Sila Click sini ya... Terima Kasih !

BENDI SUMBAT SAMBAL ... Alhamdulillah. Sedap Menyelerakan !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Menu yang saya sediakan semalam BENDI SUMBAT SAMBAL
Memang sedap.
Kena pula dengan saya ini yang memang gemar dengan kacang bendi.

Terpandang akan posting resepi ini yang berlegar-legar di Wall FB saya beberapa hari lalu.
Jadi semalam tertunai lah selera saya ...

Terima kasih Kak Wan yang tolong share resepi dari Chef  Hanieliza
Resepi dari dapur Kak Wan di sini SAMBAL BENDI ya..

Saya ubahsuai sedikit resepi mengikut selera saya....
Maklum saya ni memang suka pedas.
Kebetulan udang kering tak ada dalam simpanan, Jadi saya gantikan dengan ikan bilis.
Saya tambahkan sedikit kelapa parut untuk melemakkan lagi sambal ini.
Dan sedikit asam jawa.
Kepada suka rasa manis boleh tambahkan sedikit gula. Tapi saya gantikan dengan lebihkan bawang besar.

Terima Kasih Kak Wan dan Chef Hanieliza ....sedapppp

Bahan A
10-12 biji kacang bendi
sedikit minyak untuk menumis
2 camca besar kelapa parut
jus asam jawa (asam sebesar jari kelinking)
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk hancur)
2 biji cili merah
8 biji cili padi merah
2 ulas bawang besar
2 jemput ikan bilis
sedikit belacan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kacang bendi direbus dengan 1 camca besar minyak masak sehingga 1/3 lembut. Kemudian angkat dan toskan air nya dan direndam pula dalam air ais untuk menghenti proses memasak dan menjadikan kacang kekal ranggup. Kemudian di toskan air nya.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B. Di kacau-kacau sebentar dan masukkan jus asam jawa. Masak sehingga pekat.
3. Apabila sambal telah pekat, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam.
4. Angkat dan sejukkan sebentar.

5. Kacang bendi dibelah tengah nya tapi jangan sampai putus.
6. Sumbatkan 1 camca kecil sambal kedalam bendi dan hidangkan dalam piring.

* Selamat Menjamu Selera ...

1 comment:

Powered by Blogger.