Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KULAT SISIR GORENG TELUR .. Simple tapi Sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pernah makan Kulat Sisir ?
Sedap tauuu...
Kalau masak lemak cili padi, amboi !
Kena masak nasi lebih-lebih sikit
Takut tengah-tengah sedap makan, nasi dah habisssss

Tapi yang ini saya goreng dengan telur saja
Nak kurangkan makanan berlemak.. katakan !!!!
Bila masak tu biarkan sedikit lembab-lembab baru sedap
Jadi semasa membasuh, kulat ini hanya perlu ditoskan airnya sahaja.
Tidak perlu diperah keluarkan air nya.

Kebiasaan kulat sisir ini sedikit berpasir
Jadi sebelum memasak tu,pastikan ia direndam sekejap sebelum di basuh berkali-kali.

Jommm....

Bahan A
100 g kulat sisir (anggaran 1 tin susu)
4 urat kacang panjang (dipotong pendek)
2 biji telur ayam
sedikit garam
minyak untuk menggoreng (boleh dilebihkan sedikit)

Bahan B (ditumbuk 3/4 hancur)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi merah (boleh dikurangkan)
Sejemput ikan bilis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kulat sisir dibersihkan terlebih dahulu dari segala kotoran saperti sampah, daun-daun dan batang-batang kering. Kemudian ia direndam selama lebih kurang 15 minit untuk mengembang dan melembutkan nya.
Sauk kulat untuk mengasingkan air kotoran dan pasir. Boleh menggunakan tangan untuk proses meng'sauk ini. Ulang 6-7 kali atau sehingga pasti tiada lagi pasir yang terlekat. Akhir sekali masukkan kulat kedalam penapis dan cucur dibawah aliran air bersih dan toskan ia.
Sekadar toskan air sudah mencukupi. Tidak perlu diperah airnya keluar, ini adalah kerana semasa memasak nanti air nya akan kering sedikit disamping masakan  menjadi lembab-lembab lebih menyelerakan. 

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B. Goreng sehingga terbit aroma dan bawang menjadi layu dan sedikit kecut.
3. Masukkan kulat dan goreng seketika untuk memastikan ia masak sempurna.
4. Masukkan kacang panjang dan dikacau-kacau sebentar; kemudian tolak semua ketepi kuali dan pecahkan telur. 
5. Apabila telur menjadi 1/2 beku terus gaulkan dengan kulat yang telah dipinggirkan tadi dan perasakan dengan garam.
6. Siap untuk dihidangkan.



2 comments:

  1. sedap ni..makanan fav... selain masak lemak or goreng, sedap juga kalau masak kicap (kicap manis), buh telur.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juls. Boleh cuba nanti.. dengan kicap manis pula. Tentu sedap menyelerakan

      Delete

Powered by Blogger.