Sunday, 8 January 2017

AYAM GORENG SAMBAL CENCALUK ... Simple, Sedap dan Menyelerakan



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Selamat berhujung minggu
Lauk tengahari ini simple saja
AYAM GORENG dan SAMBAL CENCALUK

Hari hari makan lauk yang berkuah
Jadi hari ini saya goreng ayam saja.
Simple kan ...

Kena pula sedikit sambal cencaluk
Layan sangat dengan nasi panas
Sambil menonton Melodi


AYAM GORENG

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
1/2 ekor ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali non-stick dan masukkan ayam.
3.Tutup tudung kuali dan goreng dengan api yang sederhana.
4. Apabila agak bahagian bawah sudah kekuningan, balikkan dan terus menggoreng.
* Tujuan menutup tudung kuali adalah supaya isi ayam masak dengan sekata dan hasil nya tidak keras tetapi tetap moist.



SAMBAL CENCALUK

Bahan A
1/2 mangkuk kecil cencaluk
8 biji cili padi merah (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji limau kasturi (diambil jus nya)
sedikit daun ketumbar (dihiris)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A dalam mangkuk dan digaul rata.
2. Sedia untuk di hidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

2 comments:

  1. Bila tengok sambal cencaluk tu terlupa lak peha ayam di sebelahnya ki kikiii....

    ReplyDelete
  2. Kalau singgah dapor FHA ni, selalu mate naik juling tengok santapan yg menyelerakan...adussss

    ReplyDelete