Thursday, 5 January 2017

NASI GORENG KICAP SPECIAL ... Terima Kasih Ikan Selangat. Sedap sangat-sangat !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Tiada kata-kata lain yang nak diucap
Cuma...
Terima Kasih !
Terima Kasih !
dan Terima Kasih !
Kerana mengirimkan NASI GORENG KICAP SPECIAL yang marvelours

Nyum Nyum Nyum
Sedap sangat-sangat.............

Bahan A
Sedikit Minyak untuk menumis
1 camca besar butter
3 mangkuk nasi sejuk
2 biji bawang besar (dihiris)
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 jemput ikan bilis (ditumbuk 3/4 hancur)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1/2 mangkuk kecil hirisan daun parsley
1/2 mangkuk kecil hirisan daun bawang
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca besar Sos Tiram
Kicap Manis 'Kipas Udang'
Kicap Masin 'Kipas Udang'
3 urat kacang panjang (dipotong pendek)

Bahan B
Daun parsley
Limau Nipis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan butter dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
3. Masukkan ikan bilis dan hirisan daun sup. Goreng sehingga terbit aroma dan daun sup menjadi kecut.
4. Masukkan lada hitam dan Sos Tiram dan tambahkan sedikit air jika rasa ia sedikit kering.
5. Masukkan nasi, kicap manis dan kicap masin. Lebihkan kicap manis berbanding yang masin .
6. 5 minit sebelum angkat masukkan hirisan kacang panjang.
7. Tabur dengan daun parsley dan perahan jus limau nipis sebelum dimakan.

* Selamat Menjamu Selera ...


No comments:

Post a Comment