A

A

TELUR AYAM PENCEN GORENG BUNCIS ...suka yang simple tapi sedap !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lagi sekali kita berlaukkan telur ayam tua..
Sedap sangat !!!
Suka ! Suka !  Suka !

Saperti yang saya ceritakan dalam entry terdahulu, 'Telur Ayam Pencen' atau 'Telur Ayam Tua' ini adalah telur yang berada dalam perut ayam betina yang belum sempurna kejadian nya ketika ayam itu disembelih.
Ia bergantung kepada jenis ayam, kalau baka ayam telur memang banyak tu...berbiji-biji.
Kebiasaan nya ayam telur ini bila dah ber usia dan kurang mengeluarkan hasil ia akan disembelih saja.



Memang susah nak dapat !
Kena cari penjual 'ayam tua / pencen'.

OK.....
Hari tu saya dah sediakan TELUR AYAM TUA 'LEMAK LADA HITAM'

Jom hari ini kita masak TELUR AYAM PENCEN 'GORENG BUNCIS' pula !!!


Bahan A (diperap 1/2 jam)
Semangkuk besar Telur Ayam Pencen
1/2 camca teh jintan manis (ditumbuk halus)
1/2 camca teh jintan putih (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
minyak untuk menggoreng
2 batang serai (diketuk lebam)
10-12 urat kacang buncis atau 4 urat kacang panjang (dipotong pendek menyerong)
2 biji bawang besar (dibelah 8)
8 biji cili padi merah (dipotong menyerong)

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Telur ayam dibersihkan. Jika terdapat usus telur pastikan ia jangan dibuang. Basuh bahagian dalam usus dengan mengalirkan air kedalam nya beberapa kali.
2. Satukan kesemua bahan A dan perap 1/2 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan telur yang telah diperap tadi.
4. Kacau-kacau seketika, masukkan serai dan perlahankan api.
5. Biar sehingga telur 3/4 masak, masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili padi.
6. Kacau-kacau seketika dan boleh padamkan api untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


* FHA SElemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.