Wednesday, 31 August 2016

KWETIAU GORENG SAMBAL TOTOK ...Memang marvelous sedap. Mesti cuba !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan  yang ke 59 tahun.
Pagi ni tak sempat nonton TV tengok perarakan sambutan kemerdekaan.
Dulu-dulu selalu juga tengok, walau pon tak bersama dalam perarakan tapi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia tetap ada.
Tema tahun ini masih saperti tahun lepas, yakni masih 'Sehati, Sejiwa' untuk memupuk semangat bersatu-padu yang menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya....
Saperti biasa pagi-pagi sibuk sikit.
Kadang bersarapan, kadang tidak....

Sarapan pagi hari ini masih dengan kwetiau goreng. Nak menghabiskan baki Kwetiau yang tinggal selepas masak KWETIAU GORENG CENDAWAN hari itu masih tersimpan dalam peti sejuk.
Kali ini saya guna perencah Sambal Totok yang saya beli dari anak saudara saya.

Berbaloi jika simpan perencah Sambal Totok sebagai Stok.
Macam-macam boleh dimasak.
Kalau tetamu datang mengejut tak perlu risau dah....
Senang pon senang... sedap laagi !

Semalam dah goreng semangkuk  kwetiau... Sedap sangat.
Jadi pagi ini awal-awal lagi dah plan nak goreng kwetiau juga.
Jadi nak sarankan, elok simpan sepeket dua sebagai stok diwaktu-waktu sesak.


Terdapat 6 pilihan Sambal
1. Pedas (Biasa/Standard)
2. Kurang Pedas
3. Tidak Pedas

4. Pedas dengan Petai
5. Kurang Pedas dengan Petai
6. Tidak Pedas dengan Petai

Harga sebungkus RM 18 dan tambahan RM 3 untuk yang ber' Petai.
Tambahan RM 6 jika penghantaran melalui Pos.

Jom tempah... memang sedap ! FRESH dari kuali .....
017-7800435 Nurul Jannah
017-7800827 Areffin BeeLz

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....


Jomm...

Bahan A
1/2 bungkus kwetiau
semangkuk taugeh

Bahan B
1 camca besar Sambal Totok 
Tauhu (dipotong kiub)
Cili Padi 
1/2 cawan air
Sedikit kicap masin
* Kebetulan Sambal yang saya beli ini 'Yang Tidak Pedas', jadi saya tambahkan sendiri cili padi
* Tak perlukan tambahan minyak

Bahan B
Daun Bawang
Bawang Goreng
Hirisan Timun
Tomato Segar

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali dan masukkan sambal totok, goreng sekejap anggaran 1 minit dan masukkan tauhu. dan cili padi. Goreng lagi selama 1 minit.
2. Masukkan kicap masin, sedikit air dan biar kuah mendidih sekejap.
3. Masukkan kwetiau, ratakan dan tutup kuali. Biar ia masak secara perlahan selama 2 minit lagi.
4. Masukkan taugeh. Kacau-kacau dan terus angkat.
5. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


Monday, 29 August 2016

KWETIAU GORENG CENDAWAN ... Sarapan yang sangat sedap dan amat menyelerakan !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Makan apa pagi tadi ?
Kepada yang bekerja, kalau tak sempat masak boleh bersarapan dipejabat kan
Tentu banyak pilihan, nasi goreng, nasi lemak, bihun, mee atau kwetiau goreng, Lontong, roti canai dan banyak lagi pilihan
Macam-macam ada  ...

Yang kat rumah pula, tentu memikirkan apa yang nak di masak ya !
Apa kata kita bersarapan dengan Kwetiau Goreng Cendawan

Cendawan ini saya beli pada minggu lepas, beli sebungkus saja kerana plan asal nak masak nasi goreng.
Tapi masih tak kesampaian lagi, kerana tak ada nasi yang berbaki  di pagi hari.
Jadi tukar ke plan B yakni goreng kwetiau.
Rasa berbaloi sangat kerana kwetiau goreng kali ini ter-amat-amat sedap !!! pada selera saya
Makan bertambah-tambah sampai habis ...

Juga saya nak share resepi 'SAMBAL MANIS' yang saya masak beberapa hari lalu sebagai 'stok' sambal untuk bihun, mee, kwetiau atau apa-apa saja yang saya rasa perlu dalam masakan saya.




Jomm

SAMBAL MANIS

Bahan A (diblend sampai halus)
40 biji cili kering
20 biji cili padi merah
4 biji bawang besar
1/2 mangkuk ikan bilis
6 camca besar minyak
air secukupnya

Bahan B
minyak secukup nya
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 kiub pati ikan bilis
2 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Sos Cili Thai
2 camca besar Sos Tomato
6 camca besar 'penuh' gula
garam secukupnya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan bahan blend (bahan A) dan bahan B yang lain.
4. Apabila kuah sambal mendidih, perlahankan api dan biar sambal masak dengan sempurna dan menjadi pekat dengan terbit nya minyak yang bergeledangan.
5. Angkat, sejukkan dan masukkan dalam bekas/botol dan simpan dalam peti sejuk.
Walau pun menggunakan cili padi dalam sambal ini, tetapi kepedasan nya kurang terasa kerana ia mengalami proses memasak yang agak lama yang mengurangkan kepedasan cili tersebut.

* Boleh digunakan untuk apa-apa masakan bila perlu


KWETIAU GORENG CENDAWAN

Bahan A
1/2 bungkus kwetiau
anggaran 1/2 cawan air
4-5 kuntum cendawan (di carik-carik jika ia bersaiz besar)
sedikit kucai
sedikit taugeh

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji cili padi merah (dihiris) * Untuk lebih pedas
1 biji tomato segar (dibelah 8)
1 camca besar 'SAMBAL MANIS'
1 camca besar Sos Tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
sedikit kicap masin
Sedikit udang hidup
1 keping tauhu (dipotong dadu)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang bertukar sedikit keperangan.
3. Masukkan cili padi, SAMBAL MANIS dan sos tiram. kacau-kacau dan terus masukkan udang hidup.
4. Bila udang 1/2 masak terus masukkan sedikit air, kicap masin.
5. Biarkan kuah mendidih, masukkan kwetiau, ratakan sedikit dan tutup tudung kuali. Biar selama 3 minit.
6. Masukkan cendawan, kucai dan taugeh. Ratakan dan tutup tudung kuali sekali lagi dan masak anggaran 2 minit lagi dan boleh diangkat untuk dihidangan.

* Selamat Menjamu Selera ...




Sunday, 28 August 2016

MANDAI GORENG PEDAS-MANIS...Masakan daerah Kalimantan Selatan

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam hujung minggu semua ...

Biasa makan MANDAI ?
'Mandai' yang membawa maksud 'kulit cempedak' bagi orang Banjar yang kadang nya juga dikenali sebagai 'Dami '.

Cara-cara nak menyediakan mandai ini...
Pertama... kulit cempedak yang keras dibahagian luar akan dihiris/dibuang sehingga menampakkan bahagian putih dibahagian dalam.
Ia kemudian nya dipotong kepada ketulan sederhana tebal, dibersihkan dan direndam dalam air masak (suam)yang dicampur dengan garam dan akan disimpan selama beberapa hari yakni sekurang-kurang nya 5 hari sebelum dimasak.

Sebelum dimasak ia harus dibasuh terlebih dahulu untuk mengeluarkan garam yang berlebihan.  dan kemudian nya di hiris mengikut kekesuaian masakan.

Ini adalah pertama kali saya menyediakan mandai
Walaupon saperti disarankan untuk menyimpan nya sekurang-kurang 5 hari, tapi dek tak sabar nak merasa nya, saya memasak nya hari ini, walhal semalam baru aje dijerukkan.
1 hari jeruk pon dah sedap ....*ps.. saya letakkan garam lebih sebab nak makan cepat

Mengikut kata yang pernah menyediakan nya... lagi lama mandai ini dijeruk sampai sebulan, lagi sedap jadi nya, texture saperti daging gitu.


Jom....

Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng
4 mangkuk hirisan mandai
(Mandai yang dijeruk perlu dibasuh untuk mengeluarkan garam berlebihan dan dihiris nipis)

Bahan B (diblend halus)
4 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 camca besar gula
sedikit air

Bahan C
sedikit kicap lemak manis
1/2 kiub pati ikan bilis

1 mangkuk ikan bilis
6 tangkai cili kering (dipotong ~ 1 inci panjang)
3 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
3 tangkai daun kari
* Tak perlu garam (kerana mandai sudah tersedia masin)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng mandai sehingga kecut. Kemudian angkat dan toskan.


2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dalam periuk (yang lain) dan tumis bahan B, masukkan kiub pati ikan bilis dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak. Masukkan kicap lemak manis dan angkat.
4. Panaskan kembali baki minyak dalam kuali, tumis cili kering selama seminit, kemudian masukkan bawang besar dan daun kari. Goreng sehingga bawang hampir layu.
5. Masukkan Mandai yang telah digoreng tadi dan sambal yang telah di masak. Gaul-gaul sehingga sebati dan sambal berpalut pada mandai.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul rata dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


Saturday, 27 August 2016

PAJERI NENAS... Yang sedap dimakan dengan Ikan masin


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam hujung minggu

Lauk pada hujung minggu ini .... 'PAJERI NENAS'.
Makan dengan Ikan masin yang digoreng dengan bawang dan cili kering.
Memang sah saya tak pandang kiri kanan lagi.
hahaha ... nasib lah siapa yang lalu lalang.

Nenas yang saya beli di Pasar Tani di Port Diskson minggu lepas ini memang bersaiz besar.
1/4 dari nya dah dibuat 'KERABU SARDIN' tempoh hari.
Masih ada baki 3/4.
Tapi 3/4 ni pon macam sebiji sebab saiz nya yang besar.

Ada sesetengah orang rebus nenas ini terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam rempah.
Ada juga masukkan nenas tanpa merebusnya.

Saya memang praktikkan cara yang ke dua itu kerana saya nak memastikan kemanisan dan kemasaman asli nenas itu berada dalam masakan pajeri ini.



Bahan A
1 biji nenas (dibuang kulit dan empulur, dibelah 2 dan di potong tebal)
2 biji cabai hijau (dipatahkan)

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
8 ulas bawang merah (dimayang nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

Bahan C
2 camca besar udang garagau/udang kepal (direndam dan ditapis untuk mengasingkan batu/pasir jika ada). 
* Kebiasaan guna udang kering yang ditumbuk lebam. Tapi kali ini saya gantikan dengan udang geragau
4 camca besar 'penuh' rempah daging
1 mangkuk air
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
6 camca 'penuh' gula putih
1 camca besar kerisik

Bahan D
1/2 kotak santan pekat
2 mangkuk air sebagai kuah
1 keping asam gelugor (Jika kurang masam)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis kesemua bahan B sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan udang garagau dan goreng hingga udang bertukar sedikit keperangan dan terbit aroma udang geragau
3. Masukkan baki bahan C yang lain, besarkan api dan biar rempah mendidih. Kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak yang bergeledangan dengan banyak dalam periuk.
4. Masukkan bahan D dan kacau-kacau supaya rempah sebati dengan santan dan garam.
5. Masukkan nenas. Masak sehingga kuah mendidih semula.
6. Sebelum angkat masukkan cabai hijau.
7. Siap untuk dihidangkan

* Selamat Menjamu Selera  ...

Friday, 26 August 2016

SUP DAGING BER'CENDAWAN ...Sup yang sedap berselera

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua...

Pagi jumaat yang sejuk dan kalau tarik selimut memang best ni !
Semalam hujan mencurah turun hingga kepagi
Rahmat ALLAH di hari Jumaat.

Hari ni pula cuaca agak mendung.
Kalau basuh baju belum tentu akan kering dengan sempurna.

Tapi  kena dengan sejuk-sejuk ni , kalau makan nasi berlaukkan sup daging panas-panas memang sedap ...
Kena pula ada nya cili padi yang pedas ...
Memang berasap !

Jom kita masak sup daging dengan cendawan
Sup yang dimasak begitu simple tapi amat menyelerakan


Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan B
1/2 kilo daging (dipotong kepada kepingan sederhana tebal)
1 camca besar rempah sup (saya guna rempah 'Faiza')
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
 air secukupnya sebagai kuah

Bahan C
2 biji kentang (dibuang kulit dan dibelah 2 atau 4 mengikut saiz)
1 biji lobak merah (dipotong tebal)

Bahan D
5 biji cili padi merah (diketuk)
2 biji limau kasturi (diambil jus nya)
Semangkuk Cendawan 
1/2 kiub pati daging
1/2 mangkuk bawang goreng
garam

Bahan E
Daun sup
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis kesemua bahan A sehingga berbau harum dan bawang layu.
2. Masukkan bahan B dan rebus sehingga daging empuk. Jika kuah menjadi berkurangan boleh lah ditambah air sedikit lagi
3. Masukkan ubi kentang dan teruskan masak sehingga ubi kentang 1/2 empuk baru dimasukkan lobak merah.
4. Masukkan bahan D dan biarkan kuah kembali mendidih.
5. Tabur 1/2 lagi bahan E sebelum dihidangkan.

Thursday, 25 August 2016

SAMBAL BILIS ...yang awaresome aka terlajak sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...

Sambal bilis ini saya sediakan semalam....aka.. tengah/larut malam
Terasa lapar pulak..malam malam
Buka peti ais tutup peti ais, buka peti ais tutup peti ais,
Nak masak apa lah malam malam buta ni
Last-last putuskan sambal bilis aja lah....
Teringat sambal ikan bilis yang dimasak oleh arwah Emak
Memang saya akan ulang makan berpinggan pinggan

Sambal bilis yang dimakan dengan nasi putih memang dimasak tanpa gula. Hanya manis bawang sahaja.
Tetapi jika dimakan dengan nasi lemak baru saya tambah 1 camca gula untuk balancekan dengan kelemakkan nasi dan sambal nya memang dimasak agak pekat.

Tapi kali ini memang saya tak nak pekat-pekat sangat. memadai biasa-biasa saja.

Semalam ... walaupon dah tengah malam, saya masih boleh habiskan berpinggan nasi juga lah..
Hilang semua pantang larang ...

Sebab sambal ini saya masak lain dari yang lain.
Nak tahu jom kita tengok resepi .........



Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawah besar (dimayang nipis)
~1/2 inci ikan tenggiri masam  *kalau ikan besar, kurangkan sikit (dibuang tulang)

Bahan B (diblend halus)
12 biji cili kering
10 biji cili padi merah
sedikit belacan (sebesar jari kelingking)
sedikit air

Bahan C
1  mangkuk kecil ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
1/2 kiub pati ikan bilis
2 keping asam gelugor (boleh digantikan dengan jus asam jawa)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan bawang besar, kacau-kacau seketika dan terus masukkan ikan tenggiri masam.
3. Goreng sehingga bawang hampir kekuningan dan berbau aroma ikan tenggiri masam/masin.
4. Baru dimasukkan bahan B dan kesemua bahan C (kecuali garam).
5. Perlahankan api dan biar sambal masak dengan sempurna, sedikit pekat dan terbit minyak.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam.

* Selamat Menjamu Selera ...

Wednesday, 24 August 2016

NASI GORENG TENGGIRI JERUK ... Sarapan yang kenyang hingga ke tengahhari


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...

Hari ini bersarapan dengan nasi goreng Ikan Masin... Ikan tenggiri Masam
Kebanyakan gerai-gerai makanan ala-Thai menggunakan ikan ini dalam penyediaan nasi goreng.
Ikan Tenggiri yang dijeruk, rasa nya sedikit masam-masam masin.
Bila digoreng.. kuat sungguh aroma nya...

Suatu ketika dulu saya pernah makan di Restoren Cozy Corner yang bertempat di Ampang Park, Kuala Lumpur.
Nasi Goreng Ikan Masin nya lain dari yang lain.
Tidak menggunakan Ikan Tenggiri tetapi Ikan yang berisi sedikit keras. Mungkin Ikan Talang.
Nasi nya di goreng biasa-biasa saja tetapi ditabur dengang ikan masin yang ditumbuk hancur diatas nya.
Restaurent ini suatu ketika dulu sentiasa penuh dan kerapkali terpaksa berbaris dan menunggu untuk mendapat tempat menjamu selera.

Kini dah berbelas tahun tak berkunjung lagi ke restaurent tersebut yang mana ada mengatakan kehalal'an makanan nya meragukan.
Tapi masih ada juga yang mengunjungi nya.. terpulang pada individu masing-masing.



Jomm... Hidangan untuk 2 orang

Bahan A
minyak untuk menggoreng
1 potong isi ikan tenggiri (anggaran 1 1/2 inci) dibuang tulangnya.

Bahan B
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
6 biji cili padi (diketuk)
sedikit karet (dipotong kiub)
sedikit kacang peas
* Boleh ditambah sayuran lain jika suka saperi kacang peas, kubis, putik jagung dan kacang panjang
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Ikan
2 mangkuk nasi
sedikit garam (jika kurang masin)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tenggiri sehingga masak, ketepikan ditepi kuali.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih sehingga keperangan.
3. Masukkan bawang besar, karet dan kacang peas dan biarkan bawang sedikit layu.
4. Campurkan ikan yang telah diketepikan tadi, leyek-leyek supaya ia hancur.
5. Masukkan sos tiram dan sos ikan ratakan dan terus masukkan nasi.
6. Gaul rata dan perasakan. Jika kurang masin bolehlah ditambah sedikit garam.
7. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

Tuesday, 23 August 2016

KERABU SARDIN DAUN SELOM ... pembuka selera !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...

Hari ini saya sediakan Kerabu Daun Selom untuk menu tengahhari.
Saya campurkan dengan ikan Sardin sedikit untuk lebih menyelerakan.

Terpulang kepada selera masing-masing jika mahukan lebih ulam boleh dilebihkan daun selom.
Jika mahukan kerabu yang sedikit berair, boleh dimasukkan kuah sardin sedikit. Jika tidak memadai dimasukkan isi ikan sahaja.
Memang sedap dan amat menyelerakan sekali.

Saya campurkan juga dengan nenas untuk terbitkan rasa masam manis.
Disatukan dengan perahan air limau kasturi atau limau nipis untuk mengurangkan bau hanyir ikan.



Jomm..

Bahan A
1 tin Sardin (tin kecil 230g)
sedikit belacan (sebesar anak jari)

Bahan B
1 ikat daun selom (dihiris kasar)
2 biji bawang besar (dihiris kasar)
8 biji cili padi merah (dihiris)
1/3 biji nenas 'manis' (dihiris sederhana tebal)
1 biji limau nipis (diambil jus nya)
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan isi ikan sardin bersama sos tomato kedalam periuk dan panaskan sekejap.
2. Buang lebihan sos tomato dan lenyek ikan bersama belacan.
3. Masukkan kesemua bahan B diatas dan gaul rata.
4. Siap untuk dihidangkan.



Monday, 22 August 2016

AYAM PAPRIK ...ala-ala Gerai Jalan Binjai 'dulu-dulu'


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua

Hari ini saya nak share resepi AYAM PAPRIK ala-ala Gerai Jalan Binjai.
Apa mimpi semalam, pagi ni teringat akan lauk paprik Campur yang sangat sedap yang saya beli 'lama dahulu' dari salah satu gerai di Jalan Binjai untuk makan tengahhari saya,  kebetulan saya kepejabat pada hujung minggu pada hari itu untuk habiskan tugasan kerja.

Lauk nya umphh !! sedap sangat. Ada diletakkan lada hitam.
Sedap !!!!

JALAN BINJAI...
Suatu ketika dulu jalan ini tak lah 'Se-Gah' Jalan Binjai sekarang yang dipenuhi dengan bangunan Pejabat, Hotel dan Kondominium.
Era 90'an dulu kiri kanan jalan penuh dengan deretan gerai-gerai makan yang di teduhi dengan rimpunan pokok-pokok yang amat redup sekali.
Jalan pon tak lah sebesar jalan sekarang.

Sekarang ni kalau ke sana yang ada hanya restoren mamak...Tak ada lagi gerai-gerai makan yang bercambah bagai cendawan selepas hujan tu

Jadi kalau teringin nak makan, kena masak sendiri lah jawap nya



Jom...

Hari ini saya sediakan Paprik ayam dan oleh kerana saya gunakan ayam yang bertulang, jadi saya goreng terlebih dahulu untuk memastikan ia masak dengan sempurna.
Tapi kalau gunakan isi ayam saja, kita tak perlu goreng terlebih awal.

Bahan A (diperap 10 minit)
1/2 ekor ayam (dipotong kepada bahagian kecil)
sedikit kunyit
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak
5 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (dipotong 8)
1/2 biji karot (dipotong memanjang)
4 putik jagung (dibelah 2)
4 urat Kacang panjang (* saya tak masukkan sebab tiada)
4 helai daun limau purut (dicarik)
2 batang serai (diketuk)
15 bji cili padi (diketuk / dimasukkan sebiji-sebiji jika cili kampung)
1 camca besar Sos Cili
1 camca besar Sos Tomato
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Ikan
1/2 cawan air sebagai kuah
sedikit perasa tambahan jika suka (* saya tak masukkan)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak,angkat dan toskan.
Tutup tudung kuali untuk memastikan ayam masak dengan sempurna.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia dan goreng seketika.
3. Masukkan Sos Cili, Sos Tiram, Sos Ikan, Lada Hitam, sedikit air, serai dan daun limau purut. Biarkan kuah sedikit mendidih.
4. Masukkan karet  dan biar ia 1/2 masak terus masukan sayuran lain bersama cili padi, bawang dan ayam.
5. Gaul-gaul rata dan bolehlah diangkat.

* Selamat Menjamu Selera ...

Sunday, 21 August 2016

TELUR BUNGKUS ... yang marvelous !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua dan salam berhujung minggu.

Kalau sediakan lauk TELUR BUNGKUS bersama dengan lauk lain tentu lagi menyelerakan menu kita kan ...

TELUR BUNGKUS saya hari ini saya guna isi ayam. Tapi kalau nak guna daging pon boleh. Lagi sedap lagi.
Saya tambahkan sedikit cili padi untuk menambahkan selera maklumlah inti telur bungkus ini sedikit manis kan, jadi kita cuba balance kan ia, rasa manis, masam dan pedas .....

Sebenarnya dah lama tak makan telur bungkus ni.
Minggu lepas saya ke KL sekali lagi untuk uruskan rumah disana.
Makan malam hari tu kami order Kueteau kungfu, nasi goreng ikan masin dan telur bungkus.
Maklum masing-masing lapar.. semua jadi sedap
Itu yang teringat nak masak telur tu hari ini...



Jom...

Bahan A (dikocak)
3 biji telur ayam gred B atau C
3 camca besar air
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicindang)
1 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1/2 batang karot (dipotong kiub)
1/3 mangkuk kacang peas
1/3 mangkuk jagung
3 anak/putik jagung (dipotong)
3 biji cili padi (dihiris nipis)

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dipotong sederhana tebal)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 camca besar sos Cili Thai 'Life'
1 camca besar sos Tiram
2 camca besar air (supaya inti sedikit lembap)
1 urat daun sup (dihiris)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan inti
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
3. Masukkan  kesemua sayuran B diatas dan goreng sebentar sehingga separuh masak.
4. Terus masukkan bahan C, ratakan sebentar dan boleh lah diangkat.

Cara-Cara Menyediakan telur dan membalut
1. Panaskan kuali (boleh juga menggunakan non-stick) dan sapukan sedikit mintak pada keseluruhan permukaan kuali.
Pastikan minyak tidak berlebihan atau bertakung kerana ini akan menyebabkan telur tidak dapat didadar dengan elok.
2. Masukkan kesemua telur yang telah dikocak ditengah kuali dan lenggang supaya ia rata pada keseluruhan permukaan.
3. Perlahankan api dan biar telur masak sepenuhnya.
Tidak perlu terbalikkan telur. Boleh juga tutup tudung kuali untuk mempercepatkan proses memasak.
4. Apabila telur telah masak,padamkan api.
5. Masukkan inti yang telah dimasak tersebut ditengah dan ratakan sedikit.
5. Lipat telur, kanan kiri, atas bawah supaya menjadi empat persegi.
6. Untuk mengangkat, telangkupkan piring didalam kuali dan terbalikkan kuali.

* Selamat Menjamu Selera ...


Friday, 19 August 2016

AYAM PATAH LADO MUDO ...Resepi Sumatera Barat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua ....

Pernah makan lauk 'Ayam Patah Lado Mudo' ?
Bagi yang belum pernah merasai resepi makanan dari sumatera barat ini, jom kita cuba...
Kalau makan berulang berpinggan-pinggan pon tidak mengapa kerana resepi sihat ini tidak menggunakan minyak untuk menumis, semua nya direbus.

Boleh rujuk youtiub disini MASAK.TV

Bahan A
Air sebagai kuah (~ 1 liter)
2 batang Serai
3 helai Daun Limau Purut
2 keping Asam gelugor

Bahan B (Semua dihiris nipis kecuali cili hijau dihiris tebal)
12 ulas Bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci Lengkuas
1 inci Halia
4 biji Cili Hijau
15 biji cili padi * Saya tambah untuk lebih rasa pedas

Bahan C
1/2 sekor ayam (Potong 10)
Garam
4 helai daun salam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
2. Masukkan ayam dan garam, tutup periuk dan kecilkan api. Biar sehingga ayam masak lebih kurang 1/2 jam.
3. Masukkan daun salam dan biarkan ia layu sebentar dan terus diangkat.

* Selamat Menjamu Selera ...

Friday, 12 August 2016

MAKARONI GORENG 'SAMBAL TOTOK JAWA' ...Sambal Totok Warisan Ibunda

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua ....

Hari ini saya nak kongsi resepi 'MACARONI GORENG 'SAMBAL TOTOK JAWA'.
Sambal Totok ini saya beli dari dari anak saudara saya Siti Nurul Jannah yang sekarang ini menceburkan diri pula dalam bidang masak-memasak disamping pakar 'perawatan dan Kecantikan wanita.

Kebetulan sekarang berada di Kampung jadi beliau ambil kesempatan ini untuk menyediakan sambal Totok untuk pelanggan-pelanggan nya yang telah beberapa kali meng 'Repeat order termasuk lah saya.
Sehingga hari ini dah masuk 'kuali yang ke 3' berturut-turut hari sambal ini dimasak.
Saya sendiri pon tambah order lagi sebungkus kerana yang sedia ada tak mencukupi ! Dah habis !

Sambal ini memang amat sedap dimakan dengan nasi panas-panas berasap.
Bila dah makan tu, macam tak nak berhenti menyuap pula..
Pilihan saya sambal yang pedas,  dengan Petai...memang power WOW !!


Selain dimakan dengan nasi ia juga boleh dimakan dengan apa saja terpulang kepada kreativiti masing masing.
Saya pernah menggunakan nya dalam penyediaan nasi goreng, inti untuk cara berlauk, cicah dengan lempeng, makan dengan bubur nasi, talam berlauk dan boleh juga cicah ketupat pulut
Hari ini saya nak share resepi Makaroni pula.

Dengan sambal ini kita tak perlu lagi tumbuk bawang atau ikan bilis mahu pon udang kering bagai....
Cili, bawang, garam dan lain-lain semua dah dalam sambal ini.
Serba cukup...
Tanpa MSG atau bahan pengawet !

Sebenar nya dengan sambal ini pon dah mencukupi, tapi kalau nak lebih menyelerakan boleh lah diletakkan sedikit fishcake atau fisball, bawang goreng atau pon daun kari mengikut selera masing-masing.
Untuk yang sukakan lebih pedas macam saya ini, saya tambahkan lagi cili padi dan cili hijau untuk menarik selera makan..

Terdapat 6 pilihan Sambal
1. Pedas (Biasa/Standard)
2. Kurang Pedas
3. Tidak Pedas

4. Pedas dengan Petai
5. Kurang Pedas dengan Petai
6. Tidak Pedas dengan Petai

Harga sebungkus RM 18 dan tambahan RM 3 untuk yang ber' Petai.
Tambahan RM 6 jika penghantaran melalui Pos.

Jom tempah... memang sedap ! FRESH dari kuali .....
017-7800435 Nurul Jannah
017-7800827 Areffin BeeLz

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....


Jom kita tengok resepi MACARONI GORENG 'SAMBAL TOTOK JAWA'

Bahan A
1 mangkuk makaroni.

Bahan B
2 camca besar 'SAMBAL TOTOK JAWA'
Fish Cake/Fish ball

Bahan C
4 biji Cili Padi
1 biji Cili Hijau
Bawang Goreng
Daun Sup

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rebus makaroni selama 10 minit atau sehingga ia lembut dan toskan airnya.
2. Bilas makaroni dibawah air yang mengalir sekejap.
3. Panaskan kuali dan masukkan sambal totok. Kacau-kacau seketika.
4. Masukkan Fish Cake atau fish ball. Kacau-kacau sehingga masak.
    * Jika sambal sedikit pekat boleh masukkan beberapa camca besar air biasa.
5. Masukkan Makaroni yang telah direbus tadi.
6. Kacau sehingga rata dan bolehlah diangkat.
7. Hidangkan dengan taburan bahan C.

* Selamat Menjamu Selera ...

Wednesday, 10 August 2016

BUBUR LAMBUK UTARA ...Juadah hari ke-26 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua

Hari ini nak share resepi tertunggak lagi...
BUBUR LAMBUK UTARA ...Juadah berbuka yang telah saya sediakan pada hari ke-26 Ramadhan 1437 Hijrah yang lalu.
Dah lama tersimpan dalam notebook, kalau tak dikeluarkan nanti terlupa pula untuk rujukan dimasa depan.

Saperti tahun-tahun sebelum, masjid Kubang Semang memang tidak lupa untuk menyediakan bubur lambuk ini untuk diedarkan kepada penduduk kampung sekitar.
Saya dimaklumkan 2 periuk yang bersaiz besar digunakan untuk memasak bubur ini setiap hari.

Macam-macam perencah dicampur yang menjadikan ia amat-amat menyelerakan sekali.
Bila dah makan, rasa nak menambah-nambah pulak.

Jadi apa lagi masak sendiri boleh berulang-ulang makan.
Jom kita masak.. tak semesti nya bulan puasa saja boleh kita sediakan bubur ini ..


Untuk 4-5 orang makan

Bahan A
3 camca besar minyak masak
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (di mayang)
2 biji bawang besar (di mayang)
1 inci halia (dihiris nipis/memanjang)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan B
2 camca besar hirisan lobak masin
1 camca besar udang kering (ditumbuk)
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 camca teh halba sahaja biji
1/2 camca teh jintan manis biji
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan hirisan daun bawang

Bahan C
1 1/2 cawan beras
12 cawan air
3/4 kiub pati ayam
1 mangkuk hirisan daging
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan D
1 mangkuk udang hidup yang bersaiz sederhana (dibuang separuh kulit nya)
3/4 camca besar minyak sapi Ghee Blend (* saya tambah)
100 ml santan pekat (santan M&S)
1/2 cawan bawang goreng

Cara-Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang layu dan terbit aroma harum
2. Masukkan bahan B dan goreng sehingga bawang betul-betul garing dan daun sup kecut.
3. Masukkan bahan C dan masak dengan api sederhana sehingga beras hancur.
Untuk mempercepatkan proses menghancurkan beras, kerap mengacau nasi.
4. Setelah nasi 3/4 hancur baru dimasukkan bahan D.
5. Teruskan memasak sehingga bubur hampir mendidih kembali.
6. Siap untuk dihidangkan dengan tambahan taburan bawang goreng ranggup diatas nya.

* Selamat Menjamu Selera ...


Tuesday, 9 August 2016

RENDANG LADA HITAM ITEK SALAI ... memang lama mengidam nak makan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua...

Lama saya tak bersiaran
Bukan nya apa.. berkunjung sekejap ke Kuala Lumpur untuk menguruskan rumah sewa disana.
Bersihlah rumah yang dah macam tongkang pecah..ditinggalkan oleh penyewa
Dan betulkan apa-apa yang rosak.

emmm...Stress sungguh !
Saya dulu pon pernah menyewa rumah juga,
Tapi saya jaga dengan baik macam rumah sendiri,
Maintain dan bersihkan rumah selalu..
Perabot yang rosak akibat kecuaian, akan di baiki sebelum di pulangkan kembali kepada owner rumah.
Macam mana kita mula masuk dulu, cuba pulangkan sebaik boleh kepada tuan rumah.

Nak dapat penyewa yang menjaga rumah kita macam rumah sendiri memang susah,
Penyewa yang cermat dan pembersih,
Nasib lah kalau dapat  !

Dah kesana,  saya bermalam dirumah anak saudara di Port dickson selama 6 hari
Sempat jalan-jalan ke Kuala Pilah untuk mencari Itek, Ikan dan daging Salai yang lama mengidam nak makan.
Tapi cuma Itek dan Keli salai saja yang dibeli, yang lain tak berkenan dihati

Tips mencari lauk salai ni.. pastikan ia masih beminyak/moist/lembut lagi dan kalau ada yang sedikit berair lagi baik. Jangan beli yang dah kering.

Nasib saya baik dapat itek yang memang 'sedang' disalai.
Harga seekor RM 50, habis kurang dapat lah RM 45.
Sambar 2 ekor.  Satu untuk saya dan satu kakak punya
Sebelum tu dah beli seekor RM 40
Dah jadi 3 ekor semua nya.

Beli juga keli salai 8 ekor RM 20. besar-besar !
Puas makan nanti !


Jom hari ini saya nak kongsi resepi RENDANG LADA HITAM ITEK SALAI
Disebabkan itek ini bersaiz besar, jadi saya masak separuh sahaja, dapat dalam 16 ketul
Itek ini kalau dipotong kecil pon tak apa kerana texture nya tak selembut ayam.
Jadi kalau masak rendang memang elok-elok lah
Kalau masak gulai pon boleh, tapi mesti direbus lama sedikit sebelum dimasukkan santan pekat.

Saya rendam sekejap ketulan isi itek ini dalam air dan kemudian bilas. Tujuan nya adalah untuk memastikan ia bersih dari pasir yang melekat semasa proses menyalai.

Bahan A
1/2 ekor itek salai (potong kepada 16 ketulan)

Bahan B (blend halus)
6 camca besar minyak masak
2 ulas bawang besar
1 tongkol bawang putih (~10 ulas)
3 camca teh lada hitam biji
2 camca teh ketumbar  biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih  biji
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
8 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
sedikit air

Bahan C
1 camca besar kerisek
1 camca teh kunyit serbuk
200 ml santan pekat (saya guna santan kotak)
3/4 kiub pati daging 'KNOR'
1 keping asam gelugor (bersaiz besar)
sedikit garam

Bahan D
1 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A, B dan C dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
2. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan D.

* Selamat Menjamu Selera ...