ke-19 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Juadah berbuka untuk hHari ke 19 saya sediakan Cubit-Cubit Udang bersama Sos Cili Bawang.
Sedap bukan main lagi bila berbuka panas-panas.

Masih menggunakan resepi yang sama saperti CUBIT-CUBIT JAGUNG dan CUBIT-CUBIT BAWANG. Cuma kali ini saya lebihkan udang hidup aka udang segar dimana udang saya potong 2 atau 3 bergantung kepada saiz udang dan saya tambahkan daun kucai yang dipotong pendek.
Juga saya tak masukkan sebarang bahan penaik atau telur.. Jadi saya lebih kan sedikit air.

Sos Cili Bawang ini pula saya pelajari dari isteri abang pupu yang memang pakar masak-memasak. Sejak itu memang sambal ini menjadi pilihan keluarga selain dari kuah kacang jika dimakan bersama cucur.


CUBIT-CUBIT UDANG

Bahan A
2 cawan tepung gandum (saya guna cap 'Keluarga' )
1 1/2  cawan air  (* Bergantung kepada Jenama/Keluaran. Jika masih ada tepung yang tidak rata digaul, bolehlah ditambah sedikit lagi air. Cuma pastikan adunan kita boleh di goreng bulat-bulat saja)
3 camca besar minyak masak
1 biji bawang holland bersaiz besar (Dibelah 4, dah setiap belahan dibelah lagi 4..menjadikan ia 16 belahan dan dipotong menjadikan ia kiub)
1 cawan hirisan daun kucai yang dikerat pendek
250 gram udang segar (dibuang kulit dan dikerat kecil)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A diatas, dan gaul rata.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Jemput adunan tepung sebesar jari kelingking dan goreng.
3. Balik-balikkan sehingga cucur masak. Tidak perlu terlalu garing atau keperangan. Sekadar perang sikit-sikit boleh diangkat.
SOS CILI BAWANG

Bahan A
15 biji Cili Kering (Dikerat pendek, direbus atau direndam dalam air panas sehingga lembut dan ditoskan)
belacan sebesar jari kelingking  
asam jawa sebesar jari kelingking  (campurkan dengan 3 camca besar air dan diambil jusnya. Perah 2 kali)
sedikit garam
3 camca besar gula putih
3-4 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cili kering, belacan dan garam ditumbuk halus. Alihkan kedalam mangkuk 
2. Campurkan jus asam jawa, gula putih dan bawang putih kedalam mangkuk cili diatas dan ratakan.

*Pastikan Kuah Cili yang terhasil adalah yang pekat.

Friday, 24 June 2016

BIHUN GORENG SEMPOI ...Juadah hari ke-18 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ke 18 berbuka dengan bihun goreng sahaja.
Menu yang digoreng agak sempoi
Maklum nak cepat masak konon.. masuk je cili padi yang entah beberapa biji
Ingatkan OK ja, sekali makan pedas ya ampunnn
Maklum cili padi kampung yang kontot-kontot tu...

Tapi ikut selera memang lah  suka
Risau juga perut tu...

Sedikit kelainan dalam teknik penyediaan kali ini
Daging kisar Ramly saya goreng terlebih dahulu dengan sedikit lada putih 'Ajishio', bila dah masak saya pecahkan pula telur ayam sebiji, kacau kacau ok semua baru saya masukkan bawang besar dan cili padi potong. Cili saya potong saja.. bukan nya tumbuk atau mesin hancur.

Kadang masak-memasak ni ikut mood kan...



Bahan A
1/3 bungkus bihun siam (direndam 1/2 jam dan ditoskan airnya)
Sedikit taugeh

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 keping daging kisar Ramly
Sedikit lada putih 'AjiShio'
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar
8-10 biji cili padi (saya hiris saja)
2 camca besar sos Cili 'Life'
2 camca besar Cuka Makan
2 camca besar Sos Ikan
2 camca besar gula putih
1/2 kiub pati daging
Kicap Manis 'Kipas Udang'

Bahan B
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Penyediaan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Masukkan daging kisar dan lada putih. Goreng sehingga daging kecut dan air daging berkurangan.
3. Pecahkan telur, kacau rata dengan daging.
4. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
5. Masukkan cili padi, sos Cili, Cuka, Sos Ikan, gula dan kiub daging.
6. Tambahkan sedikit air dan biarkan ia mendidih sekejap.
7. Masukkan bihun, kicap manis dan ratakan. Tutup tudung kuali dan perlahan kan api supaya bihun masak serata dengan sempurna.
8. Masukkan taugeh, gaulkan sekali lagi dan biarkan seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Berbuka Puasa ...

Thursday, 23 June 2016

NASI LEMAK GORENG TOMYAM ......Juadah hari ke-17 Ramadhan 1437 Hijrah


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum,
Salam Ramadhan
Dan Salam Nuzul Al-Quran untuk semua...

2,3 hari kebelakangan ni, sana-sini dah pon kedengaran lagu-lagu raya berkumandang terutama nya dipasaraya-pasaraya.
Tentu ramai yang dah sibuk dan mula menyediakan kuih-kuih raya kan.
Rakan-rakan alam maya pon ada yang dah mula pos biskut-biskut yang disediakan.

Saya....
Tak tahu lah nak buat atau pon mungkin beli saja.
Kalau buat pon mungkin 1,2 jenis.
Tu pon kalau tersesat kerajinan mem'biskut.

Sebab biskut-biskut ni isi rumah kureng sikit makan.
Lebih kepada nasi dan lauk pauk aja.

Semalam saya menyediakan juadah NASI LEMAK GORENG TOMYAM.
Nasi yang digoreng bukan lah nasi putih biasa tetapi nasi yang dimasak special dengan sedikit rempah dan santan menjadikan ia sedikit berlemak dan beraroma.
Alhamdulillah memang sedap.

Teringat pula zaman semasa belajar di USM dahulu.
Ada salah satu gerai di DesaSiswa Bakti disitu yang menjual Nasi Goreng.
Memang laku sangat kedai tu.
Nak makan kena tunggu berjam juga lah !

Perbezaan nasi goreng disitu adalah nasi yang digunakan bukan nya nasi putih biasa tetapi nasi yang dimasak dengan sedikit rempah-rempah yang bewarna kekuningan menjadikan ia nya begitu menarik dan sedap sekali.
Tak pasti masih ada lagi ke tidak gerai itu ...



Bahan A
2 cawan beras
3 cawan air (bergantung kepada jenis beras yang digunakan).
  * Pastikan nasi yang akan dimasak sedikit keras dari biasa supaya ia cantik dan enak apabila digoreng.
1/2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1 inci halia (diketuk kasar)
1/2 camca teh lada hitam
2 helai daun pandan
secubit halba sahaja
sedikit garam

Bahan B
1 camca besar butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 batang serai (diketuk lebam)
2 helai daun limau purut(dikoyak-koyak)
8-10 biji cili padi (diketuk)
2 camca besar cuka makan
1 kiub Tomyam
8-10 ekor udang yang bersaiz besar
sedikit sayuran (putik jagung, kubis,kubis bunga, tomato segar)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.  Sejuk dan seroikan ia.

2. Panakan butter dalam kuali dan tumis bawang putih dan serai sehingga naik aroma.
3. Masukkan cili padi, cuka dan sedikit air (jika terlalu kering).
4. Masukkan kiub tomyam, daun limau purut dan udang. Ratakan. (Udang jangan terlalu masak)
5. Masukkan sayuran dan garam.
6. Akhir sekali masukkan nasi, ratakan dan perasakan jika kurang.

* Selamat Berbuka Puasa ...

Wednesday, 22 June 2016

NASI TUMIS, SAMBAL GORENG JAWA dan AYAM GORENG LENGKUAS ...Juadah hari ke-16 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Berbuka puasa untuk hari ke 16 semalam saya sediakan sedikit kelainan..
NASI TUMIS yang dimakan dengan SAMBAL GORENG JAWA dan AYAM GORENG LENGKUAS.

Keistimewaan nasi tumis ini adalah penggunaan gula batu yang menjadikan nasi nya sedikit berkilat dan seroi. Nak kata manis tu tidaklah kerana kuantiti gula yang masukkan amat sedikit ia-itu sebesar ibu jari sahaja.



NASI
Bahan A
2 cawan beras
3 cawan air (bergantung kepada jenis beras yang digunakan)
1/2 cawan santan pekat
sebiji gula batu sebesar ibu jari
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 helai daun pandan
1/2 inci halia (dihiris)
1/2 camca teh lada hitam
secubit halba sahaja
secubit jintan manis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kesemua bahan B sehingga naik aroma.
2. Masukkan santan, air, garam dan gula batu. Kacau seketika supaya gula sebati dengan santan dan masukkan beras.
3. Tanak saperti nasi biasa.


SAMBAL JAWA
Bahan A (Digoreng secara berasingan)
Minyak untuk menggoreng
1 keping Tempe *
1 ketul Tauhu  *
1 biji ubi Kentang  *
1 ketul Hati Ayam
5 ekor Udang Hidup sederhana besar (dibuang kulit)
* Dipotong sederhana besar

Bahan B (Diblend halus menngunakan minyak masak / tanpa air)
Sedikit minyak
1 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
8 biji Cili Padi
1/2 inci Halia

Bahan C
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' (lebihkan)
Sedikit kunyit
Sedikit garam

Bahan D
1 biji Lobak Merah
4 urat Kacang Buncis/Panjang
* Kubis, Pucuk  (Saya tak masukkan)

Bahan E
Soun (direndam seketika)
Cili Merah
Cili Hijau

Cara-Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A diatas secara berasingan dan ditoskan minyak.
* Udang digoreng sekejap sahaja untuk mengelakkan menjadi liat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan B sehingga bawang bertukar keperangan dan terbit aroma yang sedap.
 * 'Bawang blend' jika kurang masak dan garing akan menghasilkan aroma yang kurang sedap dalam masakan.
3. Masukkan bahan C dan goreng seketika.
4. Masukkan sayur-sayur mentah (bahan D).
5. Apabila sayur sudah 3/4 masak, masukkan bahan A yang telah digoreng tadi dan Suun. Gaul rata.
6. Sebelum angkat masukkan Cili Merah dan Cili Hijau untuk menjadikan ia lebih berwarna warni
7. Siap untuk dihidangkan.

AYAM GORENG LENGKUAS
Bahan A
Minyak untuk menggoreng
1/2 ekor ayam (dipotong mengikut saiz kesukaan)
2 inci halia (ditumbuk halus)
2 inci lengkuas (ditumbuk halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
3 camca besar rempah kari daging
sedikit kunyit
sedikit garam
4 tangkai daun kari

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam dibersihkan dan diperap dengan kesemua bahan A (kecuali daun kari) selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ayam masak.
3. 5 minit sebelum angkat masukkan daun kari, goreng seketika, angkat dan toskan.

* Selamat Berbuka Puasa

Tuesday, 21 June 2016

POTATO CHEESE BREAD PUDDING & MILO AIS ...Juadah hari ke-15 Ramadhan 1437 Hijrah




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Bebuka untuk hari ke 15 Ramadhan saya sediakan PUDING ROTI KENTANG CHEESE, dan GULAI UDANG TEMPE bersama minuman MILO AIS.

Beberapa hari lalu kakak ada berikan balasan roti kentang yang dibeli nya di Tesco kebetulan beliau baru balik dari membeli belah disana.
Asalnya saya menolak kerana isi rumah bukan pengemar roti sangat. Dah diberi juga kita ambil lah nanti kata jual mahal pula..

Makan tu adalah dalam 1 bun ja.. masih tinggal lagi lapan.
Risau pula takut expired.. membazir pula tambah-tambah di bulan Ramadhan ni.
Jadi semalam saya masak Puding Roti.
Alhamdulillah semua boleh rasa...
Termasuk sebahagian nya saya hantar ke 'Pondok Mengaji Ustad Bakar' kenduri berbuka disana.

Tiba masa berbuka bila dah rasa..
Amboiii sedap nya........... !!!
Lebih sedap dari menggunakan roti biasa-biasa  maklum Roti kentang ini ada sedikit cheese.





Bahan A
9 Bun Kentang
4 cawan susu 'Dutch Lady'
1 camca besar butter
1 camca penuh gula putih (gula tak perlu banyak kerana roti ini telah sedia manis

3 biji telur ayam
3 titis pewarna hijau 'Star Brand'
3 titis pewangi vanila
Sedikit kismis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Roti bun dipotong kepada kiub-kiub kecil.
2. Satukan susu, gula dan butter. Dan panaskan sehingga butter cair. * Tidak perlu mendidih. Angkat dan sejukkan.
3. Kocakkan telur ayam bersama pewarna dan pewangi vanila.
4. Apabila susu telah sejuk masukkan telur, ratakan dan tuang keatas roti dan ratakan sekali lagi
5. Biarkan roti terendam selama 10 minit.
6. Jika menggunaan tin pembakar, griskan tin dengan sedikit minyak. Tuang kedalam acuan/tin pembakar dan tabur dengan sedikit kismis.
7. Panaskan ketuhar kepada 180 C dan bakar secara 'Steam Bath' (Isi dulang pembakar dengan air biasa). Menggunakan api 'atas bawah tanpa kipas'
8. Masa pembakaran adalah selama 45 minit hingga 1 jam. Jika menggunakan acuan pie yang kecil, masa pembakaran lebih kurang 30-35 minit sahaja.
9. Cucuk pie untuk menentu yang ia sudah masak/beku. Tukar  api kepada 'atas sahaja tanpa kipas' untuk menjadikan bahagian atas pie sedikit garing dan keperangan selama 5-7 minit.


Monday, 20 June 2016

SALMON ASAM KAYU MANIS ...Juadah hari ke-14 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Juadah untuk berbuka untuk hari ke 14 'Ikan Salmon masak Asam Kayu Manis'.

Dah pon nama orang melayu
Mai la ikan glamour apa sekali pon
Macam ni lah jadi nya.. dimasak cara orang Melayu.. masakan orang Kampung

Harum semerbak rumah dengan aroma masakan semasa proses menumis.
Makan pula dengan nasi putih panas-panas.
Aduhh berselera sekali !




Bahan A
Minyak untuk menggoreng
1 keping ikan Salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
1 camca besar penuh tepung jagung

Bahan B
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih

Bahan C
1 biji bawang besar hollland (dibelah 8)
15 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 kiub pati ikan bilis
Asam jawa sebesar ibu jari (diperah 3 kali jusnya)
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Perap ikan dengan garam, kunyit dan lada hitam selama 1/2 jam.
2. Salut isi ikan dengan tepung jagung.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan toskan nya.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan A sehingga naik aromanya dan bawang putih sedikit keperangan.
5. Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau-kacau seketika, kaup dan letakkan diatasikan.
6. Menggunakan minyak yang sama, masukkan jus asam jawa, lada hitam, kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam.
7. Apabila kuah sedikit pekat, angkat dan curahkan keatas ikan.

* Selamat Berbuka Puasa ...

Sunday, 19 June 2016

MEE TARIK LABU & KUAH SOTO ...Juadah hari ke-13 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Juadah untuk berbuka untuk hari ke 13 saya goreng Samosa yang saya buat tempoh hari dimana sebahagian nya telah saya sejukbekukan.
Juga kebetulan pula Kuah Soto yang saya masak semalam masih berbaki,  maklum lah banyak juadah sampingan yang diberi oleh kakak, jadi untuk elakkan pembaziran saya cuma celur Mee Tarik Labu.

Saya cuma rebus telur dan sediakan sedikit bahan-bahan samping.

Keenakkan dan kemanisan Mee Tarik Labu ni memang sangat terasa dimakan dengan Kuah Soto.



Untuk resepi kuah Soto, Bergedil dan Sambal boleh rujuk sini NASI IMPIT KUAH SOTO

Saturday, 18 June 2016

SOTO AYAM NASI IMPIT ...Juadah hari ke-12 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Juadah untuk berbuka untuk hari ke 12 Ramadhan saya sediakan 'SOTO AYAM dengan NASI IMPIT'.
Dah lama benar tak makan soto ayam.
Sebelum-sebelum ini saya pernah menyediakan soto menggunakan rempah yang di import dari Johor ia-itu rempah 'Mak Pon'.
Itu pon setelah merasa masakan 'X OfficeMate' semasa jamuan PortLuck.
Sedap rempah tu...

Tapi selepas mencuba resepi Soto yang dikongsikan oleh Puan Lina Zubir terus selera saya melekat pada resepi ini.
Memang marvelous. Nak masak pon tak susah.



KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang)

Bahan A
1 ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan  proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.

Bahan D
3 btg serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan  sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A dan rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)


SAMBAL KICAP
15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
1 camca besar gula putih (saya tambah)
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya

Cara-Cara Menyediakannya
1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih (saya tambah)


BERGEDIL
2 biji ubi kentang US yang bersaiz besar (direbus bersama kulit sehingga empuk, dikupas dan dilenyek halus)
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan bawang goreng
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1/4 kiub pati 'ayam'
1 camca besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 biji telur ayam + 2 camca besar air (dikocak)

Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sehingga rata.
2. Ambil sejemput dari adunan dan bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Culup 'jemput' bergedil dalam telur dan goreng sehingga keperangan.


BAHAN SAMPINGAN
Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

* Selamat Berbuka Puasa...



Friday, 17 June 2016

TERUNG GORENG & SAMBAL BAWANG BUDU ...Juadah hari ke-11 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Juadah untuk berbuka untuk hari ke 11 Ramadhan...
TERUNG GORENG & SAMBAL BAWANG BUDU di makan dengan ikan bilis goreng rangup !

Lauk yang begitu mudah sekali menyediakan nya tapi saya boleh tambah nasi berpinggan-pinggan
Tak sedar pon !

Bahan A
Sedikit minyak untuk menggoreng
Beberapa biji Terung (dibelah 2)
1 cawan Ikan bilis

Bahan B
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 camca besar 'Budu'
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit gula (optional)

Bahan C (diblend)
30 biji cili kering
8 biji cili padi merah
3 biji bawang besar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng terung 1/2 layu, angkat dan toskan nya.
2. Goreng ikan bilis dengan api yang perlahan sehingga garing, angkat dan toskan nya.
* Pastikan ikan bilis tidak dibasuh terlalu awal untuk memastikan ia ranggup apabila digoreng.

3. Cili kering dipotong kepada potongan 2 atau 3 dan direbus seketika untuk mengelembutkan nya disamping untuk mengeluarkan kotoran (jika ada) dalam cili.
4. Masukkan dalam periuk dan rebus. Toskan air nya dan bilas dibawah air yang mengalir.
5. Blend cili kering bersama cili padi sehingga halus.
6. Masukkan potongan bawang besar dan diblend kasar.

7. Panaskan sedikit minyak gorengan ikan bilis.
8. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
9. Masukkan cili dan bawang yang telah diblend, budu, sedikit pati ikan bilis dan gula.
10. Masak dengan api yang perlahan sehingga sambal pekat dan terbit minyak yang bergelidangan.
11. Masukkan Jus dan potongan limau kasturi.
12. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat Berbuka Puasa

JUS ASAM BOI LIMAU NIPIS & SAYUR CAMPUR TELUR ASIN ...Juadah hari ke-10 Ramadhan 1437 Hijrah


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Minuman untuk berbuka pada hari yang ke 10 ini  saya sediakan JUS ASAM BOI  'LIMAU NIPIS'
Sebenar nya setiap kali berbuka memang saya sediakan sedikit minuman manis, bukan hanya pada hari ke 10 saja.
Untuk Jus ini saya masukkan bersama Jus dari perahan Limau Nipis.
Boleh juga guna Limau kasturi jika suka. Tetapi jus ini akan lebih terasa keharumannya jika kita mengggunakan Limau nipis berbanding kawan nya itu.

Lauk pula saya sediakan SAYUR CAMPUR TELUR ASIN
Serba sedikit dari pelbagai sayuran saya masukkan yang akhirnya menjadikan ia hampir penuh satu kuali.
Lagi banyak pelbagai sayuran, lagi menarik selera kita untuk menikmatinya

Tiada perencah lain yang dimasukkan kecuali Telur Asin, bawang putih semestinya, bawang besar dalam kuantiti yang banyak dan sedikit lada putih.
Dan dimasak dengan api yang besar dalam tempoh yang singkat untuk mengekalkan kesegaran dan kerapuhan sayur.
Sedap sungguh meratah sayur ini 



JUS ASAM BOI LIMAU NIPIS

Bahan A (Ibu Gula)
8-10 biji  Asam Kecut /Asam Kong / Asam Boi
1 cawan gula putih
3 cawan air

Bahan B
5-6 biji Limau nipis
Air secukup nya
Ketulan Ais

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Untuk menyediakan ibu gula, satukan kesemua bahan A dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan menjadi air gula yang sedikit pekat.

2. Didalam Jug, masukkan sedikit air gula yang telah dimasak dan Jus limau Kasturi.
3. Tambahkan air dan ketulan ais;. dan seimbangkan kemanisan nya.
4. Siap untuk dihidangkan.


SAYUR CAMPUR TELUR ASIN

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji bawang besar (dihiris)
1/2 camca teh lada putih (saya guna Aji Shio')
2 biji telur masin (direbus dan dilenyek separuh hancur / Termasuk telur putih untuk elakkan pembaziran)
* Tidak perlukan garam

Bahan B
Karet
Kacang Buncis
Putik Jagung
Kubis Bunga Hijau
Kubis Bunga Putih
Kubis Bulat
Capsicum Merah/Kuning/Hijau
5 biji cili padi merah
* Boleh dimasukkan perbagai lagi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bawang bertukar hampir keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan kacau-kacau seketika sehingga ia hampir layu.
3. Masukkan karet dan kacang buncis, tambahkan lada putih dan gaulkan seketika.
4. Masukkan kesemua sayur-sayur yang lain dan telur asin, besarkan api dan ratakan segera anggaran 1 minit dan boleh lah diangkat.  
* Untuk mengekalkan kerapuhan sayur
* Selamat Berbuka Puasa