A

A

APPLE ASAM BOI ..sedang-sedang manis nya !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Di belah kawasan pantai timur Kelantan dan Terengganu mungkin sedang musim hujan sekarang ini kan...
Tapi di utara tanah air sekarang cuaca nya ok ok ja.
Siang panas.
Bila malam tu, kadang-kadang ja hujan.

Semalam tak hujan.
Dua hari lepas hujan.

Kalau hujan tu, sejuk lah sikit bila nak tidur
Tak lah perlu pasang air cond kan !

Panas-panas ni sedap kalau dapat minum jus apple !

Saya tak berapa suka jus yang pekat.
Biar sedikit cair untuk menghilangkan dahaga.
Jadi sebiji apple apabila siap jus nya boleh di minum 2-3 orang


Bahan A
Sebiji apple hijau
gula putih secukup nya (mengikut kemanisan yang disukai)
5 biji asam boi
1/2 jug air putih
Ketulan ais

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Apple dibelah 2 dan dibuang biji yang berada didalam nya. Tak perlu dikupas kulit.
2. Begitu juga dengan Asam boi; dibuang biji nya
3. Masukkan apple, gula, isi asam boi dan air kedalam mesin pengisar buah. Kisar sehingga halus.
4. Jus yang terhasil ini, terpulang kepada individu samada hendak ditapis atau disaring serpihan kulit yang mendap dibahagian bawah saja. Cara nya kacau sebentar jus kenudian biarkan sekejap anggaran 1 minit supaya serpihan turun kedasar dan tuang kan jus yang berada diatas kedalam jar.
5. Masukkan ketulan ais.
6. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Powered by Blogger.